Wednesday, September 29, 2010

Starain Kindergarten Concert





Salam
Last weekend 26th September 2010, Aqif had his concert day at Dewan Alwy, FRIM. He was involved in dancing with Oh Suzana by late M Osman as the background music. He was so reserved when asked about the steps. We only had the chance to see him dancing on the day itself. So cute..hihihi..

Sunday, September 26, 2010

Tidak sengaja



from L to R: Nakia, Adee's friend, Helmi, Hezrin, Mima, Pidah and Adee
Salam
Gambar di atas menunjukkan aku dan kengkawan aku beraya di rumah Hezrin. Kecuali Hezrin dengan Helmi, yang lain dah dekat 16 tahun tak jumpa. Masing-masing dah berubah..:). Memang aku tak jangka nak jumpa diorang, sebab aku pergi pun dah lewat. Aku excited sampai tak teringat nak tanya yang lain kerja kat mana except for Pidah..kerja SKMM..suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia..tapi for sure, diorang semua berjaya..short meeting tapi aku rasa satu hari kena organize gak untuk meet up with the rest yang ada kat area Lembah Klang nie..Insya Allah

Tuesday, September 21, 2010

Berakhirkah penderitaan itu?

Salam
Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita yang pada aku sangat menyedihkan. Aku rasa, bukan aku sahaja yang berasa sedih..tetapi yang membaca blog aku juga mungkin berasa yang sama..Runtuhnya masjid Allah..bukan masjid rumah Allah tetapi rumahtangga. Rakan aku, seorang perempuan yang aku namakan In merupakan seorang isteri yang baik dari pandangan mata aku. Ya, aku tidak tinggal serumah dengannya tetapi berdasarkan persahabatan kami, aku dapat rasakan In memang seorang isteri yang tidak ada cacat cela yang 'major'. Sebagai manusia, tidak ada yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. In adalah seorang wanita yang berkerjaya. Mempunyai pendapatan yang agak lumayan dan berkarisma, dia sanggup meninggalkan kesemuanya apabila bernikah dengan lelaki pujaan hatinya. Menjadi suri rumahtangga, masanya hanyalah untuk suami dan anak-anak. Tidak ada istilah keluar berjumpa teman-teman apatah lagi menyebut untuk bekerja bagi membantu suaminya kerana perkara-perkara itu merupakan JANGAN dan TIDAK BOLEH baginya. Sebagai isteri, In akur dan meneruskan kehidupan bersama suaminya lebih dari 10 tahun. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari..kecurangan sang suami membuatkan In tekad untuk mengakhiri segalanya. Bukan tidak pernah diberi peluang, tetapi kecurangan yang berulang kali menyebabkan In tidak mampu membendung lagi perasaannya..aku faham, sebagai isteri, aku juga tidak mampu menghadapi situasi itu..ya..KECURANGAN SUAMI adalah perkara yang sangat ditakuti dalam hubungan suci ini..anak-anak pasti menjadi mangsa keadaan ini tetapi apakan daya..dia harus akhiri penderitaannya dan aku yakin dia sudah berfikir panjang dengan keputusannya itu..buat temanku In..aku mendoakan agar dirimu sentiasa dirahmati Allah selalu..





Wednesday, September 15, 2010

Suka duka September 2010

Salam kepada semua
Nampaknya, tirai September 2010 dibuka dengan pelbagai warna..ada yang putih dan ada juga yang hitam. Selaku manusia biasa, itulah ketentuan dari Ilahi yang Maha Mengetahui segala kejadian di langit dan di bumi. Subhanallah.
Putih: 4 September 2010. Anak sulungku Muhammad Afiq Naqiuddin b Mohd Afizal sudahpun berusia 7 tahun. Semakin nakal tetapi bijak. Semakin kerap menaikkan darah mamanya tetapi pandai juga mengambil hati. Alhamdulillah, Afiq yang dipanggil Along oleh adik-adiknya adalah seorang anak yang bijak. Walaupun dia mungkin tidak secemerlang orang lain dalam pelajarannya, tetapi aku tetap bersyukur dengan pencapaiannya di sekolah. Lagipun, ini tahun persekolahannya yang pertama. Aku tidak mahu menjadi orang tua yang pendesak. Aku percaya, Afiq akan mengerti erti persaingan dalam pelajaran bila usianya semakin meningkat. Cuma doaku, semoga Afiq menjadi anak yang soleh, di dunia dan akhirat..
Putih: 10 September 2010. Aidilfitri 1431 hijrah disambut di Sg Acheh tahun ini. Bermula dari 30 Ramadhan sehingga 3 Syawal kami sekeluarga merayakannya di sana. Di dalam 'keputihan' ini, terselit rasa sedikit kehitaman bilamana aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan yang belum pasti lagi dapat aku ketemu. Tuhan, mohon padaMu agar memberikan aku lagi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan rahmatMu. Selepas 3 hari di Sg Acheh, kami menyambung Syawal di Taman Meru, rumah kedua orang tuaku. Seperti orang lain, beraya di rumah sendiri adalah berbeza berbanding beraya di rumah orang lain, walaupun mertua sendiri. Subjektif mungkin penyataan aku ini, tapi ini pandangan aku. Terasa sangat bahagia apabila wajah ayah mama ditatap disamping ahli keluarga yang lain..
Hitam: Seluruh negara telah dikejutkan dengan kematian jutawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain yang terdiri daripada pemandu peribadinya, pegawai bank dan seorang peguam. Sangat tragis pemergian mereka di mana keempat-empatnya telah dibunuh dan dibakar. Kepada penjenayah-penjenayah yang terlalu kejam dan zalim itu, ingin aku nyatakan bahawa jenazah mereka tidak perlu diuruskan mengikut adat kamu. Mereka yang kamu bunuh itu mempunyai agama yang sangat mulia cara pengurusan jenazahnya sebelum mereka dihantar menemui Pencipta mereka. Aku tahu, kamu sangat percayakan hukum karma bukan? Dan aku juga sangat yakin dan percaya, bahawa perbuatan kejam dan kesetanan kamu itu akan dibalas setimpalnya. Lahanat. Untuk arwah Datuk Sosilawati, arwah Kamaruddin, arwah Kamil dan arwah Noorhisham, al-fatihah untuk kalian dan semoga kalian ditempatkan bersama dengan golongan orang-orang yang beriman..

Tuesday, August 31, 2010

8 tahun sudahpun berlalu

Salam
Pada hari ini, 8 tahun yang lepas, aku selamat menjadi isteri kepada Mohd Afizal bin Jaini..bahagianya aku sehingga ke hari ini..8 tahun bersama, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang sihat sempurna..Alhamdulillah..aku berdoa kepada Allah, semoga rumahtangga yang kami bina ini dirahmati Allah selalu dan sentiasa disinari kebahagiaan yang berpanjangan..insya Allah..

Salam Kemerdekaan

Salam semua
Salam kemerdekaan Malaysia yang ke 53..sungguhpun aku tidak berjuang di medan sana demi mempertahankan kedaulatannya, namun aku amat menghargai erti kebebasan ini..sesungguhnya terima kasih wahai pejuang bangsa..keranamu kami hidup merdeka.

Monday, August 23, 2010

Semarak MERDEKA












Salam
Hari nie, Perodua meraikan hari menaikkan Jalur Gemilang. Ya..agak awal untuk dikatakan sambutan tetapi inilah yang dikatakan semarak kan? Pagi-pagi lagi, warga P2 telah berkumpul di perkarangan bangunan korporat. Di seberang jalan, beraturnya kereta-kereta kelahirannya, ambulan P2, jentera bomba P2, carrier P2, parts carrier, bas P2, shuttle bas P2, vertical mask P2, forklift dan elect port untuk perbarisan masuk. Perbarisan manusia tidak ada kerana terlalu ramai untuk dikoordinasi. Cuma pasukan ERT, bomba dan pasukan keselamatan P2 yang dikecualikan. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan ikrar dan nyanyian lagu jalur gemilang. Pemeriksaan perbarisan dilakukan oleh kedua-dua MD, En Aminar Rashid dan Mr Oaki dan diiringi oleh panglima-panglimanya En Suhaimi Hashim dan En Zainal Abidin Ahmad. Chef de Mission kali ini pulak En Abidullah Omar..lantang betul suaranya memberi command. Best sebab muzik iringan adalah budak-budak band yang memainkan bag pipe, tenor drum, bass drum..sangat patriotik ku rasakan hari ini..aku sayang Malaysia..aku sayang Perodua..

p/s: Maaf, mutu gambar kurang cantik kerana menggunakan HP sahaja

Thursday, August 19, 2010

Sudah 1/3

Salam
Bulan favourite Allah sudahpun berlalu 1/3..tinggal lagi 2/3 masa untuk kita merebut segala kelebihan dan bonus yang ditawarkan olehNya..berapa banyakkah agaknya collection kita tahun ini??

Sunday, August 15, 2010

Pisau yang tak nampak di tangan tetapi menikam

Salam
Tajuk entry aku mungkin agak simbolik. Memang ya..memang simbolik. Aku mengambil masa untuk menulis tentang ini. Tiba-tiba hati ini ingin menyuarakan rasa yang terbuku sejak sekian lama dalam blog aku. Tak pasti, sama ada perasaan ini marah, kecewa atau benci. Mungkin semua tapi pada siapa ye? Hmm..pada orang yang aku gelar kawan...
Selalu sangat kita dengar, kawan tikam kawan..kawan makan kawan..hmm..benda nie selalu sangat jadi pada aku. Mungkin aku bukan seorang kawan yang baik sehinggakan orang yang aku anggap kawan sanggup menikam aku..ya..tikaman itu tidak membawa ke mati tetapi pedihnya sangat menusuk hati. Kini, tikam menikam itu terjadi lagi dalam hidup aku oleh saudara seagamaku..dek kerana memuaskan hati seorang kafir, kepentingan saudara seagama tidak penting..siapalah aku untuk difikirkan kepentingannya. Aku tidak berupaya memberikan kenaikan pangkat ataupun 'appraisal' yang boleh memberikan EP1 kepada penerimanya.
Cuma...aku masih tidak faham. Apakah dosaku sehinggakan aku dipelakukan begini? Sifat mengadu domba terlalu berleluasa..jika ya aku ada melakukan dosa, mengapa sebagai kawan tidak aku diberikan teguran tetapi diberi tikaman? Motif? Dengki? Khianat? Cemburu? Hmm..aku kurang pasti..tapi sesungguhnya aku merasakan aku terlalu dizalimi..kejamnya kawan-kawan..sampai hati..
Tika ini, aku amat emosi..Terlalu..Sehingga aku seboleh-bolehnya tidak mahu menolehkan pandanganku kepada mereka yang lagaknya seperti WALI ALLAH yang terpilih..biarlah, kalau aku ditakdirkan disisih oleh mereka, tidak menjadi kudis bagiku..jika aku dipinggirkan tidak menjadi resah dijiwaku..malah aku rasa bahagia kerana Allah telah menyelamatkan aku dari mempunyai kawan-kawan sedemikan rupa..ada yang rupanya sangat baik, pendiam, tak banyak bercakap..tetapi adu dombanya sangat terkesan di hati kafir itu..ada yang bijak pandai tahap pendidikannya..tetapi kebijaksanaannya tidak seiring dengan cara pemikirannya..ada yang memang suka bercerita tentang manusia lain..sehinggakan jajaannya itu membawa derita pada yang terkena..Ya Tuhan, aku yakin..di sebalik kehebatan mereka beraksi itu, Engkau telah menunjukkan aku kelemahan mereka..dan Tuhan..berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk mengubati luka tikaman itu..berikan aku petunjuk untuk menghadapi mereka yang terpilih itu..
Duhai 'kawan', terima kasih kerana menzalimi aku..kalian berjaya..tetapi percayalah 'kawan', DOA HAMBANYA YANG DIZALIMI AMAT DIDENGARI..aku yakin itu..

Friday, August 13, 2010

Wry Neck

Salam
Me MC today. Me got Congenital muscular torticollis. In Malay, salah bantal or salah tidor. Pain and so uneasy. Love to get MC today because my working environment is not nice anymore..huhuhu..read more on wry neck aka torticollis.


Wednesday, August 11, 2010

:(

Gambar hanya ilustrasi..
Salam
Hari pertama Ramadhan..malam kedua tarawikh..semalam, dek kerana aku menerima berita yang sangat meluluhkan hati, aku cuma mampu menghadapNya di rumah..rugi pahala ganda 27 aku yang sepatutnya aku rebut pada bulan terpilih ini. Malam ini, aku bertemu denganNya untuk tarawikh di surau..sekali lagi, aku tidak berupaya merebut kelebihan yang ditawarkan..kebisingan suara Adriana yang meriuhkan tempat itu membuatkan aku rasa tidak selesa..lantas aku meninggalkan jemaah yang semestinya sedang bahagia merebut bonus dariNya..sesalkah aku? ...:(

Tuesday, August 10, 2010

Kita bertemu lagi..Ramadhan

Salam
Abu Hurairah r a berkata Rasulullah SAW bersabda.." Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT"..hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1431H. Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaanNya..Amin

Monday, August 09, 2010

Blackout..

Salam
Sekarang nie opis aku sedang blackout..boleh aku berpoya2..huhuhu..nak update blog, takde cerita menarik. So, just nak bagitau..opisku blackout..huhuhuuhuhuhuhuh
Gambar ini tidak menggambarkan keadaanku sekarang...



Saturday, July 31, 2010

Tag by Atehbie Basri

1. Adakah anda rasa hot?
Tak, sebab rumah tingkat 8 dan angin masuk menderu-deru..hahahha

2. Upload wallpaper lapotp/pc yang anda gunakan sekarang dan nyatakan sebab..
Takde wallpaper apa2 sebab window not genuine..hahahaha..

3. Kali terakhir makan pizza?
Hmm, tak ingat la..rasanya awal tahun kut..


4. Lagu terakhir anda dengar
Praises to Allah by Maher Zain (rasanya la) dari blog Ruby nie


5. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Mengadap PC dan TV

6. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Yong, maklong, makngah, nicky (masa kat UM dulu dan 3 orang je panggil aku ngan nama nie)..


7. Tag lagi 4 orang
hezrin ahmad nazaruddin
haliza akmar
yus emilia
syahroni che rus


8. Berikan 5 yang anda tahu tentang yang mentag anda?
Comel
Tak tinggi
Seorang cikgu
Anak cikgu mengaji suami
Kahwin family arrangement (sweet je kan)

Friday, July 30, 2010

Cintaku yang terbaru







Salam
Aku telah mempunyai kecintaan yang baru terhadap sesuatu...dan aku masih menyelusurinya untuk menjadikan aku pecinta yang sejati..

Sunday, July 04, 2010

story telling time

Salam
Lama betul tak update..tak tau nak update apa la..ok..let me tell you a few stories happened few weeks back.
Story #1: Singapore
Anak-anak cuti sekolah. Seperti biasa, eksport balik kampung Sg Acheh..bagi depa kembang otak sikit. Aku terpikir untuk buat something yang aku rasa maybe meletihkan tapi best jugak kalau cuba..so, aku suggest pada suamiku Afizal utk bagpack..mula ingat nak pergi ke Bangkok..ye la..rugi la buat passport tapi copnya satu je..so, cari tiket keretapi, full pulak tren ke hadyaai..so, takpe la..cari tiket bas..tapi tak tau mana senang, berenti kat arau ke kangar..then, tukar pikiran..sebab takut geng baju kunen merah..(nampak sangat aku buta keadaan semasa..dah reda la time tu..) isk..rugi..rugi..so, kami decide pergi Singapura..hahah..best gak kan..tapi ye la..money concern la..currency is double..huhuhu..takpe la..kita tidur sana one night jer..naik bas transnational ke singapura dan turun di Lavender..sampai sana kul 530am..hahah..padan muka dah taktau mana arah..sudahnya aku tanya apek kerja shell mana tpt yang boleh aku pergi..dari pembacaan aku Geylang Serai tu tempat ramai Melayu, so aku pun headed ke sana..breakfast dan pegi balik jalan-jalan Singapore..convenience sebab MRT dia sangat efisien..aku doa semoga transportation Malaysia boleh jadi macam Singapore..then tengahari, aku cari hotel semula di Geylang sbb kat tempat lain punyalah mahal..mandi2, then kuar balik...kira, one day to memang aku utilized betul-betul..


Story #2:Reunion geng Anderson 95-96
Me, Dara Waheda, Khairul Azar, Marhayati and Nasir had a small gathering kat Mahbub Bangsar..it was ages since my last visit to Bangsar..changes can be seen here and there in Bangsar and i'm quite surprise to see that there were no more stalls where i used to dine with my UM collegues during my campus time..huhuhu..ya..ya..you may say i'm ketinggalan zaman..whatever..it is not my fault..sapa suruh bangsar buat changes rapidly without telling me..hahhaa..ok..back to reunion..it was supposed to be attended by more friends but unfortunately, they can't make it..it's ok..but apa yang agak pathetic adalah bila ada sorang dari my friend yang sangat bagus serta tinggi darjatnya berbanding kami tidak menghadirkan diri dan memberi alasannya yang tersendiri..takpa la..everything mesti ada alasan kan..cumanya bila si Azar nie komen something kat FB, dia dah start sentap..entah apa2 la..sudahnya, dia boleh unfriend dengan kitaorang dari list FB dia..takpa la..aku bukan apa..kita nie niat nak mengeratkan silaturrahim suruhan tuhan..(lagu BPR)..tapi dia pulak memutuskan tanpa memberikan penjelasan..macam bercinta lak ye...ye la..sapa la kami..macam aku ni..kerja kilang..sapa la nak pandang..tapi takpe..suka hati dia la..FB dia..dah aku tak rasa rugi apa pun sebab aku masih punyai Dara, Azar dan Nasir sebagai kawan..thanks guys and friends forever..walaupun kejap je pertemuan tu, tapi bagi aku bermakna sebab dah lama jugak aku tak jumpa kawan2 Anderson aku nie..insya Allah lepas nie, kita buat lagi yek.
Story #3:Bowling KPM
Huhuhu..19 June..bowling Kelab Perodua Malaysia (KPM)..aku seperti biasa takkan melepaskan peluang untuk join walaupun dah lubuk sejak berusia nie..huhuhu..kut mana pun, masih target ada placing sebab dia bagi cash money from 1st-8th placing..main dua frame sorang..malam sebelum bertanding, aku pi la training kat Selayang Mall..nak familiarize ngan bola baru..btw, terima kasih suamiku Mohd Afizal sebab bagi hadiah set bowling sempena 33 tahun hidup kat bumi nie..hehehe..maybe disebabkan oleh ada training, bola baru dan luck..aku berjaya emerged as champion individual..for 2 consecutive years..hahaha..bangga..bangga...


Saturday, May 29, 2010

33

salam

Another year is given to me by Him..Syukur padaMu Ya Allah kerana membenarkan aku hidup lagi untuk beribadat kepadaMu..semoga Engkau terus memberikan kekuatan kepadaku..

Sunday, May 23, 2010

Beijing May 2010


Salam to all
Lama tul aku tak update blog aku. Kali nie aku rasa ada cerita menarik sikit nak kongsi. Last week, 14 May 2010 aku, mama, suami, Acik dan kakak ipar aku telah bercuti ke Beijing. Niat nak tengok bumi Allah sambil belajar apa2 yang patut..(dah dapat pahala sunah Nabi SAW). Trip tu sampai 19 May 2010. Sebelum pergi, sepatutnya kami naik flight Air Asia. Tapi sebab ejen kami terer, kami dijadualkan naik MAS. Huiyoo..best gila..terus turun Beijing la camtu..kalau Air Asia kena transit kat Tian Jin..
12 May 2010- semangat nie..lagi 2 hari nak ke Beijing kami dapat berita tak berapa best..kena naik Air Asia juga..hmm..takpelah..nak buat macam mana..excitement dah kurang la skit..tapi takpe..still boleh pergi..
14 May 2010 -hari yang dinanti-nantikan. Aku chartered Kia Preggio untuk bawa kami berlima ke LCCT. Jam 430am kami dah gerak. Sebab janji jumpa kul 530am di LCCT. So, bila sampai kat LCCT, lepak dulu kat McD, solat dan selepas selesai urusan check-in dan luggage, kami terbang ke Tian Jin. Alhamdulillah dalam jam 215pm kami sampai..then kami bergerak ke Beijing dalam 2 jam perjalanan dari Tian Jin dengan bas. Pemandu pelancong kami orang China tapi berbahasa Indon..Nama dia Alex..berada di China tetapi masing2 dimomokkan dengan bahasa Indon..oklah, at least nak communicate tak susah sangat.
15 May 2010 - second day di Beijing. Hari nie pegi Tian An Men dan Forbidden City. Petang pulak pergi Herbal store. Bosan gila pegi tempat herba nie..tapi ada urut kaki. Si Alex suruh bagi tips tapi tak kuasa aku..20 yuan tu..kira2 RM10. Malam, kami pergi ke acrobatic show. It was marvellous and spectacular..badan lembut gila..siap ada motorsikal berlegar2 dalam sangkar..bukan sebiji tapi 5 biji sekali.
16 May 2010 - third day. Kami ke kedai Jade dan Crystal. Kat sini kami diberi masa hampir sejam setengah untuk setiap satu kedai. Bosan..tapi aku beli la gak gelang jade harga 100 yuan satu. Beli 5 percuma satu..dapat la adik2 aku sorang satu..nasib semua pompuan..senang cari hadiah. Kemudian kami bergerak ke tempat silk house. tempat nie macam tempat yang eksklusif la. Silk dia pun mahal-mahal. Petang..hari yang dinanti-nantikan. Kami ke Great Wall of China lepas solat di masjid Nan Dou Ya. Best gila. Aku rasa macam nak nangis bila sampai kat situ..amazing and spectacular. Memang layak dia digelar salah satu dari tujuh benda ajaib dunia. Mama akhirnya dapat menjejakkan kakinya di Tembok Besar China yang dia impikan selama ini. Masa kat situ, hujan sikit..so beli la payung..hahah..kunun..sudahnya hujan berhenti payung pun dok kat dalam poket jacket..huhuhu
17 May 2010 - hari nie pergi ke Summer Palace. Singkat betul masa kat tempat nie. Maklumlah, tempat nie takde komisen agaknya. Tempat nie memang best. Tak sempat nak explore. Yang untung Naza dan Umi. Jenuh orang menunggu deme dua orang sebab diorang dah menjelajah jauh ke dalam. Lepas pegi Summer Palace, kami pergi tempat buat Pearl. Sekali lagi aku yang spesis tak berapa nak gemor jewellery nie terpaksa redha la..tapi dapat la jugak ilmu kat situ. Fresh Water Pearl nie rupanya ada banyak mutiara dalam badan dia. Lain dengan Sea Pearl yang ada sebiji je. That's why agaknya pearl tu lagi mahal. Saiz mutiara pun ikut umur cengkerang tu. Kalau umur dia muda, pearl dia besar batu kerikil je..Kami kemudian pergi ke Silk House..kat sini aku tak beli apa jugak sebab suteranya murah sangat..hahah..aku tak mampu..Petang lepas solat, kami pergi ke tempat Shopping Ya Show. Barang memang murah dan tempat tu memang heaven for shoppers. Lepas Ya Show Market nie, kami pergi Sunny Gold lak. Tempat shopping juga..
18 May 2010 - pagi kami dibawa ke tempat silk lagi. Kali nie tempat tu jual sutera yang lebih murah dari tempat pertama kami pergi. Aku beli 6 meter dengan harga 300 yuan. So kain untuk raya dah ada..huhuhu..lepas sejam lebih berada di situ, kami gerak ke Bird Nest. Stadium tu la..Afizal aka suami sangat teruja sampai ke sini. Tapi sekejap jugak kat sini. Ada ke patut dia bagi 1/2 jam je tengok tempat yang besar tu..isk..kelam kabut kami amik gambar kat situ dan Water Cube..kami juga jadi orang terakhir naik bas..lantak la..sekali tu je..selalunya kami on time..lepas ni kami bergerak ke kedai perhiasan milik rakyat separuh malaysia. Ingat kut nak bagi diskaun..idak jugak..kata salah sorang member rombongan kami tu, ayat dia sangat sama dengan yang previous dia datang. Makna kata, dia sediakan skrip untuk pelancong bergantung dari negara mana pelancong itu datang...hahaha..ini macam punya orang pun ada ka..Petang, kami pergi sekali lagi ke Ya Show market.
19 May 2010 - bersiap untuk pergi semula ke Tian Jin untuk balik ke Malaysia. Tak sabar sangat. Rindu pada anak-anak dan semua yang ada di Malaysia. Maklumlah, di negara China nie serba serbi susah. Nak ke toilet masing2 mengusung botol mineral water. Takde air dalam toilet dia. Bau usah cakap la..hancen peren kata orang Perak. So, sebelum ke Tian Jin, sempat diorang bawa ke Muslim Market. Aku beli pistachio jer..ate dah tak berduit dah...last day la katakan. So after lunch, kami gerak ke Tian Jin airport dan sampai sana dalam kul 1.30pm. Nak naik flight kul 3.50pm..
Jeng..jeng..bemulalah episod malang bagi kami..semua orang stranded di TJIA sebab nama kami takde dalam sistem. haha..tahniah kerana kami telah dimainkan agen..so, kata ketua rombongan, kita cuba balik esoknya 20hb May 2010. Tapi malangnya, flight dah penuh..katanya la..so dia try hari Jumaat 21hb May 2010. Nasib baik agen bertanggungjawab jugak. Bagi kami duduk hotel Baidu di Tian Jin for free. Kami cuma bare kos makan. Nasib la Allah temukan kami dengan kedai Muslim yang tak paham sepatah bahasa inggeris..Nasib la makan murah. Mee dan nasi yang basic dia charge 4 yuan jer..kira2 rm2 kita. Taste memang la lari dgn taste Melayu..tapi apakan daya..
21 May 2010 - kami kembali ke TJIA. Hati masih berdebar. Sebab belum tentu ada tiket balik..debaran jadi kenyataan..memang takde lagi nama kitaorang dalam sistem. Agen belum bayar payment pergi hari tu. Funny kan..pergi lepas..balik pulak tak lepas..so, kami dibolehkan balik dengan syarat bayar harga tiket to and fro. Tahniah sekali lagi..nak bayar pakai apa? Mana ada cash? semua orang kelam kabut..yang ada kredit kad takpe la..yang takde macam aku? Mama nasib ada kad. Lepas untuk dia sorang. Aku nasib ada kakak ipar. Dia la yang belikan tiket guna kredit kad dia..sorang rm1700..kiralah sendiri..apa2pun thanks kak..dah la hari tu birthday dia..Punylah gelut hari tu..Allah saja yang tahu..flight delay kerana kami..tapi kami syukur, semua orang boleh balik..masa tu concept sharing is caring telahpun diaplikasikan. Semua orang dah tak berkira dah. Tolong sesama sendiri..akhirnya jam 11.15 pm, kami selamat mendarat di bumi bertuah..syukur pada Allah. rasa macam nak sembah bumi masa tu..tapi nampak ekstrem lak..so, bersyukur dalam hati je la..
Walau apapun, kenangan Beijing/ Tian Jin 14-21 May 2010 akan terpahat dalam kenangan buat 50 orang yang pergi selamanya..


Saturday, February 20, 2010

Birthday Bash 15 Feb 2010




Salam kat semua
Last Monday, birthday bash for my daughter, Adriana, my Maktam and Balkish's bf Matt was held at my mum's house in Ipoh..So co-incident that three of them shared the same birthday..Happy birthday to all of you..Allah bless you guys always..for my dear daughter Adriana Nur Afrina..semoga menjadi anak yang solehah..dunia dan akhirat..

Saturday, February 13, 2010

Dugaan tahun ini

Salam to all
Semalam dan hari ini..aku diduga olehNya..dugaan semalam tak perlu rasanya aku ceritakan..
Dugaan hari ini, ada participants dari Paint Shop meninggal dunia sewaktu latihan team building..Al-Fatihah untuk arwah Azman..