Thursday, March 21, 2013

Allahuakbar..Allah Maha Besar Part I- Tropicana Medical Center

As salam
Sebelum entry dimulakan, ingin aku memanjatkan rasa syukurku kepada Dia yang Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana memberikan peluang kedua kepada suamiku Mohd Afizal Jaini. Kalau bukan kerana EhsanNya, aku tidak pasti sama ada aku masih mempunyai suami dan anak-anakku masih berayah.

Bermula dari tarikh 31 Januari  2013, Afizal mula mengalami demam. Seperti biasa, abang mengambil ubatnya sendiri dan kebiasaannya demamnya akan kebah selepas 3 hari. Dia juga biasanya ada selera makan walaupun demam tetapi kali ini, tidak. Sehinggalah ke tarikh 4 Februari 2013, abang mula mengadu sakit kepala yang tidak tertahan. Aku yang ketika itu pergi bekerja terpaksa mengambil EL dan membawa abang ke Tropicana Medical Centre (TMC)   setelah abang mesej yang dia tidak tahan menanggung sakit kepala lagi. Di TM, abang seperti biasa dipasang drip, diberi antibiotik dan diambil darah sekerap 3 kali sehari untuk dibuat ujian. Doktor yg merawat abang Dr Wan Himratul memberitahu abang disyaki menghidap denggi berdasarkan kepada simptom demam, muntah dan sakit kepala. Setelah dua hari di TMC, Dr Wan bagitau keputusan darah untuk denggi negatif. Dr buat juga test lain seperti Leptospirosis, Hepatitis A,B,C serta influenza tetapi kesemuanya negatif dan beliau mencadangkan untuk mengadakan ujian ulangan. Hasil ujian darah juga ada menunjukkan jangkitan kuman kerana berdasarkan x-ray, Dr bagitau hati abang ada sedikit keradangan. Di sebabkan results negatif dan simptom yg ditunjukkan macam denggi, abang diberi treatment macam denggi.

Setelah 4 hari di TMC, abang dibenarkan discaj. Aku rasa lega sangat sebab penat dan anak-anak macam terbiar. Sebelum balik, abang ada batuk2, muntah dan mengadu sakit kepada tapi bertegas nak balik. Sebelum cuti tahun baru Cina, dia kena siapkan kerja dan submit pada boss. Abang sangat workaholic. Walaupun kat hospital, masih lagi buat kerja. Malam Khamis dia sempat buat sampai Dr Wan datang dan sound dia untuk stop. Masa tu jam dah pukul 12.30am. Aku pun geram jugak. Dah kusuruh tidur pun taknak. Sudahnya, aku tidur je. Tak larat nak berjaga  dah. Bila siang 7hb Februari, dia ngadu sakit kepala lagi, muntah dan batuk. Aku expect sebab dia tak cukup tidur malam tadinya buat kerja. Kami discaj dan sampai ke rumah dalam pukul 5 lebih camtu. Sepanjang perjalanan, abang masih lagi muntah-muntah. Sampai di rumah, abang terus tidur dan hanya bangun jam 9 malam untuk makan ubat. Aku pulak kepenatan. Lepas sendukkan nasi untuk dia, terus aku masuk tidur dan terjaga jam 2.00am bila abang masuk bilik air dan muntah. Mula-mula aku biarkan saja ingatkan sekejap muntahnya, setelah 15 minit dalam bilik air tak keluar-keluar, aku terus dapatkan dia dan aku tengok abang dah lembik dalam bilik air. Melihat keadaan dia, aku terus call Acik dan minta Acik datang tolong papahkan abang dan bawakkan semula abang ke hospital. Sampai hospital dalam pukul 3.00am. Abang dimasuk ke emergency dan sekali lagi diberikan drip, diberi ubat tahan muntah dan tahan sakit. Abang juga di xray sekali lagi dan Dr Harry kalau tak silap aku, memberi tahu yang abang punya results menunjukkan hatinya ada sedikit pecah. Aku menunggu diluar bilik emergency sampai pukul 7 pagi baru abang ditolak ke dalam ward. Memang la insurans nie kekadang macam bangang. Takkanla orang saja-saja nak pergi masuk hospital kalau tak sakit. Kata orang registration tu, diagnosis doktor ringkas sangat. Kena dapatkan juga diagnosis dari Dr Wan baru boleh admit. Gila ke apa? Aku teringat Dr Wan bagitau kalau ada masalah, suruh hospital call dia. So aku bagitau org registration tu untuk call Dr Wan dan alhamdulillah, Dr Wan sangat membantu dan akhirnya abang dibenarkan masuk ke wad jam 7 pagi 8 Fabruari 2013. Alhamdulillah, pagi tu abang dah ok dah takde lagi rasa sakit-sakit kepala dan muntah-muntah. Hari tu juga Dr Dennis pakar hati ada datang dan monitor abang juga sebab results xray hatinya tak berapa ok. Walau macam manapun, Dr Dennis bagitau antibiotik yang Dr Wan bagi dah cukup untuk rawat keadaan tu. Antibiotik tu namanya meropenem. Jumaat malam sabtu, Abang lang dan Abang Poe ada datang lawat abang dan seperti biasa deme siap gelak-gelak. Malam itu semuanya kelihatan ok.

                                             
Sehinggalah ke hari Sabtu pagi, Dr Wan minta buat ct scan untuk bladder. Nurse pesan supaya abang minum dua gelas air supaya bladdernya penuh. Nurse pesan juga jangan kencing. Sebelum pergi aku suruh abang mandi dulu tapi dia masuk bilik air terus je, tak ambil tuala pun. Aku tanya, tak amik tuala ke? Dia keluar balik dan terus amik tuala dan mandi. Selesai mandi, kami turun ke bilik scanning. Radiographer kemudian memanggil abang untuk dibuat ct scan tapi aku bagitau abang masih belum minum 2 gelas air. Kami kemudian dibawa ke bilik tetamu untuk minum. Aku menuangkan air ke dalam gelas untuk diminum tapi abang hanya minum seteguk dua. Aku mula rasa angin sebab abang tak mengikut arahan. Aku suruh abang minum tapi dia membalas suruhan aku dengan mengatakan " Abang tak tahu." Lagilah aku geram. Ku katakan kepadanya " apa yang tak tau..takkan nak minum air pun tak tau?" Sekali lagi dia menjawab " abang tak tau yang, abang tak tau.." Pada ketika itu, aku mula berasa tidak sedap hati dan aku memberitahu kepada radiographer tersebut tentang keadaan abang. Dia cuba bertanya abang beberapa soalan dan pada masa itu, abang masih berupaya bercakap tetapi jawapannya tidak setara dengan soalan. Oleh kerana ct scan perlu dilakukan, aku diminta tunggu dan mereka melakukan scan bladder. Selesai scan bladder, aku menunggu abang untuk scan bahagian kepala kerana pihak dari radiography memberitahu doktor tentang keadaan abang. Sementara menunggu, aku sudah tidak dapat menahan perasaan dan terus menelefon ayah dan memberitahu keadaan abang. Ayah menasihati aku supaya tenang dan just ikut arahan dan nasihat doktor. Selesai scan brain, abang dihantar semula ke wad dan aku memberitahu nurse tentang keadaan abang yang 'lost' itu. Kemudian datang Dr Wan, bertanyakan beberapa soalan kepada abang tetapi sekali lagi abang tidak mampu menjawab dengan tepat soalan yang diberikan. Masa itu, abang sudah mula merapu tetapi masih mengingati namanya. Dr Wan kemudian memanggil Dr Dennis dan Dr Dennis memberitahu yang keadaan hati abang tiada masalah. 

Setelah dua doktor ini berbincang, Dr Wan memberitahu aku yang abang perlu dihantar ke ICU. Aku mula merasa semakin sedih. Begitu seriuskah keadaan suamiku? Aku ketika itu betul-betul berserah kepada Allah dan hanya mampu berdoa semoga suamiku selamat. Dalam jam 2 petang, abang dimasukkan ke ICU. Dr Wan memanggil aku dan secara perlahan dia memberitahu aku abang di diagnose terkena meningitis atau jangkitan kuman dalam otak..astaghfirullahalzaim, allahuakbar..lagi tidak tertahan airmata ini. Dr memberitahu, abang telah diberikan antibiotik yang boleh mengawal masalah itu serta masalah yang berkaitan dengan hatinya. Dr juga memberitahu yang scan brain dan bladder tidak menunjukkan sebarang masalah. Untuk tahu apakah sebenarnya kuman yang menjangkiti abang, Dr bagitau aku kena merujuk kepada pakar neuro dan perlu melakukan prosedur mengambil air tulang belakang. Sekali lagi satu tamparan untuk aku. Pada tarikh 9 Februari 2013 itu, kebanyakan doktor sedang bercuti Tahun Baru Cina maka tiada pakar neuro disitu. Dr Wan telah berusaha mendapatkan doktor neuro dari SJMC dan dia mencadangkan aku menghantar abang ke situ. Aku bertanya kepada Dr apakah aku boleh opt untuk hospital lain dan dia bertanya kepada aku ke mana aku mahu membawa abang? Terus aku menjawab HKL kerana aku fikir di sana ramai pakar dan juga berdasarkan pengalaman dengan arwah Cumi dulu. Dr Wan bersetuju dan terus dia menghubungi HKL dan bercakap terus dengan pakar. Segala urusan transfer termasuk ambulans yang akan membawa abang ke HKL Dr Wan yang usahakan. Syukur pada Allah kerana menemukan kami dengan Dr Wan yang penuh tanggungjawab. Abang kemudian dipasangkan dengan  mesin BP dan check tekanan jantung. Ketika di ICU, aku mula memberitahu sepupuku dan dia memberitahu seluruh ahli keluargaku yang berada di KL. Alhamdulillah mereka datang menunggu sehinggalah ke jam 7 petang, ketika abang dibawa dengan ambulans untuk ke HKL. Semasa di ICU juga, abang sudah mula kehilangan kata-kata dan tidak lagi mampu bercakap dengan bahasa yang difahami. Dia berusaha untuk menyebut perkataan tetapi tidak berjaya dan aku terpaksa berkomunikasi dengannya dengan menyebut perkataan2 yang berkemungkinan. Contohnya, bila dia memanggil aku dan cuba memberitahu dia hendak ke tandas, aku terpaksa menanya kepada abang sama ada dia hendak makan, minum atau ke tandas sehinggalah dia mengangguk kepada perkataan yang aku ucapkan. Ketika itu, aku tahu keadaan abang adalah tidak baik. Akhirnya abang dibawa ke HKL menaiki ambulans jam 7.20pm dan aku menaiki ambulans bersama ayahnyah. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui perasaanku ketika itu. Ya..hanya Dia yang tahu.

Di ICU..:(


Tuesday, March 05, 2013

Azmir Eja

Assalam
1. Acik kahwin
Tanggal 20 December 2012-20122012. Tarikh pilihan depa yang menyebabkan aku kena amik cuti byk dalam keadaan cuti yang tak berapa ada. Dia nikah kat Kg Sidam Kanan Padang Serai Kulim Kedah dengan Marliza Ismail. Kenduri sebelah perempuan diadakan pada hari itu juga. Kenduri sebelah lelaki diadakan pada 23 December 2012.





Sekian cerita pasal Acik..

Aku tidak lupa

As salam untuk semua. Lama sungguh rasanya tidak mengupdate blog kesayangan ini. Ada je sebenarnya cerita utk dikongsi tetapi rasa malas lebih menguasai. Ok. Akan ku susun satu persatu cerita yang boleh dikongsi..sehingga ke tahap yang aku ingat jela yek.

Monday, November 19, 2012

Basah lenjun dah..

As salam
Cuti deepavali, ayah dan mama membawa anak-anak ke birthday party Syafi anak officemate mama. Selesai makan, mama dan ayah bawak pulak ke Sunway Pyramid. Sebagai mak, aku memahami betapa bosannya anak2 tatkala bercuti sekolah tanpa sebarang aktiviti yang menarik. Sebabnya, aku dulu pun macam tu jugak. Kalau sebulan cuti, sebulanlah duduk kat rumah. Dulu takde erti boring2 nie pasal sedar mak ayah tak mampu nak bawak berjalan2..ditambah pulak dengan takde kidzania, legoland mahupun universal studio ketika itu. Nak bawak ke taman DR Seenivasagam pun tak mampu.Sekarang zaman dah  berubah. Kalau tak bawak jalan pun, anak-anak ada internet, playstation dan tv berpuluh2 channel. Time aku dulu, takat rtm 1, 2 ngan tv3 je. So, berbalik kepada cerita bawak anak-anak ke Sunway bermain ice skating. Tiket masuk aku empat beranak dalam rm138 termasuk glove 4 pasang dan stokin sepasang. Punyalah mahal. Lepas nie aku rasa mau tahun depan pulak la kut bawak deme main skating lagi. Hahaha..kejam tak..kejam tak...:p






Doa sesama Islam hancur?





As salam semua
Mungkin kita boleh beza atau carikan titik persamaan antara dua tokoh ini..

Sunday, November 04, 2012

PTEC/ Dojo Bowling Tournament

As salam
3 November 2012, satu pertandingan bowling telah diadakan di Peransang Templer Golf Club untuk staf PTEC dan Dojo. 32 orang join main dan sudah semestinya bowling alley di PGTC tu riuh dengan suara kami. Aku berada dalam kumpulan 6 bersama Zaidi, Abang Amran dan Abang Nazli. Entah kenapa, permainan aku memang tak menjadi kali ni. First  frame 96, 2nd frame 114 dan last frame 155. Dang..mende tah..saja memang takleh nak dapat better placing. Dapat la no 10.
Price giving ceremony by Mr Selvam, DGM PTEC
Benda dalam beg merah tu..:)
Secara keseluruhan dapatlah kumpulan kami no 6. Teruk kan.Tahapa-hapa tah. Padahal, group aku quite okay gak player-player dia. It was  just not our day.
Kumpulan 6 dapat no 6..Abang Amran dah balik sebab anak dah start mengamuk.
Abang Amran yang tak menjadi jugak..spare sampai ke sudah..satu strike pun takde..
Hadiah cabutan bertuah..aku dapat hadiah pedicure set from Mary Kay..confirm Naza sponsor hadiah tu..
Orang kuat project bowling..Ain, Kamal,Naza and  Sya
Naza dan Sya
Pinjam anak orang, Kak Id pegang Irfan..Nakia  pegang Syafi..
Best tourney ever kata org PGTC sebab semua dapat hadiah..
Ain frust sebab tak strike
Overall it was a great PTEC/Dojo dayout. Terima kasih kepada organizer Kamal, Ain, Sya, Naza dan semua2lah yang terlibat dalam penganjuran game ini. lain kali adakah lagi.
p/s: Picture credit to Naza.

Saturday, November 03, 2012

Kasih tidak kesampaian...


Bila mengetahui sesuatu kebenaran..terpaksa ditelan walaupun hakikatnya sukar dan menyedihkan..hanya Allah yang mengetahui segala-galanya kerana tiada perancangan yang  maha hebat melainkan Dia..semoga dirimu bertemu kebahagiaan yang sejati dik...akak doakan...

Monday, October 29, 2012

Aidiladha 1433H


As salam
Sempena Aidiladha 1433H, keluarga mentua menjalankan ibadah korban. Aku menumpang satu bahagian untuk tujuan aqiqah untuk anak keduaku, Muhammad Aqif Nafizuddin b Mohd Afizal. Ini kali kedua aku lakukan ibadah aqiqah untuk Aqif; sebagai mencukupkan sunnah dua bahagian untuk anak lelaki.

Gambar instagram..jadi tak clear pulak share kat sini

Alhamdulillah, setelah selesai melapah, bermulalah acara masak memasak. Orang datang rumah mak abah tak putus-putus. Boleh tahan juga penatnya kali ini. Mujurlah master chef di rumah tu ada..siapa lagi kalau bukan kakak iparku Azlizawati. Dia memang cekap. Kalau harap aku..memang out la..dari pukul 9.00am hingga 12.oo tengah malam barulah tangan aku kering. Subhanallah.

Antara yang hadir..

Azra yang comel..asal orang lain pegang je jebik..tapi bila abi pegang, senyum

Paklong dan anak-anaknya

Sementara orang makan-makan, si Acik boleh pulak pergi mancing ikan haruan. Katanya nampak anak-anak ruan; so..maknya mesti ada. Lepas jumpa cicak sekor, terus pergi port.

Try luck..tapi sian..ruan pergi beraya..

Sambil tengok Acik mancing, aku pulak bergambar. Hahah..tengah bendang menghijau..sangat cantik pemandangan..





Sekian cerita Aidiladha 1433 untuk kali ini.



Monday, October 22, 2012

Kelepet karipap seround

As salam
Hari nie Perodua Manufacturing memulakan cuti plant shutdown selama seminggu. Aku memang seronok dengan percutian ini tetapi tidak begitu teruja kerana tiada RM..sedih..kalau dah takde RM tu cuti biar sebulan pun tiada bermakna.
Maka di petang yang agak kebosanan, terhasillah idea membuat karipap dengan resepi yang ingat2 lupa. Terpaksa memanggil uncle google untuk membantu..nak buat ok..bab nak kelepet tu yang fail...apa-apapun, kalau dah goreng, masuk dalam perut hancur juga kan...hahaha


Monday, October 15, 2012

RM150 utk Aqif

As salam
Semalam, 6 October 2012, ada dua occasions yang penting dalam diari hidup aku. Pertama, pertandingan bowling anjuran biro Hawa KPM 2012. Setelah 3 tahun berturut-turut memegang kejuaraan, akhirnya tahun ini kejuaraan itu berpindah milik kepada orang lain. Punyalah teruk permainan semalam. Memang bukan rezeki aku untuk dapat rm250 tahun nie. Tapi takpe, sekurang-kurangnya aku berjaya dapat rm150 yang membolehkan aku menyelesaikan occasion yang kedua. Alhamdulillah, tempat ketiga pun jadilah...
Top 10 winners...
Dapat hadiah dari naib setiausaha KPM Puan Shailiza..ye ye je panggil puan..
Occasion kedua
Birthday anak keduaku Muhammad Aqif Nafizuddin bin Mohd Afizal. Sudah 7 tahun umurnya tahun ini. Dialah anak yang sangat bertuah pada aku..dah la lahir 2 Ramadhan..paling cheeky dalam family..along kena ngan dia..ana pun kena dengan dia..Di FB, dia asyik la post gambar kek. Aku sebagai ibu memahami bahawa itu adalah 'hint' utk buat birthday dia. Maka, dengan harapan dan doa, aku berjaya mengadakan birthday party kecil-kecilan untuknya, hasil dari kemenangan bowling siang tadi.
Kek yang makchu Bai buat..sedap sangat..:)
My nyawa...
Aqif dan ayah
Tiup la kek anak oii..
Mama tak sempat tukar baju..
Untuk anak mama, semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dunia dan akhirat..mama sayang semua sangat-sangat walaupun mama selalu marah-marah..:)

Wednesday, October 03, 2012

Holo phenonenon


Fenomena Halo ialah satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Fenomena semulajadi ini agak kerap berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini. Secara amnya hola terjadi kepada matahari atau bulan. Namun begitu, terdapat berbagai jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 6–18 km dari tanah iaitu di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi. Lapisan awan cirrostratus ini sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal. Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk. Ini menyebabkan matahari atau bulan kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin (sebenarnya adalah cahaya bulan yang terserak). Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi yang jelas kelihatan pada halo matahari, tetapi bagi halo bulan agak berlainan sedikit kerana bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan.




Monday, October 01, 2012

Don Daniyal in the house


As salam
Antara perkara yang membuatkan aku sayang untuk meninggalkan Perodua..kuliah agama yang sentiasa ada untuk santapan rohani pekerjanya..

Tuesday, September 25, 2012

Tiada lagi

As salam
Gambar di atas adalah kenangan terakhir bersama arwah Pah. 3 minggu sebelum pemergiannya. Kini, aku tiada lagi insan bergelar opah. Pah telah pergi menemui penciptanya pada 19 September 2012..semoga Allah mengampunkan segala dosa Pah dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Al fatihah untuk Pah..:(

Tuesday, September 18, 2012

Hating Islam?

As salam

11 September - Innocence of Muslim - Ngeh Khoo Ham = menanam kebencian terhadap agama suci Allah Islam. Sampai bila agama kita akan dicerca? Sampai bila jiwa muslimin muslimat disagat hiba? Sampai bila? ^_^

Tuesday, September 11, 2012

Afiq is nine

As salam
Permata hati ayah dan mama, Muhammad Afiq Naqiuddin sudahpun berusia 9 tahun. Betapa pantas masa berlalu. Harapan mama dan ayah, semoga Aqif menjadi anak yang soleh, dunia dan akhirat. Cita-cita mama untuk melihat Afiq menjadi seorang ahli tahfiz. Semoga Allah mengkabulkan harapan mama. Mama sayang Afiq, dunia akhirat. Happy birthday sayang...

 Nyawaku..
 The love of my life
 Kek untuk along
 Semoga keluarga kami terus berada dalam kebahagiaan
 Simple celebration for him
Cutting the mocha cheese cake..mama yg request dari ayah