Wednesday, June 05, 2013

Hari lahir dan kematian

As salam untuk semua
Hampir sebulan blog tidak diupdate. Hari nie genap seminggu selepas birthday aku yang ke 36 tahun. Syukur kepadaNya yang memberikan pinjaman usia sehingga ke hari ini, jiwa ragaku masih bernafas. Hari ini genap juga seminggu anak kepada sahabatku Hezrin bt Ahmad Nazaruddin pergi menemui Ilahi. Dia pergi ketika berusia 11 bulan. Tiada sebarang sakit, cuma sudah tiba masanya Allah menjemputnya memenuhi syurgaNya. Beruntung mama dan ayahnya kerana putera tercinta mereka sudah selamat berada di sisi Allah yang Esa. Untuk Hezrin, aku dapat merasakan kesedihan dan keperitan itu tetapi aku tidak dapat mencontohi kekuatan dan ketabahan hang dalam menghadapi ujian yang maha hebat ini. Alfatihah untuk Ahmad Iman Haqiqi.
Arwah Ahmad Iman Haqiqi bersama mamanya

Nie sambutan birthday kecil-kecilan dari anak-anak. 



No comments: