Saturday, October 01, 2011

Kota Kinabalu-Catitan bersambung

Salam
Day 3-8 Jun 2011
Catitan kembali bersambung untuk hari ke 3..hari nie kami pergi ke Pulau-pulau je..so, we started our journey dalam jam 9 am rasanya..jangan marah saya kalau salah timing sebab peristiwa dah 3 bulan berlalu..huhuhuhu..Edi datang pickup kami dan dia juga yang menghantar kami ke Jesselton Point untuk amik bot ke pulau. Kami sewa sebiji bot untuk kami saja. Senang nak berurusan.

Anak-anak and mama long
the cheeky aqif
sulung ngan tecik
Pulau pertama yang kami tuju adalah pulau Sapi. Mula-mula sampai memang teruja sebab nampak bersih je tempat tu..ditambah aku dah lama tak ke pulau. So, tukang bot menanya kami berapa lama mahu berada di pulau itu..kami sepakat untuk berada di situ selama sejam. Anak-anak paling tidak sabar. Sebelum memasuki pulau, kami perlu membayar tiket yang akan digunakan untuk memasuki 2 lagi pulau yang lain.


Price list
Pulau Sapi scenery
my soul
Tukar pulau pulak
Tak sampai sejam, kami rasa boring..pindah pulau..pulau kedua kami menuju ke pulau Manukan. Pulau ni kurang best sebab kurang bersih..sampah banyak di tepi pantai..orang pun ramai jugak...entah apa yang menarik, aku tak pasti..anak-anak masih diberi peluang berendam kat situ. Bila dah berendam, jadi lapar. So makan dulu. Memang ada gerai makan, tapi limited dan sudah pastinya MAHAL. Nasi putih, telur dadar dan sayur..cer teka berapa RM...hihihi..RM6.50-RM7.00..huhuhu..terpaksa la terima hakikat. Tak makan, lapor..
Pulau Manukan
Main pasir puas-puas
Lepas semua dah makan, kami bergerak ke pulau terakhir, Pulau Mabutik..this island is heaven..at least for me..sangat relax..airnya jernih..orang tak ramai..sangat mendamaikan..dari pulau ni boleh nampak bandar KK..
Relaxing

Kota Kinabalu town
Balik dari pulau, semua rentung. Sebelum balik ke apartment, kami singgah di Pasar Filipina..makan dan berbeli-beli sedikit..yang banyak si kakak iparku...huhuhu..banyak sungguh duit perempuan itu...aku seperti biasa mesti cari fridge magnet dan t'shirt serta ikan bilis. Lepas beli-beli, pergi makan pulak..lapor sesaje duduk sana. Paling best harga seafood dia..sangat murah..ikan merah sekor rm10 yang kecik..besar sikit Rm20..rembat yang besar la kan...
Tempat makan depan tepi pasar Filipina

Lepas makan-makan, balik hotel..malam keluar tengok KK waktu malam. Pergi tengok suria Sabah. Takde mende pun kat situ, just the same as shopping mall yang ada kat Semenanjung. Cumi Acik sempat pergi jumpa member sama tempat kerja dia kat branch KK tu. Beli sehelai seluar, 2 helai tshirt yang harganya rm29 je ngan sling beg..tu je..tak sampai seratus pun..
Final day-9.6.2011
Siap-siap check-out. Before ke airport, kami melawat ke bangunan Tin mercu tanda sabah tu..menara Tun Mustapha. Amik gambar je..tak boleh masuk as it is the goverment punya office. Lepas tu, kami pi makan tengahari kat ngan area 1borneo. Tak ingat aku apa nama tempatnya. Lepas makan, kami pergi masjid terapung-Masjid Likas. Kat situ, aku jumpa kawan sekolah aku Syah Ronie yang dah menetap lama kat Sabah. Dia kerja kat airport. Lepas sembang lebih kurang, kami pun bergerak ke airport. Disebabkan kami masih mempunyai masa, kami pergi ke pantai Tg Aru dulu..habiskan dalam setengah jam dan terus tuju ke airport..flight kami sepatutnya jam 6.30pm tapi delay dekat sejam...kami selamat sampai ke semenanjung dalam jam 10pm. Sampai KL Sentral dalam 11.15pm dan sempat kejar last komuter ke Sg Buloh dan akhirnya kami sampai ke rumah dekat pukul 2am. Sekian saja cerita percutian saya kali ini.



Ronie
Masjid Likas
Pantai Tg Aru..tu pun ada hati nak mandi lagi bebudak nie



p/s: Kalau travelling, hati-hati bab makan..esoknya aku MC sebab ceri-beri..hahahahahah

Monday, September 26, 2011

Kota Kinabalu-Catitan Tertunda

Salam untuk semua
Lama sungguh tidak menulis dalam ruangan maya ini. Kali ini biar aku mulakan dengan catitan tentang percutian keluarga sebelah suamiku sayang..Percutian di Kota Kinabalu 6-9 Jun 2011.
Perjalanan kali ini akan bersifat kelam-kabut. Mana tidaknya..kakak belikan tiket untuk abah, mak, Acik dan dirinya suami isteri selepas aku berjaya mendapatkan harga rendah. Maknanya kami naik penerbangan pergi yang berbeza-hanya kerana tambang penerbangan yang masanya sama telah menjadi mahal. Keseluruhan perbelanjaan untuk keluarga sahaja adalah sebanyak rm1400.00 pergi dan balik untuk 5 orang. Okay la kan..
Hari pertama-6.9.2011
Kami tiba di Kota Kinabalu jam 4.30. Penerbangan tertunda dalam 1/2 jam kalau tak silap. Sampai sana, aku dijemput oleh anak angkat mak abah, Edi yang bertugas sebagai polis unit udara di KK. Dia menguruskan semua aktiviti kami di sana, dari menempah tempat tinggal sehinggalah ke kenderaan, sehingga ke aktiviti jalan-jalan...senang cerita hampir 90% Edi uruskan..sayangnya, Edi tak dapat join sebab dia kerja..so, ada hari-harinya kami bergerak sendiri.
Edi, berbaju hitam dengan kereta Myvi SE hitam plate Penang-plate KK tak best kata Edi..
Dalam pukul 6.30pm, barulah keluarga mentua sampai..itu pun lambat juga sebab flight delayed. Selepas solat, kami turun makan berhadapan dengan KK Waterfront..puas hati gak la sebab kami bayar Rm 150 lebih kurang untuk 10 orang makan.. oopss..lupa nak bagitau, kami menginap di Apartment Api-api dengan kos rm150 semalam. Malangnya, disebabkan tempat tu tak berapa eksklusif, maka gambarnya tidak diambil.
Licin-sebab lapar semua
Mak Abah mertuaku..:)
Lepas makan, baliklah semula kami ke sarang..tapi yang laki-laki keluar..tak aci tau..tinggal kami kat umah..
Hari kedua-7.6.2011
Kami menaiki van yang disewa menuju ke destinasi yang ditunggu-tunggu-kaki gunung Kinabalu. Kami agak tersilap langkah hari ini bila perjalanan hanya bermula jam 9.30 pagi. Oleh kerana sebelah kepulauan borneo cerah awal, sepatutnya perjalanan pun kena awal. Destinasi pertama adalah Jambatan Tamparuli..menjadi kemestian apabila melawat KK. Kampung Marsha nie. tak beli apa pun, amik gambar dan semuanya dengan kadar segera sebab hujan.
Gambar atas Jambatan Tamparuli
Next, Pekan Nabalu. Berhenti buang air sebenarnya..hahahah..Tapi sempat la amik gambar jugak. Tempat nie sejuk je..tapi tak best sebab anjing berkeliaran..
Sejuk atas nie..
Saujana mata memandang
Kemudian, kami melalui liku-liku perjalanan dari Nabalu menuju ke Kinabalu Park pulak..kami kurang bernasib baik..hujan..kabus tebal menyelubungi gunung..apa pun tak nampak..dan apa pun tak boleh..memang ada orang advice tu stay sana untuk tengok Gunung Kinabalu tu..tapi takpe la..mungkin bukan rezeki kami..yang bestnya..hari esok tu, cuaca sangat cantik...:(
Baru sampai di entrance

Tiket masuk
Tengok background tu..kemutih ke kan...tu la tandanya kami tak nampak gunung tu..huhuhuhu..aku lak..time sampai situ la consultant tepon..kena layan sebab program team building is on the way masa tu..commitnye aku dengan kerja kan..
Lepas mencuci mata dan kelaparan di Kinabalu Park, kami menuju ke Strawberi Farm..aku tak turun sebab strawberi kat Cameron pun ada..tambah2 pulak Aqif tengah tidur masa tu..so, aku say je kat van..

Kat sini ada pokok bunga dan strawberi..kena bayar seringgit untuk masuk..masa tu, buah dia kecik dan tak banyak..so, diorang tak petik la..
Dah habis acara tengok pokok dan strawberi..kami pergi makan jap..kat tempat nama apa tak tau..tapi kat area kundasang tu jugak la..tak ambil gambar sebab tempat tu kotor, banyak lalat tapi takde tempat lain nak makan..so, belasah jugak la..amik makanan yang panas je..Lepas makan, kami pergi bergerak ke tempat ikan gigit2 kaki tu..malangnya sekali lagi, waktu tu hujan, air sungai deras..dengan ikan-ikan tu sekali ruyup..:(.

So, takde la apa2 yang boleh dilakukan melainkan menuju ke Poring Hotspring pulak.
Sebelum ke Poring, kami lawat ladang teh pulak..Sabah Tea. Beli teh sikit untuk rumah dan mama..


Ladang Sabah Tea
Apakah agaknya di balik awan itu?
Selepas Sabah Tea, kami menuju ke Poring Hot Spring. Kat sini pun sekejap ja..ambik gambar, rendam kaki lebih kurang dan beli souveneir sikit..kat sini, entrance dia menggunakan tiket yang sama dengan masuk Kinabalu Park tadi. RM3 per head. Kanak-kanak half price rasanya..Jadi, kalau kiranya anda melawat ke sana, simpan tiket ya..




Air dia memang panas mula2 nak rendam, memang tak gamak rasanya, after a while, takmo angkat lak...hihihhi..

Oklah, entry ini sangat panjang..kita sambung esok ya untuk next day...bersambung....

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri Syawal 1432

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua...

Saturday, July 09, 2011

Mama..


Happy birthday nyawaku Mama
Tiada hadiah istimewa yang dapat kuberikan kepadamu
Melainkan ingatan serta doa
yang beriringkan kasih sayang berkekalan
Tiada kasih yang serupa denganmu
kerana dirimu hanyalah satu
Mak..i love you so much
Have a wonderful birthday
Semoga Allah sentiasa memeliharamu mak..insya Allah

Saturday, June 04, 2011

Patah Hatiku

Salam
Lambang hati yang lara. Ya, hati aku sangat lara ketika ini. SANGAT! Lara yang menyebabkan aku rasa mahu saja lari dari kehidupan ini. Memang benar, tiada siapa yang sempurna di bumi Allah ini tetapi ia tidak menghalang kita untuk berusaha menjadi hampir sempurna. Kita juga boleh memilih untuk menjadi manusia hampir sempurna jika kita mahukannya. Malangnya, orang yang aku kenali ini seolah-olah sengaja memilih untuk menjadi manusia yang jahil. Aku sedih dan sangat kecewa. Lara ini tidak ada tempat untuk aku mengadu, melainkan kepadaNya. Aku sedar, lara ini adalah sebahagian dari ujianNya kepada aku. Aku tahu, Dia menguji aku tetapi ketika ini aku merasakan aku kalah dalam ujian ini. Sudah lama sangat rasanya aku menghadapinya. :(

Tuhanku, aku dengan rasa rendah diri, memohon agar Engkau terus memberikan aku kekuatan dalam menghadapi semua ini. Aku sedar, ada orang yang lebih parah ujiannya tetapi aku bukanlah hambaMu yang cukup kental menghadapi ujian ini. Ya Allah..ampunkan dosaku serta dosa kedua ibu bapaku yang sangat banyak teruji jiwa raganya keranaku...Amin ya rabbal alamin..

Sunday, May 29, 2011

34



Salam
Syukur pada Allah kerana mengizinkan aku bernafas di muka bumi ini selama 34 tahun. Semoga Allah memberikan aku lebih ruang dan kesempatan untuk beribadat kepadaNya..insya Allah.

Saturday, May 28, 2011

Hebat mantap



Salam..
Time nie dengan reserve2 dia aku kenal..tanya player Perak sekarang..minta maaf la..kome tak konsisten yeop..tu le pasei..

Tiada yang serupa denganmu


Salam semua
Semalam, aku ternampak klip pendek tentang arwah P.Ramlee. Lagu ini sangat menyentuh kalbu. Siapa yang tidak bersetuju dengan aku, mungkin ada sesuatu yang tidak kena di hatinya..alfatihah untukmu Teuku Ramlee bin Teuku Nyak Putih..

Sunday, May 22, 2011

Doakan mereka

Salam semua
Sangat mengharukan dan menyedihkan. Tragedi petang 21hb May 2011 sangat terkesan di hatiku. Tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Ulu Langat Selangor.Walaupun bukan sanak saudara terdekat tetapi mereka yang terlibat adalah saudara seIslamku. Anak-anak yatim dan penjaga mereka. Ya Allah, aku bermohon padaMu, Kau permudahkan urusan pasukan penyelamat membantu mangsa tragedi ini. Sesungguhnya Engkau yang mengetahui hikmah kejadian ini..alfatihah untuk semua..

photo from: Berita Harian Online

Saturday, May 21, 2011

Sham Kamikaze


Salam
Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki sesuatu..maka jadilah.:)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah selalu..insya Allah

Tuesday, May 17, 2011

Raihan - doa taubat


Tiba-tiba aku terfikir..apakah dosa-dosa silam aku diampuniNya..:(
Ya Allah, ampunkan dosaku, dosa kedua ayah dan mamaku, dosa suamiku serta semua umat muslimin dan muslimat..sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada..

Sunday, May 15, 2011

Macam-macam gila..

Salam untuk semua
Banyak benar benda gila yang berlaku sejak akhir-akhir nie. Sakitkah manusia-manusia yang melakukan kegilaan ini? Entah..aku tiada jawapan..sekadar mengikuti perkembangan semasa menerusi kaca tv.
Gila #1: Gila menyimbah Asid
Ini satu cerita yang pada mulanya aku menganggap kes terpencil. Apabila sudah 2-3 kes yang berlaku, aku yakin ini penyakit gila yang dilakukan oleh seorang yang gila yang perlu dirawat. Seronok benar gamaknya si gila ini menyimbah asid ke muka orang. Entah apakah yang memberikan kepuasan kepada manusia seperti ini. Aku berdoa, semoga dia akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang sejawarnya supaya kegilaannya berakhir
Gila #2: Cita-cita gila
Wah-wah..semakin berani sebahagian daripada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Astaghfirullah. Nauzubillah. Cukup-cukuplah anak-anak Melayu yang beragama Islam sekarang didedahkan dengan perkara-perkara negatif ketika Islam menjadi agama rasmi. Tidak dapat dibayangkan jika Kristian menjadi agama rasmi bumi Allah Malaysia ini. Aku bukan menentang atau menidakkan pegangan agama orang bukan Islam di muka ini tetapi bagi mereka yang bukan beragama Islam di Malaysia, silalah hormat akan perlembagaan negara yang menyatakan bahawa Islam itu agama persekutuan. Semoga KDN kita lebih tegas dalam mengambil tindakan membendung cita-cita gila ini.

"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam."

wallahuaklam..semoga Allah memelihara umat Islam di dunia ini..insya Allah..


Sunday, May 08, 2011

Hari yang perlu diingati




Salam
Hari ibu tahun ini, memberikan aku hadiah yang sangat menarik. Percutian 4 hari 3 malam di KPJ Damansara Specialist bersama anak-anakku Muhammad Afiq Naqiuddin dan Muhammad Aqif Nafizuddin. Pakej demam. So, 3 malam di KPJD sangat membahagiakan. Tidur di atas tilam yang dikongsi bersama anak-anak, berudarakan air-cond yang sejuk, makan yang keenakannya terbatas dan macam-macam lagi..penat sangat..bila tiba time check-out, kena pulak tunggu 3 jam selepas doktor benarkan untuk discaj..indahkan hari ibu bagi aku tahun ini?
Untuk semua yang bergelar ibu atau mama atau bonda atau umi atau mummy..atau apa sahaja panggilan anak anda kepada anda, saya ucapkan selamat hari ibu..dan untuk mak saya, Norma bt Mohammad, terima kasih segalanya. Semoga Allah merahmatimu selalu mak..insya Allah

Sunday, April 24, 2011

Dia mula buat perangai..

Salam
Hari ini aku memang angin satu badan..geram..tak pasti sama ada aku patut marah atau tidak. Ini takde berkenaan dengan suami atau anak-anak tapi bibik aku. Ya..bibik..orang gaji..hmm..ada susah..takde lagi la susah. Aku melayan bibik nie macam ahli keluarga aku sendiri. Apa yang aku makan, itulah yang dia makan. Pakaian dan barang harian dia aku yang beli. Pernah menyentap bila aku suruh dia beli sendiri toiletries..so, aku jugak la yang beli..Gaji dia, solid hantar kampung. Semua. Dah dipesan untuk tinggal sikit kat sini supaya balik nanti ada berduit..oh tidak..tak didengarinya. Takut aku makan duit dia agaknya. Percayakan anak saudara di kampungnya, semua diserahkan kepada anak saudaranya itu. Penat aku suruh dia simpan sikit di sini, tapi sikap bodoh sombong dia tu memang aku tak terdaya nak lawan..takpe, biarkan..aku tak mintak, tapi esok kalau balik sana seduit pun takde, jangan mimpi la aku nak tolong..kalau nak kata aku kejam, terpulanglah..tapi itu je ajarnya..hmm..tapi lately, dia dah takmo hantar semua..spare sikit..katanya kut dia nak beli pulsa (topup hp)..ok..dan aku yang tak berperasangka nie, ikut je cakap dia. Geram aku nie sebenarnya bermula dari sebelum2 nie lagi. Aku tengok dia sekarang kerap menengking anak-anak aku. Memang tidak dinafikan anak aku memang nakal. Sekarang mungkin dia dah hilang sabar..sebelum nie dia pernah mintak balik terus (berhenti) tapi berjaya dipujuk untuk extend. Aku akui, memang sukar sedikit perjalanan harian kalau tiada dia..dan aku nyatakan kesulitan aku itu padanya supaya dia mengerti.

Sepanjang dia bekerja dengan aku, tak pernah aku melarang dia dari berkawan dengan indon-indon lain kerana aku tak nak dia rasa terasing di sini. Cuma, aku berpesan, berkawan jangan sampai ke rumah orang tu atau bawa ke rumah kita. Sekarang, dia berkawan dengan seorang maid di sini, namanya Tini. Aku tak tau kenapa, sejak kali pertama aku jumpa Tini tu, aku memang tak berapa senang dan tak gemarkan dia. I made my own perception towards her, since day one aku jumpa. Tak baik dan aku tau itu tetapi hati dan intuition tidak berbohong bukan. Sejak bibik baik dengan Tini, perangainya bibik dah mula berubah. Pertama, sudah mula marah-marah pada anak-anak, kedua sudah mula pandai meminta cuti. Aku memang terkejut sebab kenapa sekarang baru nak minta cuti? Siapa yang mengajar? Aku tidak menuduh Tini itu tapi ada kemungkinan. Minggu lepas, dia meminta kebenaran dariku untuk cuti dan pergi ke rumah saudara Tini di Bandar Sri Damansara (BSD). Aku memang berat hati untuk bagi tapi katanya untuk melepaskan tension. OK. Aku try to be fair. Dia pergi hari Sabtu 5.00pm dan balik semula hari Ahad dalam 8 lebih camtu. Lega aku bila dia dah balik. Hari nie, dia minta kebenaran lagi dan aku sudah pasti tidak menyenanginya kerana tiba-tiba ramai pulak kenalannya di sini. Kali nie ke Idaman, kawasan perumahan yang terletak bersebelahan dari kawasan aku. Aku izinkan dengan hati yang berat. Sebelum pergi, dia bersalaman dengan aku. Ketika itu, aku ternampak dia membawa beg yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Bila aku bertanya kepadanya, dia menyatakan dia beli beg itu sedangkan dia sebelum ini amat susah untuk mengeluarkan duitnya walaupun sekupang. Aku bertanya lagi, beli di mana? Jawapannya sangat mengejutkan aku.."Beli di KL". Wah...KL? what the..aku izinkan dia pergi BSD je, dia boleh sampai ke KL? Mak aii, nie dah melampau..aku tanya kenapa dia tak bagitau aku di ke KL? boleh dengan bangangnya dia berkata aku tak tanya..aku ke bangang, atau dia yang bangang sekarang..dah tentu aku expect dia utk lepak BSD je tanpa ke mana2 lain apatah lagi ke KL..macam-macam boleh berlaku kalau dia di KL..masa nie memang menyirap..tapi aku releks lagi..

Dia pergi juga ke Idaman tapi malam sewaktu aku bermain badminton aku menerima panggilan dari dia. Aku tak angkat sebab tengah main badminton. Dia sms mengatakan dia sudah ada di rumah..hmm..heran aku, tadi kata nak balik esok. Aku sms balik, tanya kenapa balik mlm nie pulak? Dia menjawab, dia teringat muka aku yang tak suka dia keluar. Bagus, ada jugak guilty conscious dia. Bila aku balik, dia dah tidur barangkali..takpe, biar..esok aku nak dengar apa dia nak kata pada aku..memang betul orang kata, buat baik kat Indon nie kena berpada-pada..tak sangka bila kita dah bagi bunga, taik pulak yang dia nak balas kat kita..hampeh!!



Tuesday, April 19, 2011

Ma Pa?

Salam
Tadi, sedang aku berfb..ada satu gambar yang telah di 'upload' oleh seseorang. Ditandakan gambar itu sebagai 'by ma'. Untuk pengetahuan anda, yang upload tersebut adalah seorang remaja lelaki berusia 21 tahun dan gambar itu pula adalah gambar dia bersama teman wanitanya. Bagi yang biasa ber 'fb', tentu tahu tentang komen yang boleh dilemparkan pada setiap 'post' seseorang. Dan aku dengan lancangnya bertanya.."Ma? Stands for what?" hahaha..sangat menjengkilkan aku ni ye..orang nak bermanja-manja, disoal sedemikian rupa..tapi serius la, aku rasa nak muntah bila panggilan 'mama' or 'ayah' (bunyik tak romantik kan..ok..out of list) or 'papa' diberikan kepada sesama pasangan yang belumpun bernikah..geli. OK..OK..ayang dan abang adalah sangat 'outfashion', tapi mama/papa sebelum 'aku terima'..adoi..tak boleh blah la..apakah aku seorang saja yang berfikir sedemikian? Tolongla..aku geli you..

Papa and Mama yang sangat mesra gitu..

Sunday, April 17, 2011

Sarawak Election 2011

Salam
The Sarawakians has spoken..:). Congratulations to the winner..please serve your voters well okay..
Sarawak Election 2011 Results

Wednesday, April 13, 2011

6569 sudah

Salam
Millage hari nie dah sama dengan Alza putih SXi AHJ 6569..:). Semoga dia terus berkhidmat kepadaku demi mencari rezeki buat keluarga dan anak-anak..

Wednesday, April 06, 2011

Sesak dan menyesakkan

Salam
Minggu nie politik Malaysia dipanaskan dengan isu video yang sangat menjelikkan. Entah bila ianya akan berakhir. Selagi tidak ada kebenaran yang dibuktikan, maka keadaan ini akan berterusan..bosan..aku rasa sesak lagi menyesakkan..:(