Wednesday, October 03, 2012

Holo phenonenon


Fenomena Halo ialah satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Fenomena semulajadi ini agak kerap berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini. Secara amnya hola terjadi kepada matahari atau bulan. Namun begitu, terdapat berbagai jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 6–18 km dari tanah iaitu di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi. Lapisan awan cirrostratus ini sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal. Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk. Ini menyebabkan matahari atau bulan kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin (sebenarnya adalah cahaya bulan yang terserak). Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi yang jelas kelihatan pada halo matahari, tetapi bagi halo bulan agak berlainan sedikit kerana bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan.




No comments: