Sunday, February 13, 2011

Ronda malam di Kuala Lumpur


De Azmi Garden, Kg Puah, Sentul
Lapar woo tengok lauk2 tu
Kolam ikan yang terletak di tepi gazebo tempat kami makan
Salam
Semalam, aku rasa teringin nak makan ikan bakar. Nak pergi muara, suami kata jauh..:(. Nak pergi Sekinchan Ikan Bakar, review dari mereka yang pernah pergi sangat tak menarik. Mahal dan tak sedap. So, baik jangan. Maka aku terpikir untuk ke Kg Baru..tiba-tiba dalam perjalanan, suami kata nak try di Sentul, tapi dia tak pasti ada ikan bakar ke tidak..maka, bertukarlah destinasi kami. Sampai di Sentul, Kg Puah tempat yang tepatnya, kami singgah di restoran De Azmi Garden. Sesuai dengan namanya Garden, memang tempat tu ada berunsurkan taman sikit. Aku memilih untuk makan di gazebo yang tersedia di situ. Tempatnya menarik pada aku. Makanan pun ok. Ada 6 menu makanan dan 5 jenis air yang kami order. Kesemuanya rm104.50. Oklah untuk family kami..
Lepas makan, kami bergerak ke KLCC. Bagi anak-anak tengok pemandangan. Berhenti sekejap tepi jalan. Ambil gambar lebih kurang kemudian balik ke pangkal jalan..



Friday, February 11, 2011

Serakahnya nafsu

Salam
Sayu. Sedih. Geram. Marah. Menyampah. Sakit hati. Istighfar panjang bila membacanya..Orang tua ganyut, umur 89 tahun, merogol cucu, berusia 10 tahun. Astagfirulahalazim. Apa nie? Kenapa sampai jadi begini? Kandang lembu pulak tempat melakukan perkara keji? :(..sadis..apa la patut kita buat pada setan seperti ini? Kalau aku jadi hakim kes perbicaraannya, sudah pasti aku emosi..emosi pada perlakuannya yang sudah lebih dari binatang di kandang babi..nak sama berkongsi perasaan aku? Silalah baca di Kosmo ini. atok..bertaubatlah..selagi usiamu masih ada..Atok..betapa serakahnya nafsumu..

Tuesday, February 08, 2011

Budi yang tidak dibalas dengan bahasa

Ops Piramid bukan misi politik

SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Menurut Perdana Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan. "Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia. "Dan ini misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya (sumber: www.utusan.com.my).

Aku ambil petikan ini untuk menyatakan betapa murninya usaha kerajaan Malaysia membawa balik pelajar-pelajar kita yang terkandas di Mesir akibat kekacauan negara itu. Dan sememangnya aku juga akui bahawa memang tanggungjawab kerajaan untuk membawa balik rakyatnya, jika terjadi sebarang kecemasan seumpamanya. Malangnya 'budi'' kerajaan ini tidak dihargai oleh sebilangan kecil rakyat Malaysia ini, malah 'dibahasakan' pulak sebagai bermotifkan politik.Hmm..betapa singkatnya pemikiran golongan yang tidak tahu berbahasa ini. Cuba baca di sini. Aku sangat geram dengan golongan seperti ini. Kalau ya pun anda itu rakyat berhaluan kiri, cubalah belajar untuk berbahasa dan kena pada tempatnya..Perbezaan ideologi tidak menghalang kita menjadi insan yang berbudi bahasa..akhir kalam, TERIMA KASIH kepada kerajaan Malaysia yang berusaha membawa balik rakyat Malaysia di Mesir walaupun keluarga saya tidak terbabit sama sekali dalam kekalutan itu..:)



Saturday, February 05, 2011

Sudah menjadi milik dia





Salam
Hari ini, aku berkesempatan ke kenduri Nurain Sharuddin, kawan sepejabat aku. Tahniah diucapkan kepada Ain dan suaminya Mohd Ilwan Yusop..Ilwan pun budak P2 jugak. Paint shop. Tahun nie, bonus deme setahun la..insya Allah..huhuhuhu..nape setahun? ye la..kalau dah sorang 6 bulan, 2 orang tak ke setahun? huhuhhu..Ain guna tema warna ungu..Ain cantik sangat hari nie..ye la, sesuai dengan title 'raja sehari'. Kenduri Ain meriah. Ramai orang datang. Dalam jam 2.30pm tu. jemputan masih ramai. Rezeki Ain dan keluarga. Oh ya, kenduri Ain berlangsung di rumahnya di Taman Bernam, Tanjung Malim, Perak. Cuma, kesian Ain. Kenduri tanpa arwah abahnya..alfatihah untuk arwah pakcik Sharuddin. Pada Ain dan Ilwan, kak Kia doakan agar korang berdua berbahagia sehingga hujung nyawa. Baik-baik pakat ye..Akhirnya Ain sudah menjadi milik Ilwan....

Friday, February 04, 2011

CNY walk-walk





Salam
Entry pertama juga..untuk bulan Februari 2011. Hari nie sampai 6 hb Februari cuti tahun baru Cina. Memang tak plan pegi mana-mana. Satunya sebab tak sanggup berdepan dengan kesesakan jalan raya, keduanya anak-anak ada kelas Teakwondo dan ketiga, memang takde perasaan nak balik kampung pun..huhuhuh..bukan anak derhaka..tapi baru je jumpa mama dan ayah last weekend. jadi, ok rasanya kalau tak balik.
Hari nie, bawa anak jalan-jalan. Memang tak tahu nak ke mana. Lastly, Aqif cakap dia nak beli game Bakugan. So, bawaklah budak-budak ke Selayang Mall, beli CD PS2 diorang. Kemudian, aku ajak ayah deme pergi Taman tasik Titiwangsa..nak bagi deme nie naik kuda..malangnya, awal pulak kuda tu tutup servis dia. Pukul 6 petang dah tak boleh naik dah..kesian budak2..hampa jer..so, kena qadha masa lain..Lepas makan kat situ, gerak pulak pergi Tesco, beli barang dapur..hmm..beli tak seberapa..tapi habih kat suku gaji..huhuhuhu..apa nak buat..dah rezeki macam tu ye dak...

Friday, January 28, 2011

How I adore him..but..

Salam
Tun was visiting Perodua and I was at home, bearing with diarrhea.:(

Sunday, January 16, 2011

Ini yang pertama

Salam semua
Entry pertama untuk tahun dan bulan ini. Sebenarnya aku ada benda untuk ditulis dalam blog ni tapi terlalu malas untuk mengarang dan menaip..aku ni tak serajin temanku Eja yang boleh update blog dia setiap hari. Kadang-kadang, dalam sehari dia boleh tulis 2 entry..huhu..hebat..cikgu la katakan. Oklah..balik kepada cerita. Aku rasa takat nie ada 3 benda yang boleh dikongsikan.
1. Bonus pay out- Ya..ya..aku tahu mungkin ada yang akan menyatakan rasa cemburunya dengan jumlah bonus yang Perodua bagi untuk tahun ini. Alhamdulillah, dalam 4 tahun bekerja di Perodua, bonus memang best. Benar, tahun ini bonus memang lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas. Disebabkan dengan bonus itu jugalah, aku boleh mendapatkan benda yang akan aku ceritakan di cerita no 2. Alhamdulillah, Perodua telah melakukan yang terbaik bagi tahun lepas. 186000 unit kereta telah dipasarkan tahun lepas. Kebanyakan unit yang terjual adalah Myvi. Oh ya..bercakap pasal Myvi..sesiapa yang berminat dengan Myvi model kini, sila pastikan anda mendapatkannya tahun ini kerana takut melepas...huhuhu
2. Rententan bonus pay out..alhamdulillah, setelah 4 tahun lebih bekerja dengan Perodua yang gemilang, aku berjaya jugak mendapatkan sesuatu yang sangat aku idamkan sejak pembikinannya lagi..Perasan tak entry aku yang lepas? D46t? hihihihi..tu nama saitifik Alza..masa mula2 dilancarkan..aku menulis statusku tentang D46t..
Inilah rezeki keluargaku..berkat doa suami dan mak ayah..:)

3. Fraser Hill..tarikh 31hb - 2 hb aku berkesempatan naik ke Fraser Hill. Alhamdulillah, isteri sepupuku Abang Lang Munawar iaitu Marina yang sponsor accommodation. Marina bekerja dengan Ambank. So, dia dapat sewa rumah untuk staff tu. Perbelanjaan lain-lain dikongsi bersama yang pergi..abang Poe and family, Along Mahathir and family, Mak Nyah and Ayah nyah, Pah, Ada and family and not forgetting Rizal..staff abang Lang.




Tuesday, December 28, 2010

D46T



Cantik menarik tertarik kau memang the bomb..:)..saja promote..dia contribute bonus aku...hihihihih

Thursday, December 23, 2010

P2 dan Ex-Gratia


Kakitangan yang setia menanti pengumuman khas
Sempat berposing sebab tahu Faizal Mubin standby camera
Tahi lalat yang kelihatan jelas di wajah
MD yang bersemangat memberitahu 5.5
Salam semua
Semalam, 22 December 2010 Pengarah Urusan Perodua telahpun memberikan perutusan khas sempena akhir tahun. Antara yang dihebahkan adalah pencapaian keseluruhan Perodua di mana tahun ini merupakan pencapaian terbaik setelah 17 tahun Perodua berada di pasaran. Walau bagaimanapun, target jualan unit kenderaan masih belum tercapai di mana target asal adalah 189000 unit. Tidak pasti berapakah unit yang telah terjual setakat ini. Booth Perodua di KLIMS pun mendapat tempat ketiga selepas Toyota dan Honda. Perodua Bezza prototype tu pun Tun Mahathir kagum. Beliau tidak percaya bahawa itu adalah hasil kerja anak watan Malaysia di Perodua nie. Pengumuman yang ditunggu2 oleh warga kerja pun ada. Cuma, kali ini pengumuman yang diberikan adalah luar jangkaan..tidak seperti yang diharapkan..perkataan ex-gratia mula berlegar-legar di minda warga Perodua..aku sendiri tidak begitu memahami apakah itu ex-gratia tapi tidak berminat pula aku untuk mencari maknanya..hahahah..bukan apa, dah kecewa sebab gaji masuk 27hb..huhuhuhu..baru je cadang-cadang nak berpoya-poya di kampung..tapi takpe la..tunggu je la..apa-apapun, terima kasih kepada syarikat..Fly High Perodua..yoshh

Sunday, December 19, 2010

Selamat berpisah wahai Cumi


Gambar diambil sewaktu hendak dibawa ke OT untuk pembedahan pertama pada 12 April 2010.
Jauh renungannya..tidak pasti apa yang difikirkan..
Antara senyum dan tawa di Aidlifitri 1431H
Tawa yang tersembunyi seribu duka bagi kami yang melihatnya

Akhirnya Cumi pergi menemui penciptanya pada 19 December 2010, 22 hari selepas Pakcin pergi..al-fatihah untuk kedua-dua pakcikku sayang..


Saturday, December 18, 2010

Umat Nabi Luth kembali..:(


Salam
Sangat menyedihkan apabila aku melihat klip ini. Beristighfar panjang aku. Ya, aku memang seolah-olah menjadi manusia yang mengalami kejutan budaya. Ya..kerana aku dibesarkan dengan ajaran Islam yang menyatakan manusia itu dijadikan berpasang-pasangan yang berlainan diantaranya. Apakah ini yang dikatakan manusia sudah tiba ke akhir zaman? Tidak malu untuk mengaku bahawa apa yang dilakukannya melanggar batasan agama suci Islam? Tertanya-tanya aku pada diri ini, apakah lelaki ini tidak mempunyai asas agama? Tidakkah dia mengetahui bahawa perbuatannya itu dlaknat Allah SWT? Tidakkah dia memikirkan perasaan ibu bapanya, keluarganya serta ahli masyarakat yang lain yang tidak sealiran dengannya? Di kesempatan ini, aku tidak mempamerkan klip ini untuk dirinya dihina tetapi aku mengharapkan sesiapa yang menonton dan membaca blogku ini untuk mendoakan agar lelaki ini dan semua umat muslimin muslimat yang hanyut dari jalan kebenaran Allah untuk kembali ke pangkal yang haq. Insya Allah...

Sunday, December 12, 2010

Separuh Jiwaku Cair..


Awie tetap penyanyi yang terbaik bagi aku. Walaupun tidak mendapat award yang grand-grand macam Dato Siti Norhaliza tetapi Awie akan tetap menjadi penyanyi nombor satu di hati aku..I like..:)

Hantu Kak Limah kome wei..

Salam
Malam tadi, aku, sang suami, abang poe, sue, acik, marina dan abang lang pergi menonton filem terbaru arahan pengarah pojaan Mamat Khalid. Cerita Hantu Kak Limah balik rumah. Hihihi..dah tentu aku nak tengok sangat sebab (1) Ada Awie, (2) Sebab dia cerita Mamat Khalid dan (3) sebab dia dikatakan sequal kepada Zombi Kampung Pisang (my fav ever). Hmm..kalau tengok dari sedutan dia kat TV tu, memang lawak la..aku even tengok 'the making' dia di TV. Best..best..bila tengok kat wayang malam tadi, ada benda yang tak best..sebab aku kena duduk kat sit no P..mendongak ke langit wei..takpe la. Secara peribadi pendapat aku (diulang pendapat aku), aku lebih sukakan ZKP. Lebih lawak, lebih terkesan di hati dan pelakon dia lebih best la. Johan Raja Lawak tu ok tapi aku rasa ada orang yang lebih ok. Pastu, scene hantu kopek tu pada aku tak best sangat..hihhi..siap berlakon dengan coli lagi..iskk..:P. Pada aku tu la yang tak bestnya. Walau apapun pandangan aku, abang Mamat sudahpun buat yang terbaik dalam filem-filemnya..semoga abang Mamat terus berjaya di masa-masa yang akan datang..


Friday, December 10, 2010

Raket murah orang pun lubuk? Update


Kepada dia bakal ku serahkan
Sedang beraksi menggunakan raket pinjam
with abang Poe

Salam
Aku sekarang baru je berkecimpung dalam dunia badminton. Bukan seorang pemain yang baik jauh sekali handal, raket yang aku punyai hanyalah sebatang raket bernilai rm59.90 yang aku beli di JJ Kepong. Hahaha..mesti orang yang biasa main badminton atau yang biasa dengan raket akan menggelakkan aku..biarlah..aku sedar diri..aku tak terer..beli raket mahal-mahal pun tidak memberi makna pada aku. Kalau dah lubuk tu, lubuk la.
Tapi entah kenapa, setelah hampir 2 bulan main, baru aku terasa, raket rm59.90 tu tak best la..hahaha..kenapa aku rasa camtu ye? sebab aku dok pinjam raket teman sebilikku yang harganya rm180. Bezakanlah rm59.90 dengan RM180. Mesti boleh rasa kan perbezaannya. Harga tu tak menipu bak kata bibik aku. Sekarang, aku dah tak pernah guna raket aku tu. hahaha..belagak je kan. Raket aku tu akan aku sedekahkan secara rasminya kepada anakanda Afiq sejurus aku dapat raket baru aku..hihihi..macam mana rupa raket baru aku tu pun aku tak tau..sebab abang Poe yang belikan. Malam karang baru nak tengok rupanya..Nantilah, kalau rajin aku upload yek..:P

update: gambor raket baru aku...yeehaaa


Monday, November 29, 2010

Belasungkawa-Alfatihah untuk Mohd Hussin Hj Mohd Noor

Liyana sedang mengurut Pakcin yang mengadu sakit pada ulu hatinya.
Gambar ini seminggu sebelum Pakcin meninggalkan kami
Ayah memberikan kata-kata peransang kepada arwah adiknya.

Salam semua
Kehilangan ahli keluarga adalah amat memeritkan dan menyedihkan. Tanggal 27 November 2010, kami sekeluarga kehilangan seorang ahli, Mohd Hussin b Hj Mohd Noor. Arwah hanya disahkan mengidap kanser 3 bulan sebelum pemergiannya kelmarin. Betapa sakit kanser itu satu penyakit yang amat jahat sifatnya. Arwah yang aku panggil Pakcin merupakan adik kedua bongsu ayah. Sebelum arwah, paksu ku yang ku panggil Cumi menderita sakit dalam kepala yang sehingga kini masih belum sembuh sepenuhnya. Dulu, kami bersedia untuk Cumi dipanggil mengadapNya. Ternyata ketentuan Allah itu lebih hebat. Pakcin yang sebelum ini sihat walafiat disahkan mengidap kanser tahap 4 dan tiada lagi peluang untuk meneruskan rawatan chemo. Arwah meninggalkan isterinya Suhaila Suhaimi (wanchik) yang sama usianya dengan aku serta 3 orang anak-anak yang masih kecil. Dina-12 tahun, Ain-11 tahun dan Hakimi-9 tahun. Aku berdoa semoga Allah memberikan ketabahan kepada Wanchik serta mencucuri rahmatNya pada roh arwah Pakcin. Untukmu Pakcin, semoga rohmu tenang disana serta ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman. Alfatihah untuk pakcikku sayang....

Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 1431 Hijrah


Bahagialah lembu ini dipilih untuk dikorbankan keranaNya

Ayah antara petugas

Mula dilapah


Sudah boleh mula diagihkan

Salam
Aku mungkin terlewat sikit untuk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua yang membaca blog ini. Tapi aku rasa masih belum lewat jugak sebab kita sambut Aidiladha extra 3 hari . Infact, hari ini, masih bergema takbir raya yang sayu kedengaran di kaca tv..
Sambutan Aidiladha tahun ini agak sederhana. Tahun lepas, aku ada buat aqiqah untuk diri aku sendiri dan anak-anak2 Aqif dan Adriana. Tahun ini, tiada perancangan. Insya Allah, tahun depan keluarga aku bercadang untuk melaksanakan ibadah qurban. Cukup 7 bahagian. Insya Allah..semoga Allah permudahkan.

Monday, November 15, 2010

Belahan Jiwaku Berjaya




Salam
Semalam, double happiness yang Allah Taala hadiahkan kepada aku dan suami. Tidak perlu berbicara panjang kerana sekeping gambar mampu menceritakan berribu perkataan..

Wednesday, November 03, 2010

Alam Sudah Semakin Marah







Salam
Kesemua ini adalah ujian Allah terhadap hambaNya..