As salam
Lamanya blog ini ditinggalkan bersawang. Bukan tiada cerita cuma tiada idea untuk menzahirkannya.
Walau bagaimanapun, ini adalah back dated post.
31 January 2014- keluarga kami menerima seorang lagi ahli baru. Muhamad Azrin bin Kamarulzaman. Latest edition of adik ipar. Kenduri telah diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Meru. Mohon maaf kerana ramai kawan-kawan yang tidak mendapat jemputan. Bukan tidak ingat tetapi majlis dilakukan secara sederhana, maka jemputan juga sederhana. Kepada Azrin, Yong harap kamu boleh jaga adik yong Siti Noor Balkish bt Mohamed Yusuff baik-baik. Semoga kome dua kekal hingga akhir hayat ye.
Bilik pengantin ini ayah yang siapkan
Ini orang Perak panggil Cior
Meraikan kedatangan bakal pengantin
Pengesahan oleh Tok Kadi
Ayah yang menanti untuk menikahkan anaknya
Mama menanti kehadiran menantu baru
Saat-saat terakhir bergelar Cik
Bakal pengantin lelaki
Melafazkan kalimah
Sah sudah
Airmata gembira
Selesai sudah tanggungjawab ayah yang terakhir
Suami isteri - Azrin dan Balkish
Anak-anak sedara pengantin - kecuali Adam
Terkini kecuali Adam
No comments:
Post a Comment