Thursday, March 21, 2013

Allahuakbar..Allah Maha Besar Part I- Tropicana Medical Center

As salam
Sebelum entry dimulakan, ingin aku memanjatkan rasa syukurku kepada Dia yang Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana memberikan peluang kedua kepada suamiku Mohd Afizal Jaini. Kalau bukan kerana EhsanNya, aku tidak pasti sama ada aku masih mempunyai suami dan anak-anakku masih berayah.

Bermula dari tarikh 31 Januari  2013, Afizal mula mengalami demam. Seperti biasa, abang mengambil ubatnya sendiri dan kebiasaannya demamnya akan kebah selepas 3 hari. Dia juga biasanya ada selera makan walaupun demam tetapi kali ini, tidak. Sehinggalah ke tarikh 4 Februari 2013, abang mula mengadu sakit kepala yang tidak tertahan. Aku yang ketika itu pergi bekerja terpaksa mengambil EL dan membawa abang ke Tropicana Medical Centre (TMC)   setelah abang mesej yang dia tidak tahan menanggung sakit kepala lagi. Di TM, abang seperti biasa dipasang drip, diberi antibiotik dan diambil darah sekerap 3 kali sehari untuk dibuat ujian. Doktor yg merawat abang Dr Wan Himratul memberitahu abang disyaki menghidap denggi berdasarkan kepada simptom demam, muntah dan sakit kepala. Setelah dua hari di TMC, Dr Wan bagitau keputusan darah untuk denggi negatif. Dr buat juga test lain seperti Leptospirosis, Hepatitis A,B,C serta influenza tetapi kesemuanya negatif dan beliau mencadangkan untuk mengadakan ujian ulangan. Hasil ujian darah juga ada menunjukkan jangkitan kuman kerana berdasarkan x-ray, Dr bagitau hati abang ada sedikit keradangan. Di sebabkan results negatif dan simptom yg ditunjukkan macam denggi, abang diberi treatment macam denggi.

Setelah 4 hari di TMC, abang dibenarkan discaj. Aku rasa lega sangat sebab penat dan anak-anak macam terbiar. Sebelum balik, abang ada batuk2, muntah dan mengadu sakit kepada tapi bertegas nak balik. Sebelum cuti tahun baru Cina, dia kena siapkan kerja dan submit pada boss. Abang sangat workaholic. Walaupun kat hospital, masih lagi buat kerja. Malam Khamis dia sempat buat sampai Dr Wan datang dan sound dia untuk stop. Masa tu jam dah pukul 12.30am. Aku pun geram jugak. Dah kusuruh tidur pun taknak. Sudahnya, aku tidur je. Tak larat nak berjaga  dah. Bila siang 7hb Februari, dia ngadu sakit kepala lagi, muntah dan batuk. Aku expect sebab dia tak cukup tidur malam tadinya buat kerja. Kami discaj dan sampai ke rumah dalam pukul 5 lebih camtu. Sepanjang perjalanan, abang masih lagi muntah-muntah. Sampai di rumah, abang terus tidur dan hanya bangun jam 9 malam untuk makan ubat. Aku pulak kepenatan. Lepas sendukkan nasi untuk dia, terus aku masuk tidur dan terjaga jam 2.00am bila abang masuk bilik air dan muntah. Mula-mula aku biarkan saja ingatkan sekejap muntahnya, setelah 15 minit dalam bilik air tak keluar-keluar, aku terus dapatkan dia dan aku tengok abang dah lembik dalam bilik air. Melihat keadaan dia, aku terus call Acik dan minta Acik datang tolong papahkan abang dan bawakkan semula abang ke hospital. Sampai hospital dalam pukul 3.00am. Abang dimasuk ke emergency dan sekali lagi diberikan drip, diberi ubat tahan muntah dan tahan sakit. Abang juga di xray sekali lagi dan Dr Harry kalau tak silap aku, memberi tahu yang abang punya results menunjukkan hatinya ada sedikit pecah. Aku menunggu diluar bilik emergency sampai pukul 7 pagi baru abang ditolak ke dalam ward. Memang la insurans nie kekadang macam bangang. Takkanla orang saja-saja nak pergi masuk hospital kalau tak sakit. Kata orang registration tu, diagnosis doktor ringkas sangat. Kena dapatkan juga diagnosis dari Dr Wan baru boleh admit. Gila ke apa? Aku teringat Dr Wan bagitau kalau ada masalah, suruh hospital call dia. So aku bagitau org registration tu untuk call Dr Wan dan alhamdulillah, Dr Wan sangat membantu dan akhirnya abang dibenarkan masuk ke wad jam 7 pagi 8 Fabruari 2013. Alhamdulillah, pagi tu abang dah ok dah takde lagi rasa sakit-sakit kepala dan muntah-muntah. Hari tu juga Dr Dennis pakar hati ada datang dan monitor abang juga sebab results xray hatinya tak berapa ok. Walau macam manapun, Dr Dennis bagitau antibiotik yang Dr Wan bagi dah cukup untuk rawat keadaan tu. Antibiotik tu namanya meropenem. Jumaat malam sabtu, Abang lang dan Abang Poe ada datang lawat abang dan seperti biasa deme siap gelak-gelak. Malam itu semuanya kelihatan ok.

                                             
Sehinggalah ke hari Sabtu pagi, Dr Wan minta buat ct scan untuk bladder. Nurse pesan supaya abang minum dua gelas air supaya bladdernya penuh. Nurse pesan juga jangan kencing. Sebelum pergi aku suruh abang mandi dulu tapi dia masuk bilik air terus je, tak ambil tuala pun. Aku tanya, tak amik tuala ke? Dia keluar balik dan terus amik tuala dan mandi. Selesai mandi, kami turun ke bilik scanning. Radiographer kemudian memanggil abang untuk dibuat ct scan tapi aku bagitau abang masih belum minum 2 gelas air. Kami kemudian dibawa ke bilik tetamu untuk minum. Aku menuangkan air ke dalam gelas untuk diminum tapi abang hanya minum seteguk dua. Aku mula rasa angin sebab abang tak mengikut arahan. Aku suruh abang minum tapi dia membalas suruhan aku dengan mengatakan " Abang tak tahu." Lagilah aku geram. Ku katakan kepadanya " apa yang tak tau..takkan nak minum air pun tak tau?" Sekali lagi dia menjawab " abang tak tau yang, abang tak tau.." Pada ketika itu, aku mula berasa tidak sedap hati dan aku memberitahu kepada radiographer tersebut tentang keadaan abang. Dia cuba bertanya abang beberapa soalan dan pada masa itu, abang masih berupaya bercakap tetapi jawapannya tidak setara dengan soalan. Oleh kerana ct scan perlu dilakukan, aku diminta tunggu dan mereka melakukan scan bladder. Selesai scan bladder, aku menunggu abang untuk scan bahagian kepala kerana pihak dari radiography memberitahu doktor tentang keadaan abang. Sementara menunggu, aku sudah tidak dapat menahan perasaan dan terus menelefon ayah dan memberitahu keadaan abang. Ayah menasihati aku supaya tenang dan just ikut arahan dan nasihat doktor. Selesai scan brain, abang dihantar semula ke wad dan aku memberitahu nurse tentang keadaan abang yang 'lost' itu. Kemudian datang Dr Wan, bertanyakan beberapa soalan kepada abang tetapi sekali lagi abang tidak mampu menjawab dengan tepat soalan yang diberikan. Masa itu, abang sudah mula merapu tetapi masih mengingati namanya. Dr Wan kemudian memanggil Dr Dennis dan Dr Dennis memberitahu yang keadaan hati abang tiada masalah. 

Setelah dua doktor ini berbincang, Dr Wan memberitahu aku yang abang perlu dihantar ke ICU. Aku mula merasa semakin sedih. Begitu seriuskah keadaan suamiku? Aku ketika itu betul-betul berserah kepada Allah dan hanya mampu berdoa semoga suamiku selamat. Dalam jam 2 petang, abang dimasukkan ke ICU. Dr Wan memanggil aku dan secara perlahan dia memberitahu aku abang di diagnose terkena meningitis atau jangkitan kuman dalam otak..astaghfirullahalzaim, allahuakbar..lagi tidak tertahan airmata ini. Dr memberitahu, abang telah diberikan antibiotik yang boleh mengawal masalah itu serta masalah yang berkaitan dengan hatinya. Dr juga memberitahu yang scan brain dan bladder tidak menunjukkan sebarang masalah. Untuk tahu apakah sebenarnya kuman yang menjangkiti abang, Dr bagitau aku kena merujuk kepada pakar neuro dan perlu melakukan prosedur mengambil air tulang belakang. Sekali lagi satu tamparan untuk aku. Pada tarikh 9 Februari 2013 itu, kebanyakan doktor sedang bercuti Tahun Baru Cina maka tiada pakar neuro disitu. Dr Wan telah berusaha mendapatkan doktor neuro dari SJMC dan dia mencadangkan aku menghantar abang ke situ. Aku bertanya kepada Dr apakah aku boleh opt untuk hospital lain dan dia bertanya kepada aku ke mana aku mahu membawa abang? Terus aku menjawab HKL kerana aku fikir di sana ramai pakar dan juga berdasarkan pengalaman dengan arwah Cumi dulu. Dr Wan bersetuju dan terus dia menghubungi HKL dan bercakap terus dengan pakar. Segala urusan transfer termasuk ambulans yang akan membawa abang ke HKL Dr Wan yang usahakan. Syukur pada Allah kerana menemukan kami dengan Dr Wan yang penuh tanggungjawab. Abang kemudian dipasangkan dengan  mesin BP dan check tekanan jantung. Ketika di ICU, aku mula memberitahu sepupuku dan dia memberitahu seluruh ahli keluargaku yang berada di KL. Alhamdulillah mereka datang menunggu sehinggalah ke jam 7 petang, ketika abang dibawa dengan ambulans untuk ke HKL. Semasa di ICU juga, abang sudah mula kehilangan kata-kata dan tidak lagi mampu bercakap dengan bahasa yang difahami. Dia berusaha untuk menyebut perkataan tetapi tidak berjaya dan aku terpaksa berkomunikasi dengannya dengan menyebut perkataan2 yang berkemungkinan. Contohnya, bila dia memanggil aku dan cuba memberitahu dia hendak ke tandas, aku terpaksa menanya kepada abang sama ada dia hendak makan, minum atau ke tandas sehinggalah dia mengangguk kepada perkataan yang aku ucapkan. Ketika itu, aku tahu keadaan abang adalah tidak baik. Akhirnya abang dibawa ke HKL menaiki ambulans jam 7.20pm dan aku menaiki ambulans bersama ayahnyah. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui perasaanku ketika itu. Ya..hanya Dia yang tahu.

Di ICU..:(


3 comments:

emilda creations said...

Alhamdulillah ye nakia...smua dugaan ni dah selesai.....boleh jadi panduan urk org ramai...syukur kia kuat....tabah atas ujian ini...

Hanim Salleh said...

alhamdulillah... kak nem lalui ini 2 kali ... 2 x icu... paham sangat perasaan nakia. akk tiap2 hari di hosp tidur dalam kereta..atas kerusi... berendam air mata... itulah dugaan.

ambrynaa said...

Sedihnya Kia.. Alhamdulillah dipanjangkan umur.