Monday, September 26, 2011

Kota Kinabalu-Catitan Tertunda

Salam untuk semua
Lama sungguh tidak menulis dalam ruangan maya ini. Kali ini biar aku mulakan dengan catitan tentang percutian keluarga sebelah suamiku sayang..Percutian di Kota Kinabalu 6-9 Jun 2011.
Perjalanan kali ini akan bersifat kelam-kabut. Mana tidaknya..kakak belikan tiket untuk abah, mak, Acik dan dirinya suami isteri selepas aku berjaya mendapatkan harga rendah. Maknanya kami naik penerbangan pergi yang berbeza-hanya kerana tambang penerbangan yang masanya sama telah menjadi mahal. Keseluruhan perbelanjaan untuk keluarga sahaja adalah sebanyak rm1400.00 pergi dan balik untuk 5 orang. Okay la kan..
Hari pertama-6.9.2011
Kami tiba di Kota Kinabalu jam 4.30. Penerbangan tertunda dalam 1/2 jam kalau tak silap. Sampai sana, aku dijemput oleh anak angkat mak abah, Edi yang bertugas sebagai polis unit udara di KK. Dia menguruskan semua aktiviti kami di sana, dari menempah tempat tinggal sehinggalah ke kenderaan, sehingga ke aktiviti jalan-jalan...senang cerita hampir 90% Edi uruskan..sayangnya, Edi tak dapat join sebab dia kerja..so, ada hari-harinya kami bergerak sendiri.
Edi, berbaju hitam dengan kereta Myvi SE hitam plate Penang-plate KK tak best kata Edi..
Dalam pukul 6.30pm, barulah keluarga mentua sampai..itu pun lambat juga sebab flight delayed. Selepas solat, kami turun makan berhadapan dengan KK Waterfront..puas hati gak la sebab kami bayar Rm 150 lebih kurang untuk 10 orang makan.. oopss..lupa nak bagitau, kami menginap di Apartment Api-api dengan kos rm150 semalam. Malangnya, disebabkan tempat tu tak berapa eksklusif, maka gambarnya tidak diambil.
Licin-sebab lapar semua
Mak Abah mertuaku..:)
Lepas makan, baliklah semula kami ke sarang..tapi yang laki-laki keluar..tak aci tau..tinggal kami kat umah..
Hari kedua-7.6.2011
Kami menaiki van yang disewa menuju ke destinasi yang ditunggu-tunggu-kaki gunung Kinabalu. Kami agak tersilap langkah hari ini bila perjalanan hanya bermula jam 9.30 pagi. Oleh kerana sebelah kepulauan borneo cerah awal, sepatutnya perjalanan pun kena awal. Destinasi pertama adalah Jambatan Tamparuli..menjadi kemestian apabila melawat KK. Kampung Marsha nie. tak beli apa pun, amik gambar dan semuanya dengan kadar segera sebab hujan.
Gambar atas Jambatan Tamparuli
Next, Pekan Nabalu. Berhenti buang air sebenarnya..hahahah..Tapi sempat la amik gambar jugak. Tempat nie sejuk je..tapi tak best sebab anjing berkeliaran..
Sejuk atas nie..
Saujana mata memandang
Kemudian, kami melalui liku-liku perjalanan dari Nabalu menuju ke Kinabalu Park pulak..kami kurang bernasib baik..hujan..kabus tebal menyelubungi gunung..apa pun tak nampak..dan apa pun tak boleh..memang ada orang advice tu stay sana untuk tengok Gunung Kinabalu tu..tapi takpe la..mungkin bukan rezeki kami..yang bestnya..hari esok tu, cuaca sangat cantik...:(
Baru sampai di entrance

Tiket masuk
Tengok background tu..kemutih ke kan...tu la tandanya kami tak nampak gunung tu..huhuhuhu..aku lak..time sampai situ la consultant tepon..kena layan sebab program team building is on the way masa tu..commitnye aku dengan kerja kan..
Lepas mencuci mata dan kelaparan di Kinabalu Park, kami menuju ke Strawberi Farm..aku tak turun sebab strawberi kat Cameron pun ada..tambah2 pulak Aqif tengah tidur masa tu..so, aku say je kat van..

Kat sini ada pokok bunga dan strawberi..kena bayar seringgit untuk masuk..masa tu, buah dia kecik dan tak banyak..so, diorang tak petik la..
Dah habis acara tengok pokok dan strawberi..kami pergi makan jap..kat tempat nama apa tak tau..tapi kat area kundasang tu jugak la..tak ambil gambar sebab tempat tu kotor, banyak lalat tapi takde tempat lain nak makan..so, belasah jugak la..amik makanan yang panas je..Lepas makan, kami pergi bergerak ke tempat ikan gigit2 kaki tu..malangnya sekali lagi, waktu tu hujan, air sungai deras..dengan ikan-ikan tu sekali ruyup..:(.

So, takde la apa2 yang boleh dilakukan melainkan menuju ke Poring Hotspring pulak.
Sebelum ke Poring, kami lawat ladang teh pulak..Sabah Tea. Beli teh sikit untuk rumah dan mama..


Ladang Sabah Tea
Apakah agaknya di balik awan itu?
Selepas Sabah Tea, kami menuju ke Poring Hot Spring. Kat sini pun sekejap ja..ambik gambar, rendam kaki lebih kurang dan beli souveneir sikit..kat sini, entrance dia menggunakan tiket yang sama dengan masuk Kinabalu Park tadi. RM3 per head. Kanak-kanak half price rasanya..Jadi, kalau kiranya anda melawat ke sana, simpan tiket ya..




Air dia memang panas mula2 nak rendam, memang tak gamak rasanya, after a while, takmo angkat lak...hihihhi..

Oklah, entry ini sangat panjang..kita sambung esok ya untuk next day...bersambung....

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri Syawal 1432

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua...

Saturday, July 09, 2011

Mama..


Happy birthday nyawaku Mama
Tiada hadiah istimewa yang dapat kuberikan kepadamu
Melainkan ingatan serta doa
yang beriringkan kasih sayang berkekalan
Tiada kasih yang serupa denganmu
kerana dirimu hanyalah satu
Mak..i love you so much
Have a wonderful birthday
Semoga Allah sentiasa memeliharamu mak..insya Allah

Saturday, June 04, 2011

Patah Hatiku

Salam
Lambang hati yang lara. Ya, hati aku sangat lara ketika ini. SANGAT! Lara yang menyebabkan aku rasa mahu saja lari dari kehidupan ini. Memang benar, tiada siapa yang sempurna di bumi Allah ini tetapi ia tidak menghalang kita untuk berusaha menjadi hampir sempurna. Kita juga boleh memilih untuk menjadi manusia hampir sempurna jika kita mahukannya. Malangnya, orang yang aku kenali ini seolah-olah sengaja memilih untuk menjadi manusia yang jahil. Aku sedih dan sangat kecewa. Lara ini tidak ada tempat untuk aku mengadu, melainkan kepadaNya. Aku sedar, lara ini adalah sebahagian dari ujianNya kepada aku. Aku tahu, Dia menguji aku tetapi ketika ini aku merasakan aku kalah dalam ujian ini. Sudah lama sangat rasanya aku menghadapinya. :(

Tuhanku, aku dengan rasa rendah diri, memohon agar Engkau terus memberikan aku kekuatan dalam menghadapi semua ini. Aku sedar, ada orang yang lebih parah ujiannya tetapi aku bukanlah hambaMu yang cukup kental menghadapi ujian ini. Ya Allah..ampunkan dosaku serta dosa kedua ibu bapaku yang sangat banyak teruji jiwa raganya keranaku...Amin ya rabbal alamin..

Sunday, May 29, 2011

34



Salam
Syukur pada Allah kerana mengizinkan aku bernafas di muka bumi ini selama 34 tahun. Semoga Allah memberikan aku lebih ruang dan kesempatan untuk beribadat kepadaNya..insya Allah.

Saturday, May 28, 2011

Hebat mantap



Salam..
Time nie dengan reserve2 dia aku kenal..tanya player Perak sekarang..minta maaf la..kome tak konsisten yeop..tu le pasei..

Tiada yang serupa denganmu


Salam semua
Semalam, aku ternampak klip pendek tentang arwah P.Ramlee. Lagu ini sangat menyentuh kalbu. Siapa yang tidak bersetuju dengan aku, mungkin ada sesuatu yang tidak kena di hatinya..alfatihah untukmu Teuku Ramlee bin Teuku Nyak Putih..

Sunday, May 22, 2011

Doakan mereka

Salam semua
Sangat mengharukan dan menyedihkan. Tragedi petang 21hb May 2011 sangat terkesan di hatiku. Tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Ulu Langat Selangor.Walaupun bukan sanak saudara terdekat tetapi mereka yang terlibat adalah saudara seIslamku. Anak-anak yatim dan penjaga mereka. Ya Allah, aku bermohon padaMu, Kau permudahkan urusan pasukan penyelamat membantu mangsa tragedi ini. Sesungguhnya Engkau yang mengetahui hikmah kejadian ini..alfatihah untuk semua..

photo from: Berita Harian Online

Saturday, May 21, 2011

Sham Kamikaze


Salam
Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki sesuatu..maka jadilah.:)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah selalu..insya Allah

Tuesday, May 17, 2011

Raihan - doa taubat


Tiba-tiba aku terfikir..apakah dosa-dosa silam aku diampuniNya..:(
Ya Allah, ampunkan dosaku, dosa kedua ayah dan mamaku, dosa suamiku serta semua umat muslimin dan muslimat..sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada..

Sunday, May 15, 2011

Macam-macam gila..

Salam untuk semua
Banyak benar benda gila yang berlaku sejak akhir-akhir nie. Sakitkah manusia-manusia yang melakukan kegilaan ini? Entah..aku tiada jawapan..sekadar mengikuti perkembangan semasa menerusi kaca tv.
Gila #1: Gila menyimbah Asid
Ini satu cerita yang pada mulanya aku menganggap kes terpencil. Apabila sudah 2-3 kes yang berlaku, aku yakin ini penyakit gila yang dilakukan oleh seorang yang gila yang perlu dirawat. Seronok benar gamaknya si gila ini menyimbah asid ke muka orang. Entah apakah yang memberikan kepuasan kepada manusia seperti ini. Aku berdoa, semoga dia akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang sejawarnya supaya kegilaannya berakhir
Gila #2: Cita-cita gila
Wah-wah..semakin berani sebahagian daripada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Astaghfirullah. Nauzubillah. Cukup-cukuplah anak-anak Melayu yang beragama Islam sekarang didedahkan dengan perkara-perkara negatif ketika Islam menjadi agama rasmi. Tidak dapat dibayangkan jika Kristian menjadi agama rasmi bumi Allah Malaysia ini. Aku bukan menentang atau menidakkan pegangan agama orang bukan Islam di muka ini tetapi bagi mereka yang bukan beragama Islam di Malaysia, silalah hormat akan perlembagaan negara yang menyatakan bahawa Islam itu agama persekutuan. Semoga KDN kita lebih tegas dalam mengambil tindakan membendung cita-cita gila ini.

"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam."

wallahuaklam..semoga Allah memelihara umat Islam di dunia ini..insya Allah..


Sunday, May 08, 2011

Hari yang perlu diingati




Salam
Hari ibu tahun ini, memberikan aku hadiah yang sangat menarik. Percutian 4 hari 3 malam di KPJ Damansara Specialist bersama anak-anakku Muhammad Afiq Naqiuddin dan Muhammad Aqif Nafizuddin. Pakej demam. So, 3 malam di KPJD sangat membahagiakan. Tidur di atas tilam yang dikongsi bersama anak-anak, berudarakan air-cond yang sejuk, makan yang keenakannya terbatas dan macam-macam lagi..penat sangat..bila tiba time check-out, kena pulak tunggu 3 jam selepas doktor benarkan untuk discaj..indahkan hari ibu bagi aku tahun ini?
Untuk semua yang bergelar ibu atau mama atau bonda atau umi atau mummy..atau apa sahaja panggilan anak anda kepada anda, saya ucapkan selamat hari ibu..dan untuk mak saya, Norma bt Mohammad, terima kasih segalanya. Semoga Allah merahmatimu selalu mak..insya Allah

Sunday, April 24, 2011

Dia mula buat perangai..

Salam
Hari ini aku memang angin satu badan..geram..tak pasti sama ada aku patut marah atau tidak. Ini takde berkenaan dengan suami atau anak-anak tapi bibik aku. Ya..bibik..orang gaji..hmm..ada susah..takde lagi la susah. Aku melayan bibik nie macam ahli keluarga aku sendiri. Apa yang aku makan, itulah yang dia makan. Pakaian dan barang harian dia aku yang beli. Pernah menyentap bila aku suruh dia beli sendiri toiletries..so, aku jugak la yang beli..Gaji dia, solid hantar kampung. Semua. Dah dipesan untuk tinggal sikit kat sini supaya balik nanti ada berduit..oh tidak..tak didengarinya. Takut aku makan duit dia agaknya. Percayakan anak saudara di kampungnya, semua diserahkan kepada anak saudaranya itu. Penat aku suruh dia simpan sikit di sini, tapi sikap bodoh sombong dia tu memang aku tak terdaya nak lawan..takpe, biarkan..aku tak mintak, tapi esok kalau balik sana seduit pun takde, jangan mimpi la aku nak tolong..kalau nak kata aku kejam, terpulanglah..tapi itu je ajarnya..hmm..tapi lately, dia dah takmo hantar semua..spare sikit..katanya kut dia nak beli pulsa (topup hp)..ok..dan aku yang tak berperasangka nie, ikut je cakap dia. Geram aku nie sebenarnya bermula dari sebelum2 nie lagi. Aku tengok dia sekarang kerap menengking anak-anak aku. Memang tidak dinafikan anak aku memang nakal. Sekarang mungkin dia dah hilang sabar..sebelum nie dia pernah mintak balik terus (berhenti) tapi berjaya dipujuk untuk extend. Aku akui, memang sukar sedikit perjalanan harian kalau tiada dia..dan aku nyatakan kesulitan aku itu padanya supaya dia mengerti.

Sepanjang dia bekerja dengan aku, tak pernah aku melarang dia dari berkawan dengan indon-indon lain kerana aku tak nak dia rasa terasing di sini. Cuma, aku berpesan, berkawan jangan sampai ke rumah orang tu atau bawa ke rumah kita. Sekarang, dia berkawan dengan seorang maid di sini, namanya Tini. Aku tak tau kenapa, sejak kali pertama aku jumpa Tini tu, aku memang tak berapa senang dan tak gemarkan dia. I made my own perception towards her, since day one aku jumpa. Tak baik dan aku tau itu tetapi hati dan intuition tidak berbohong bukan. Sejak bibik baik dengan Tini, perangainya bibik dah mula berubah. Pertama, sudah mula marah-marah pada anak-anak, kedua sudah mula pandai meminta cuti. Aku memang terkejut sebab kenapa sekarang baru nak minta cuti? Siapa yang mengajar? Aku tidak menuduh Tini itu tapi ada kemungkinan. Minggu lepas, dia meminta kebenaran dariku untuk cuti dan pergi ke rumah saudara Tini di Bandar Sri Damansara (BSD). Aku memang berat hati untuk bagi tapi katanya untuk melepaskan tension. OK. Aku try to be fair. Dia pergi hari Sabtu 5.00pm dan balik semula hari Ahad dalam 8 lebih camtu. Lega aku bila dia dah balik. Hari nie, dia minta kebenaran lagi dan aku sudah pasti tidak menyenanginya kerana tiba-tiba ramai pulak kenalannya di sini. Kali nie ke Idaman, kawasan perumahan yang terletak bersebelahan dari kawasan aku. Aku izinkan dengan hati yang berat. Sebelum pergi, dia bersalaman dengan aku. Ketika itu, aku ternampak dia membawa beg yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Bila aku bertanya kepadanya, dia menyatakan dia beli beg itu sedangkan dia sebelum ini amat susah untuk mengeluarkan duitnya walaupun sekupang. Aku bertanya lagi, beli di mana? Jawapannya sangat mengejutkan aku.."Beli di KL". Wah...KL? what the..aku izinkan dia pergi BSD je, dia boleh sampai ke KL? Mak aii, nie dah melampau..aku tanya kenapa dia tak bagitau aku di ke KL? boleh dengan bangangnya dia berkata aku tak tanya..aku ke bangang, atau dia yang bangang sekarang..dah tentu aku expect dia utk lepak BSD je tanpa ke mana2 lain apatah lagi ke KL..macam-macam boleh berlaku kalau dia di KL..masa nie memang menyirap..tapi aku releks lagi..

Dia pergi juga ke Idaman tapi malam sewaktu aku bermain badminton aku menerima panggilan dari dia. Aku tak angkat sebab tengah main badminton. Dia sms mengatakan dia sudah ada di rumah..hmm..heran aku, tadi kata nak balik esok. Aku sms balik, tanya kenapa balik mlm nie pulak? Dia menjawab, dia teringat muka aku yang tak suka dia keluar. Bagus, ada jugak guilty conscious dia. Bila aku balik, dia dah tidur barangkali..takpe, biar..esok aku nak dengar apa dia nak kata pada aku..memang betul orang kata, buat baik kat Indon nie kena berpada-pada..tak sangka bila kita dah bagi bunga, taik pulak yang dia nak balas kat kita..hampeh!!



Tuesday, April 19, 2011

Ma Pa?

Salam
Tadi, sedang aku berfb..ada satu gambar yang telah di 'upload' oleh seseorang. Ditandakan gambar itu sebagai 'by ma'. Untuk pengetahuan anda, yang upload tersebut adalah seorang remaja lelaki berusia 21 tahun dan gambar itu pula adalah gambar dia bersama teman wanitanya. Bagi yang biasa ber 'fb', tentu tahu tentang komen yang boleh dilemparkan pada setiap 'post' seseorang. Dan aku dengan lancangnya bertanya.."Ma? Stands for what?" hahaha..sangat menjengkilkan aku ni ye..orang nak bermanja-manja, disoal sedemikian rupa..tapi serius la, aku rasa nak muntah bila panggilan 'mama' or 'ayah' (bunyik tak romantik kan..ok..out of list) or 'papa' diberikan kepada sesama pasangan yang belumpun bernikah..geli. OK..OK..ayang dan abang adalah sangat 'outfashion', tapi mama/papa sebelum 'aku terima'..adoi..tak boleh blah la..apakah aku seorang saja yang berfikir sedemikian? Tolongla..aku geli you..

Papa and Mama yang sangat mesra gitu..

Sunday, April 17, 2011

Sarawak Election 2011

Salam
The Sarawakians has spoken..:). Congratulations to the winner..please serve your voters well okay..
Sarawak Election 2011 Results

Wednesday, April 13, 2011

6569 sudah

Salam
Millage hari nie dah sama dengan Alza putih SXi AHJ 6569..:). Semoga dia terus berkhidmat kepadaku demi mencari rezeki buat keluarga dan anak-anak..

Wednesday, April 06, 2011

Sesak dan menyesakkan

Salam
Minggu nie politik Malaysia dipanaskan dengan isu video yang sangat menjelikkan. Entah bila ianya akan berakhir. Selagi tidak ada kebenaran yang dibuktikan, maka keadaan ini akan berterusan..bosan..aku rasa sesak lagi menyesakkan..:(

Sunday, March 27, 2011

Sakit hati gua bro!!

Salam
My hubby is outstation for a week. He wrote a message on FB and it souds like this.."I miss my wife Nakia Yusuff and all my kids Afiq Naqiuddin Afizal, Aqif Nafizuddin and Adriana Nur Afrina...so much. Love you all." Hmm..i am so happy to read the status. However, ada sorang kawan dia komen sesuatu yang pada aku memang tak pikir perasaan aku yang membacanya...kalau korang la, apa korang rasa..for me, it is so pathetic la..:(

Friday, March 18, 2011

Land of the elephants

Salam semua
Setelah sebulan baru aku berpeluang untuk meng'update' blog ni. Lama sungguh tak update kan. Orang lain, sebulan dah lebih 30 entry..:) takpe la kan...aku dah tak berapa kreatif sekarang..faktor usia. Apa-apapun, kali ini update aku adalah berkaitan dengan trip aku ke Bangkok dari 13 March - 15 March 2011 bersama suami, Acik, kakak, cousin depa Izzi dan Rubi, wife Izzi. 6 orang semuanya. Detail penerbangan boleh tengok kat gambar di bawah.
Sampai di Bangkok 11.00am waktu tempatan. Waktu Malaysia 10.00am. Beza sejam. Sampai di Suvarnabhumi airport, kami terus mencari MRT untuk ke tempat tinggal kami di Samran Place Ratchathewi. Tambang MRT dari airport ke stesen terakhir Makasan murah sangat kalau dibandingkan dengan ERL kita. Sana baru 45 baht atau RM4.50 kita. Murah kan.. Kemudian, transit naik BTS ke Ratchathewi. Tambang 15 baht..dalam banyak-banyak gambar, gambar hotel tu yang kami tak tangkap..hahaha..ada 3 kamera, sorang pun tak amik..
Sampai stesen Ratchathewi, jalan kaki menuju ke hotel. Izzi selaku ketua rombongan yang navigate. Semua dia. Memang dia seorang traveller yang baik. Survey each and every single thing tentang trip nie..thanks Izzi and Rubi.
Depan baju macam ala-ala pink tu Acik (adik ipar aku), belakang aku la Izzi, tudung merah tu isteri dia Rubi dan kakak iparku yang berbaju hitam tu..Hotel Samran tu ok pada aku, relax dan murah. 1800 baht untuk 2 malam. Cuma servis slow sikit, kat bilik takde kettle dan off course takde makanan halal. Setelah check-in, kami terus bergerak ke the famous Jatuchak market. Memang dah lewat kami sampai. Selalunya orang akan ke sana awal pagi sebab tak panas dan dia cuma buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Heaven shopping. Siapa suka bershopping, silakan pergi seawal pagi sambil membawa baht yang banyak.
Jatuchak Market view
Lepas Jatuchak, dah lapar. Jalan-jalan cari makan ke MBK. Antara restoran halal yang dijumpai di Bangkok. Harga jangan cakap la, mahal.

Esoknya, kami bergerak ke Pasar Terapung, Damnoen Saduak. Dalam 2 jam perjalanan ke sana dari tempat kami tinggal. Kami chartered van 550 baht, termasuk boat fair touring terusan tu sekali. Then, kami sewa sampan kecik dalam 15 baht sorang. Tempat nie unik di mana shopping dilakukan dari atas sampan. Barang-barang dia sama je. Kena pandai-pandai tawar-menawar. Aku banyak beli keychain, tshirt kat sini. Habis sini, kami menuju ke Elephant Show tapi tak naik pun. Then, kami terus ke cobra show. Bayar 20 baht seorang.
Atas boat tour sungai tu..



Habis jalan-jalan kat sini, kami singgah pulak ke tempat membuat gem. Aku takat masuk, tengok lebih kurang, then keluar..tak mampu..:(. Balik hotel, kami mandi, kemudian keluar makan ke restoran halal berhampiran hotel. Nama kedai tu Farida Muslim food. Alhamdulillah, peniaga di situ boleh berbahasa Melayu. Siam Pattani. Kedai tu memang tak lawa pun. Kalau tengok memang takde perasaan nak makan situ. Tapi kami have no choice. Masuk kedai tu. Disebabkan kami keluar jam 6.45am, tak sempat nak makan sangat. Sarapan telur setengah masak je. Dalam kul 3 lebih baru dapat makan nasi. Mau tak hadap. Kami order dishes yang kalau kat Malaysia mau harga dalam rm1oo lebih. Makanan dia marvelous. Tu sebab orang kata, don't judge a book by it's cover.

Licin
Siakap goreng biasa
Tomyam yang sangat sedap
Kailan ikan masin
Kambing goreng santapan Afizal dan Rubi
Lepas makan, kami jalan-jalan ke mall yang ada di sepanjang jalan yang aku taktau namanya. Tapi antara mall yang kami pergi Platinum Mall, Siam Square, IT centre. Kut mana pun mesti beli jugak benda-benda. hihihih..


Low Yatt Bangkok la ni
Sini fesyen memang hebat..superb..aku suka..tapi bukan branded item..Dah settle jalan-jalan, kaki jadi penat.Tepi hotel ada tempat urut kaki. Kami berenam apa lagi, layan urut la pulak. Sorang 200 baht untuk sejam. Worth. Lepas urut, depa2 nie cari pulut mangga pulak..ikut je la..walaupun aku tak suka makan pulut mangga

Tunggu masa diurut
Best..
Pulut mangga craved by Rubi and kakak and Izzi too i guess
Hmm..ada lagi sehari nak cerita nie..penat lak nak menaip..takpe, saya teruskan. Hari ketiga, nak balik dah. Sebelum balik, kami pergi melawat Grand Palace dan Wat Arun. Architecture memang superb. Banyak gambar ambik kat sana, tapi aku tunjuk sikit2 dah la yek..kat Grand Palace kena charge 350 baht untuk masuk. Bagi wat Arun kena 200 baht rasanya. Tapi aku tak masuk wat..just tengok dari luar. Hari panas lit-lit. Tak tahan. Badan dah melekit-lekit. Muka dah berminyak tahap macam yang keluar kat jalan tar tu..

Grand Palace
Tickets to go in

Chao Phraya river tour
Sekian sudah upacara lawatan ke Bangkok. Lepas habis kat sini, kami pergi makan kat kedai hari tu. Then, kami balik ke hotel. Mandi, solat and check-out. Kami terbang balik ke Malaysia jam 8.20pm dan sampai ke bumi bertuah Malaysia jam 11.30pm..demikianlah cerita saya pada hari ini..