-GeMaLa SaKtiKu-
Friday, August 28, 2015
Wednesday, August 05, 2015
Saturday, July 04, 2015
Sebai-sebai trip 5-8 June 2015
Assalamualaikum readers
Kali ni bersiaran tentang trip sedara mara 3 generasi ke Haadyai menaiki keretapi. Kenapa 3 generasi? Dari mak sedara..sepupu dan cucu menyertai rombongan Cik Puan Maimun ke Haadyai kali ni. Aku memang tidak pernah ke Haadyai dan kali ni bila maknyah (Cik Puan Maimun) organized trip ni, terus bagi nama nak join walaupun berani-berani takut nak masuk selatan Thai ni. Selain dari tak pernah pergi, aku join trip ni disebabkan kosnya murah, waktu cuti sekolah dan paling best, ni lah first time pergi rombongan naik keretapi. Rupanya, KTMB memang ada menyediakan 'event koc' yang boleh disewa. Kalau tak silap haritu, PIC koc nie bagitau satu koc rm5000. Well, not bad..tapi seat dia limited je. Dalam dalam 36 seat..lebih dari itu boleh naik, tapi pakej lantai la.
Ni lah dianya pakej lantai
Gelimpang anak-anak tido.
Trip ni bermula dari 5 June - 8 June. Sebenarnya masa kat Haadyai tu lagi singkat berbanding dengan lamanya kami atas train. Tempat berkumpul adalah di KL Sentral. Sepatutnya boleh je kami naik dari Sg Buloh sebab Ekspress Langkawi tu lalu situ dan berhenti, tapi rasa macam was-was pulak. So, kami naik cab ke KL Sentral dan beramai2 boarding train. Baru rasa macam rombongan kan. Train bergerak dari KL Sentral jam 10.00 malam. Malangnya ada ahli rombongan yang tak sempat sampai on time. Makcu Bai aku lah tu dgn anak-anaknya dan kawannya. Mula-mula kejar train sampai Sg Buloh, tak sempat..heading pulak ke Tg Malim..pun tak sempat..last2 naik kat Ipoh..hahahah...rasa macam adventure betul. Mujur ada abg lang Munawar tolong hantar. Aku tak boleh imagine macam mana abg lang drive malam tu sebab dengarnya highway ke utara jem.
Ni mak sedara, bapak sedara dengan anak sedara. Yang tudung hitam dan topi hitam tu sepupu aku Nyah B dan Sham..yang budak dua orang ni Iskandar dan Umi, anak sedara aku.
Dah tua pun sebenarnya excited naik train sbb first time naik tren yang journeynya jauh segini
Sampai ke stesen Ipoh aku tak boleh tido..celik mata bila nampak signboard Ipoh, my lovely hometown, Harap2 jasad aku akan bersemadi di bumi Ipoh tercinta bila aku mati nanti.
Ni lagi satu muka excited. Sebabnya, terlihat akan sawah padi yang menghijau di belakang sana. Pemandangan yang sangat superb
Cantik pemandangan ni kalau tengok live
Layan budak Afiq dan Aqif breakfast. Dengan muka tak basuh, terus makan burger kosong yang rega dekat rm5 seketui..
Kami tiba di Padang Besar jam 10 lebih. Lebih 12 jam dalam keretapi..dari gelap membawa ke siang. Kat Padang Besar, kena transit untuk cop passport dan tukar train. Ingatkan sekejap je kat Padang Besar..rupanya lebih dari 3 jam kat situ. Yang lama bukannya cop passport tu, tapi lama menunggu kepala keretapi dari Bangkok yang nak tarik koc yang nak ke Haadyai. Sian budak2 dan mak budak..keboringan dalam train. Dahla dia bagi koc yang berth ( tempat tido tu). So limitlah tempat duduk. Rasa macam pelarian pun ada dah masa tu. Kami sampai di Haadyai pun dekat kul 2 waktu Siam.
Muka selenga bila touch down Padang Besar..touch down la sangat. Macam naik flight..:p
Sessi mengisi borang imigresen secara berjemaah
Station Haadyai
Semua muka toya
Sampai stesen Haadyai, kami sewa tut tut yang boleh naik dalam 10 orang untuk ke Hotel Central..tempat tinggal kami untuk semalam. Wah wah..driver tut tut nie memang macam pelesit drivenya..dia tak ingat kut kami kat belakang nie mana ada seat belt. Dah le tut tut tu takde dinding kiri kanan..isk..siap racing2 lagi..hampeh. Oh yes, tut tut tu memang satu mode pengangkutan yang senang digunakan kat sana. Cumanya, setiap kali naik, dia charge kita dalam 20 Baht. (RM2 lebih) sekepala tak kira distance.
Naik tut tut ke hotel..sebelah aku tu anak sedara..Yasmin dan Aish. Sebelah Aish, Adriana anak aku ler..
Depan hotel penginapan
Dalam jam 3, kami gerak keluar beramai-ramai. Mula-mula kami ke tempat penguin, kejap je..kemudian kami gerak ke Elephant Farm tu..kat situ adalah dalam setengah jam, kemudian kami ke pantai songkhla. Lepas tu kami gerak ke floating market dan akhir sekali ke pasar malam. Masa yang singkat dengan tergesa-gesa telah menyebabkan kepada aku sakit berdenyut-denyut dan takde mood nak jalan. Isk..
My handsome boys Afiq dan Aqif
Disebabkan ramai sangat rakyat Malaysia yang masuk Haadyai dgn kereta, siap ada sign board bahasa Melayu yang mengingatkan diorang tentang penggunaan lebuhraya
Tempat tengok gajah
Selfie ramai-ramai
Ini pantai Songkhla namanya. Ada satu mercu tanda ikan duyung kat situ, tapi aku tak pergi pun. Paneh
Floating market. Driver tuk-tuk bagi masa sejam kat sini, dah tu nak beli apa je sejam..memang tak sempat pusing la..iskk
Somtam yang aku rasa sedap ya amat
Nampak macam sedap je sotong, ketam dan udang tu..tapi hensem rupa dari rasa semata-mata.
Esoknya, kami pergi free and easy. Cari breakfast..lepas tu gerak ke pasar pagi. Sama juga, time constraint sebab nak kena check out jam 12pm. So, lepas beli tshirt untuk anak-anak, kami gerak terus balik hotel. Sebelum bergerak ke station keretapi, sempat lagi aku masuk Spa di hotel tu. Bayar rm300 bath dapat full body massage 2 jam. So apa lagi, layan la..rm30 lebih je kut. Tapi tu lah, Thai Massage mana sama dengan Malay Massage. Memang takleh challenge la Malay Massage. Malay massage sekali kena sengkak, berair bijik mata. Huhuhu..
Kedai Kelantan tempat kami breakfast paginya tu.
Aku taktau nama tempat ni, tapi katanya pasar pagi. Baju memang lawa-lawa. Tapi bukan yang branded la. Siapa yang tak beli barang local, mmg tak layak datang sini. Yang marhain mcm aku boleh.
Bila balik ke Padang Besar, kami kena tunggu dalam train selama sejam lebih lagi. Yang bestnya, kami ni kena halau dari tempat duduk sebab takde tiket. Rupanya kerajaan Thai ni jual je tiket nak ke Padang besar tanpa no seat. Ada yang ada, itupun sebab diorang beli tiket Haadyai-KL. So ada no seat lah. Naya, aku kena berdiri dari Haadyai ke Padang Besar, rentas negara kut. Adoi,,letihnya tuhan je yang tau. Sejam lebih ada..macam berdiri dari stesen Rawang ke Rembau lah gamaknya..
Ni dalam train nak balik semula ke Malaysia
Sampai Padang Besar jam 6pm, train ke KL gerak kul 6.30pm. Anak-anak dah kelaparan. Mujurlah ketua rombongan dan order makan siap2 dari kantin tu. Takde la kami ni kelaparan. So, perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pun bermula. Kami turun di Sg Buloh jam 5.10am. Nasib baik pagi-pagi tu ada teksi. Selamat tiba di rumah jam 5.30am. Lepas kemas sikit-sikit, mandi, solat Subuh dan gone. Zzzzzzz..kul berapa bangkit? tak ingat..tapi harus tengah hari rasanya. Aku dalam train dari Padang Besar ke KL tido 2 jam je kut. Kul 2.30 am - 4.30 am..sebabnya ada makcik karok dalam train sampai kul 2 pagi..dan takut terlepas stesen. Maka, ada maaf lah kan kalau aku tido terlajak laris..hehehehe. Apa2pun, aku enjoy jer short trip ni..sebabnya dah setahun passport tak bercop..dapat pi obersea yang tak langkah sea pun kira oklah..janji passport cop..hahahaha..
Siap amik gambor masa train berhenti di stesen Ipoh
Tengok betapa excitednya bila jejak kaki di tanahair tercinta. Ipoh, I love you so much,,huk huk
Sekian berita tentang Sebai-sebai Trip..next entry..taktau apa kisah..tunggu je lah ok...:)
Monday, March 16, 2015
Sunday, February 15, 2015
Happy birthday Adriana
As salam
Adriana Nur Afrina bt Mohd Afizal.
15 Februari 2015 , usia Ana sudahpun 8 tahun. Sememangnya masa berlalu terlalu cepat. Happy birthday Adriana. Mama sayang Ana. Janganlah suka menangis2, merajuk2..muncung2 ye..Monday, December 22, 2014
Skill Contest 2014
Tidak ku sangka, Skill Contest 2014 adalah tugasan terakhir untukku di DDE. Semoga selepas ini, coordinator baru akan lebih hebat dan untuk adik-adik Skill Contest ku, semoga menjadi pekerja contoh kepada pekerja-pekerja lain di production nanti..:)
Saturday, October 11, 2014
Belated post Padang-Bukit Tinggi 7-10 May 2014 part 2
As salam
Entry ini bersambung setelah 2 bulan tersadai. OK selepas kami lepak di Sungai Landia, kami menyambung perjalanan ke pekan Bukit Tinggi. Lubang Jepang. Pemandangan sebelum masuk ke lubang Jepang tu sangatlah awesomenya. Grand Sianok Canyon. Masa mula-mula sampai memang speechless sangat. Sungguh memang tenang betul situ.
Selpot depan entrance
Sebelum masuk ke Lubang Jepang ni mesti ada penerangan dulu.
Orang bagi explanation, aku sibuk selfie. Tetiba jadi ratu selfie di sana.
Kami habis lawatan kat situ dalam lebih kurang jam 4 lebih. Kami kemudian bergerak ke Pasar Atas, tempat menghabiskan duit. Sebelum masuk pasar tu, kami amik gambar kat mercu tanda BUkit Tinggi. Apa lagi kalau bukan Jam Gadang.
Tengok tu, gaya jalan pun tau dia dah tak sabo
Nie bilik hotel kami. Hotel Campago namanya. Memang selesa la hotel dia.
Pemandangan di waktu pagi, dah syuruk kut masa nie
Hotel Campago view
Hari ketiga. Pagi-pagi kami keluar dari hotel untuk pergi ke destinasi berikutnya. Sebelum sampai, kut manapun kami mesti kena pergi tempat yang kena keluar duit. Punyalah dasyat industri pelancongan di Indonesia nie, tempat orang jual kerepek pun boleh jadi. Cer tengok tu, ada orang nak merasa buat. Baru dia tau yang benda yang dia pegang tu berat.
Dah habis sesi beli kerepek bagai, kami bergerak ke kedai Hajah Rosma yang terkenal dengan pusat tenunnya. Aku seperti biasa memang pergi tengok je la. Kain sepasang pun harga dekat rm500..apakah..tapi ye la..memang cantik kain2 kat situ. Aku keluar duit jugak kat situ, tapi beli lepat, baru kuar periuk, pergh..memang sedap..
Aku tak pasti apa nama tempat nie..
Finally, kami bergerak ke destinasi yang aku suka. Istana Pagar Ruyung yang terletak di Batu Sangkar. Baru la aku terperasan yang lagu Ayam den lapeh tu menyebut nama2 tempat yang ada di Padang nie. Perjalanannya ya amat le jauh. Naik turun bukit, lalu tepi bendang. Sampai tertido-tido dalam bas. Bila bukak mata, tak uga sampai-sampai. Bila sampai, masya Allah, panasnya cuaca. Betul-betul hangit. Tapi demi menyaksikan keindahan bangunan yang jadi kebanggaan warga Padang, aku gagah juga. Amik gambar dalam keadaan matahari terik.
Here we are at Istana Pagar Ruyung
Dalam istana |
Difahamkan Istana nie sudah 3 kali terbakar. Yang pastinya pada tahun 2007, ia terbakar kerana disambar petir. Mungkin juga struktur binaannya dari kayu menyebabkan ia mudah terbakar. Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi api yang menyambar kerana senibina seindah ini akan memakan billion rupiah untuk pembinaan semula. Silap haribulan, tak bina dah sebab kos terlalu tinggi.
Gambar ini menunjukkan sebuah surau yang dikatakan tidak terbakar walaupun istana yang terbakar berada tidak sampaipun 3 meter
Balik dari istana tu, kami teruskan perjalan ke tempat yang namanya Pandai Sikek. tempat ni pun ada dalam lagu Ayam den Lapeh tu. Sebelum tu, kami singgah kat tepi tasik Singkarak. Releks jap. Memang tak buat apa pun kat situ. Lepak je. Masa tu juga la aku terkenang Adriana yang tengah undergo minor operation sebab patah tangan. Adoi, apalah hikmahnya anak aku ni kena kemalangan time-time aku takde dengan depa. Agaknya, Allah nak bgtau, yang walaupun mama takde, ayah still kan be a super dad..uruskan anak..:)
Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek. Time nie cuaca dah sedikit tenang dan dingin. Kat situ memang cool je tempatnya. Kat sini seperti biasa, tempat menghabiskan duit juga. Hehe..aku seperti biasa, masih terselamat.
Settle kat sini, kami pun gerak balik hotel. Masa untuk berkemas sebab esok, pagi2 dah kena check-out.
So inilah gambar terakhir kami di Padang. Flight delay dekat sejam jam. OK fine. dah la air pun takde..semua dah buang masa nak check-in. So, tunggu dalam flight je la nak minum. Sekian cerita percutian di Padang bersama kakak ipar.
Cerita nie tak complete sebab aku dah lupa banyak kronologinya..hahah..tu la..siaran tertunda memang camtu..:p
Subscribe to:
Posts (Atom)