Sunday, June 23, 2013

Jakarta 1-4 June 2013

As salam semua
Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kami sekeluarga melihat tempat lain bumiNya selain Malaysia. Percutian singkat kali ini kami ke Jakarta Indonesia. Kami menggunakan penerbangan Tiger Airways dan harganya pun berbaloi dengan kami 5 beranak.
OK kan harga tiket nie..walaupun mungkin ada yang pernah dapat better deal
Sebelum terbang, bergambar dulu

Flight kami jam 11.20am dan kami sampai jam 12.20pm waktu tempatan ( 1.20pm waktu kita Malaysia.) Sampai airport Soekarno Hatta, kami dibawa menaiki bas menuju ke tempat arrival. Jauh jugak kalau nak menapak. Sama juga kalau nak berlepas, akan ada macam shuttle bas bawak kita ke aircraft. Lebih kurang jam 2pm baru selesai proses imigresen dan menunggu pak supir yang abang dah deal sebelum. Itinerary dan pak supir abang yang organize kali nie sebab abang pernah guna service dia sebelum ni. Selalu aku je buat semua. Servis supir nie ok. Memang baik orangnya. Namanya Uwi. Soft spoken. Siapa nak guna servis dia bagitau. Nanti boleh aku bagi contact number dia. Sepatutnya pak supir yang tunggu kami tapi hari nie terbalik. Kami pulak tunggu pak supir. Dia sampai agak lewat dalam sejam. Katanya macet parah, treler terbalik katanya kat jalan. Takpe la..nak buat macam mana. Mujur dia sampai. So, kami bergerak ke hotel Swissbel-Hotel Mangga Dua. Ingatkan kejap je sampainya sebab bila Google duration dari airport ke hotel cuma 26 minit tapi malangnya lambat juga sebab hari tu jem la Jakarta ( which is bila masanya Jakarta tak jem kan..hihihi). Kami kekonon plan nak pergi Mangga Dua shopping tapi nak bagitau yang kalau pergi ke Jakarta dan plan untuk shopping di Mangga Dua ke Tanah Abang ke plan la sehari untuk setiap tempat tu. Tak payah la nak plan2 siang pergi tempat A, petang pergi tempat B. Walaupun dekat tapi habis masa atas jalanraya je. Bila kami tiba di Mangga Dua jam 4 lebih macam tu, orang kedai tu semua dah siap packing nak balik. Kami sempat pergi tempat abang beli suit je. Isk.kalau la aku tau, memang la aku set sehari kat Mangga Dua.

Pilih suit ye bang..
 Mangga Dua Shopping Centre..mana le cukup sejam dua kan kalau tengok besor dia
So lepas keluar dari situ, kami terus pergi makan. Lapar woo sebab last makan sebelum fly dari LCCt tadi. Kami pergi makan kat Nasi Padang Garuda yang famous kat sana kat jalan Hayam Wuruk. Harga? Takmo cakap. Kome try le sendiri. Prepare je ongkosnya. Kalau rasa kedai mamak kat Malaysia mahal, kedai nie up lagi..hahahah..Lepas makan balik hotel. Kami sampai dalam jam 9 lebih. Lepas mandi solat..tido. Takde life la malam kat situ.
Santapan sejuta kesan berjuta bayaran..but worth it..sedap

Hari kedua di Jakarta. Jam 9 kami bergerak ke Taman Mini Indonesia. Tempat tu lebih kurang macam Mini Malaysia kat Melaka. Masuk situ kena bayar juga. Sekepala dalam idr9000 campur mobil idr10000. So semua sekali kami bayar dekat idr 55000 untuk masuk je. Sebenarnya dalam tu banyak rumah2 bagi setiap negeri kat Indonesia tu macam kat Sumatera, Bangkahulu, Jogja etc. Dalam kawasan tu juga ada banyak attraction lain macam muzium-muzium telekomunikasi, transport, pusaka, listrik dan macam2 lagilah. Kami tak sempat pergi pun muzium2 dan tak habis jalan kat rumah2 tu. Ini pun perlu sehari lebih kalau betul-betul nak utilize lawatan ke sini. Selepas melawat Taman Mini, kami plan nak ke Tanah Abang. Sekali lagi, kami kerugian masa bilamana kami terperangkap untuk keluar dari taman itu selama 2 jam. Adoi..dah la tempat-tempat shopping semua tutup awal. Dah tu apa je yang dapat shopping kalau camtu. Ingat bolehla beli baju raya anak-anak kat sana.   Setelah selamat keluar dari situ dalam pukul 1pm, kami pergi makan dulu sebab anak-anak dah lapar. Tengah hari nie pergi lagi kedai Nasi Padang. Kali nie makan tak semahal Garuda sebab nama dia Nasi Padang Sederhana di Jalan Pondok Gede Raya. So harganya pun agak sederhana.
Depan rumah Bangkahulu 
 Best betul kalau dapat rumah macam nie
 Rumah Sumatera
 Unik binaan Minangkabau ni
 Nie dah selesai makan la nie
 Rumah Makan Sederhana, Jalan Pondok Gede, dekat je dengan Taman Mini
Sebahagian dari pemandangan jalan di pinggir kota Jakarta.

Sudah makan, kami menuju ke Masjid Istiqlal untuk solat. Masjid ini merupakan masjid yang sangat besar pada aku dan tidak pernah aku tengok masjid sebesar ini. 4 tingkat tingginya. Binaan dari luar nampak tak cantik, tapi dalam subhanallah. Cantik. Cuma yang tak best pasal masjid nie adalah orang boleh sesuka hati berbaring-baring tidur dalam tu, tempat wanita dan lelaki tidak diasingkan dan toilet dan tempat mandinya disatukan. Maka bila orang nak ke tandas, terpaksa menunggu lama sebab orang yang mandi ramai. Memanglah toilet dia banyak tapi kena berjalan jauh dan sunyi pulak. 





Selepas solat ke Tanah Abang. Sayangnya kali ni lagi teruk. Tingkat yang jual baju anak-anak hampir 95% tutup. Alahai. Memang takde rezeki la nak bershopping. Aku hanya sempat beli telekung dan abang sempat beli kemeja kerja. Kami keluar dari situ lebih kurang dalam jam 5 lebih. Waktu masih awal tapi gelapnya dah macam pukul 7 malam. Aku terus minta hantar ke Tamrin City, shopping complex yang tutup pukul 9pm. Okla..walaupun suasana shopping dia tak sama macam bila kita shopping di Mangga Dua atau Tanah Abang. Shopping complex mana-mana pun sama kan..
Nak amik gambar pun tak sempat..so ini amik gambar dari google image je

OK. Settle sini seperti biasa pergi makan. Sebelum pergi makan, kami singgah MONAS. Pemandangan waktu malam berlainan dengan siang. Memangla kan. Malam orang tak ramai dan monumen tu pulak dipasangkan dengan lampu warna warni. MONAS atau Monumen Nasional nie lebih kurang status dia macam Tugu negara kita la. Kalau waktu siang, boleh naik MONAS nie tapi seperti biasa kena bayar la.



Dah amik gambar lebih kurang, kami pergi makan. Kali nie tukar selera. Bukan nasi padang lagi tapi seafood. Kami bergerak menuju ke Pondok Sedap Malam. Rasa makanan, bolehlah. Sedap juga. Ada je rakyat Malaysia kat situ. Kami order sotong, udang sambal, ikan bawal bakar, sayur kangkung dan nasi putih. Lepas makan, cargas balik hotel.
Pandangan depan rumah makan 
Tu menu-menu yang kami pesan

Hari ketiga, kami ke Anchol. Dunia Fantasi (DUFAN). Di Anchol pun ada banyak spot juga untuk pergi tapi kami spesifik ke DUFAN. Tempat rekreasi untuk anak-anak. Lebih kurang macam Genting Highland. Disebabkan kami nak cepat, kami beli tiket premium. Adui, rabak. Nak guna cash memang tak la kan. So, terpaksa la guna duit plastik dulu. Satu tiket harganya dalam idr370000. So dah 5 orang, makan juta la. Boleh beli rumah banglo sebiji kalau kat Malaysia. Kelebihan tiket premium nie macam express ticket la. Tak payah beratur untuk 12 permainan utama dan dapat rehat kat lounge dia dengan minuman percuma yang sebenarnya dah termasuk dalam kos tiket tu.
 Lepak tepi laut sebelum masuk DUFAN at 10am
Kesayanganku




 Pemandangan dari atas Bianglala aka buaian pusing 

 Roller coster yang tak puas naik sebab pusing 2 kali je
 Kalau aku naik menatang nie, confirm muntah monggeng..uwekk
 Berani-berani takut..sama je laki bini..cuma laki nampak macam control macho
 Up up and away
 Bumper boat at another cost idr25000 per boat


 Mungkin aku sudah menghampiri usia yang layak takut kalau naik benda macam nie..
 Naik nie aku takut..serius..
 Lounge view
 Anak-anak suka naik mini roller coster sampai 3 kali repeat
Log nie Adriana tak boleh naik. tak cukup ketinggian. So..men only
Babai DUFAN...

OK. Selesai berpesta di DUFAN. Seperti biasa, mesti lapar. Gerak pergi makan. Aku teringin nak makan Bakso. So, kami pun bergerak ke Bakso lapangan Tembak Sendayan. Jauh sebenarnya dari Anchol. About 20km. Rasanya perjalanan dariAnchol ke situ dekat sejam jugak. Uwi tak suggest makan bakso tepi jalan sebab dia takut sakit perut. Aku pun tak berani nak take the risk sebab aku tau, perut aku memang jenis sensitif. Karang kena ceri beri karang, jenuh pulak. So, kami pergi makan kat restoran yang proper sikit. Sedapnya makan bakso kat sini. Siap tapau bawak balik hotel sebab tau nanti mesti lapor lagi.


Marbeles...

Final day di Jakarta, pepagi lagi dah kena kejut anak. Kul 4.30am bangun solat subuh dan pukul 5.00am kena gerak ke bandara. Flight jam 7.35am. Sampai airport tak sempat makan. Kesian anak-anak sebab queue kat Tiger Airways punya kaunter sangat slow. Pukul 5.40am kami beratur, pukul 7am baru settle. Slow sikit kaunter Tiger Airways. tapi kata along Mahathir aku, dia tak pernah ada masalah guna Tiger Airways. Maybe time dia pergi orang tak ramai kut. Rezeki masing-masing la. So, bila dah board flight, rasa seronok dan lega sebab nak balik rumah sendiri. Soon bila krew start jual makanan, terus pesan makanan untuk anak-anak. Tau diorang lapar. Alhamdulillah, kami touch down LCCT dalam kul 11.30am. Glad to be home. Memang benar kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, biarlah kena batu pun kat negeri sendiri tapi bahagianya macam dapat emas. Insya Allah kalau ada keizinan dariNya, aku nak travel lagi. Cuma belum pasti bila atau dengan siapa lagi..kita tunggu dan lihat nanti..:)

10 comments:

nfatienr said...

Salam kak,

Boleh tak sy dptkan no supir? berapa charge eh?

Thanks

kirana nakia said...

As salam
Sorry baru baca blog. Nak no supir?

Damia said...

Kak. Bole bagi no supir.
InsyaAllah nak ke Jakarta ujung bulan
damia.ibrahim@gmail.com
Thanks.

Damia said...

Kak. Bole bagi no supir.
InsyaAllah nak ke Jakarta ujung bulan
damia.ibrahim@gmail.com
Thanks.

indukku said...

seronoknya holiday dgn famili....

indukku said...

boleh bagi no supir tak... looking forward for your next adventure....

AT said...

Assalamualaikum,kak bole bg no. Supir & pricenya sekali ke azrinah@spsb.com.my tq

liz said...

Salam sis,
bole share no Supir and macam mane charges dia?
Thanks
Salam
shadyimps@hotmail.com

syafa said...

Salam sis,

bole share no Supir and macam mane charges dia?

syafawatiabubakar@gmail.com

thanx in advance

Unknown said...

Salam sis,
Best baca blog sis... keep it up..
Nak minta share number supir and harga dia pls sis.. thanks
aljofrisyed@gmail.com