salam
Another year is given to me by Him..Syukur padaMu Ya Allah kerana membenarkan aku hidup lagi untuk beribadat kepadaMu..semoga Engkau terus memberikan kekuatan kepadaku..
Saturday, May 29, 2010
Sunday, May 23, 2010
Beijing May 2010
Salam to all
Lama tul aku tak update blog aku. Kali nie aku rasa ada cerita menarik sikit nak kongsi. Last week, 14 May 2010 aku, mama, suami, Acik dan kakak ipar aku telah bercuti ke Beijing. Niat nak tengok bumi Allah sambil belajar apa2 yang patut..(dah dapat pahala sunah Nabi SAW). Trip tu sampai 19 May 2010. Sebelum pergi, sepatutnya kami naik flight Air Asia. Tapi sebab ejen kami terer, kami dijadualkan naik MAS. Huiyoo..best gila..terus turun Beijing la camtu..kalau Air Asia kena transit kat Tian Jin..
12 May 2010- semangat nie..lagi 2 hari nak ke Beijing kami dapat berita tak berapa best..kena naik Air Asia juga..hmm..takpelah..nak buat macam mana..excitement dah kurang la skit..tapi takpe..still boleh pergi..
14 May 2010 -hari yang dinanti-nantikan. Aku chartered Kia Preggio untuk bawa kami berlima ke LCCT. Jam 430am kami dah gerak. Sebab janji jumpa kul 530am di LCCT. So, bila sampai kat LCCT, lepak dulu kat McD, solat dan selepas selesai urusan check-in dan luggage, kami terbang ke Tian Jin. Alhamdulillah dalam jam 215pm kami sampai..then kami bergerak ke Beijing dalam 2 jam perjalanan dari Tian Jin dengan bas. Pemandu pelancong kami orang China tapi berbahasa Indon..Nama dia Alex..berada di China tetapi masing2 dimomokkan dengan bahasa Indon..oklah, at least nak communicate tak susah sangat.
15 May 2010 - second day di Beijing. Hari nie pegi Tian An Men dan Forbidden City. Petang pulak pergi Herbal store. Bosan gila pegi tempat herba nie..tapi ada urut kaki. Si Alex suruh bagi tips tapi tak kuasa aku..20 yuan tu..kira2 RM10. Malam, kami pergi ke acrobatic show. It was marvellous and spectacular..badan lembut gila..siap ada motorsikal berlegar2 dalam sangkar..bukan sebiji tapi 5 biji sekali.
16 May 2010 - third day. Kami ke kedai Jade dan Crystal. Kat sini kami diberi masa hampir sejam setengah untuk setiap satu kedai. Bosan..tapi aku beli la gak gelang jade harga 100 yuan satu. Beli 5 percuma satu..dapat la adik2 aku sorang satu..nasib semua pompuan..senang cari hadiah. Kemudian kami bergerak ke tempat silk house. tempat nie macam tempat yang eksklusif la. Silk dia pun mahal-mahal. Petang..hari yang dinanti-nantikan. Kami ke Great Wall of China lepas solat di masjid Nan Dou Ya. Best gila. Aku rasa macam nak nangis bila sampai kat situ..amazing and spectacular. Memang layak dia digelar salah satu dari tujuh benda ajaib dunia. Mama akhirnya dapat menjejakkan kakinya di Tembok Besar China yang dia impikan selama ini. Masa kat situ, hujan sikit..so beli la payung..hahah..kunun..sudahnya hujan berhenti payung pun dok kat dalam poket jacket..huhuhu
17 May 2010 - hari nie pergi ke Summer Palace. Singkat betul masa kat tempat nie. Maklumlah, tempat nie takde komisen agaknya. Tempat nie memang best. Tak sempat nak explore. Yang untung Naza dan Umi. Jenuh orang menunggu deme dua orang sebab diorang dah menjelajah jauh ke dalam. Lepas pegi Summer Palace, kami pergi tempat buat Pearl. Sekali lagi aku yang spesis tak berapa nak gemor jewellery nie terpaksa redha la..tapi dapat la jugak ilmu kat situ. Fresh Water Pearl nie rupanya ada banyak mutiara dalam badan dia. Lain dengan Sea Pearl yang ada sebiji je. That's why agaknya pearl tu lagi mahal. Saiz mutiara pun ikut umur cengkerang tu. Kalau umur dia muda, pearl dia besar batu kerikil je..Kami kemudian pergi ke Silk House..kat sini aku tak beli apa jugak sebab suteranya murah sangat..hahah..aku tak mampu..Petang lepas solat, kami pergi ke tempat Shopping Ya Show. Barang memang murah dan tempat tu memang heaven for shoppers. Lepas Ya Show Market nie, kami pergi Sunny Gold lak. Tempat shopping juga..
18 May 2010 - pagi kami dibawa ke tempat silk lagi. Kali nie tempat tu jual sutera yang lebih murah dari tempat pertama kami pergi. Aku beli 6 meter dengan harga 300 yuan. So kain untuk raya dah ada..huhuhu..lepas sejam lebih berada di situ, kami gerak ke Bird Nest. Stadium tu la..Afizal aka suami sangat teruja sampai ke sini. Tapi sekejap jugak kat sini. Ada ke patut dia bagi 1/2 jam je tengok tempat yang besar tu..isk..kelam kabut kami amik gambar kat situ dan Water Cube..kami juga jadi orang terakhir naik bas..lantak la..sekali tu je..selalunya kami on time..lepas ni kami bergerak ke kedai perhiasan milik rakyat separuh malaysia. Ingat kut nak bagi diskaun..idak jugak..kata salah sorang member rombongan kami tu, ayat dia sangat sama dengan yang previous dia datang. Makna kata, dia sediakan skrip untuk pelancong bergantung dari negara mana pelancong itu datang...hahaha..ini macam punya orang pun ada ka..Petang, kami pergi sekali lagi ke Ya Show market.
19 May 2010 - bersiap untuk pergi semula ke Tian Jin untuk balik ke Malaysia. Tak sabar sangat. Rindu pada anak-anak dan semua yang ada di Malaysia. Maklumlah, di negara China nie serba serbi susah. Nak ke toilet masing2 mengusung botol mineral water. Takde air dalam toilet dia. Bau usah cakap la..hancen peren kata orang Perak. So, sebelum ke Tian Jin, sempat diorang bawa ke Muslim Market. Aku beli pistachio jer..ate dah tak berduit dah...last day la katakan. So after lunch, kami gerak ke Tian Jin airport dan sampai sana dalam kul 1.30pm. Nak naik flight kul 3.50pm..
Jeng..jeng..bemulalah episod malang bagi kami..semua orang stranded di TJIA sebab nama kami takde dalam sistem. haha..tahniah kerana kami telah dimainkan agen..so, kata ketua rombongan, kita cuba balik esoknya 20hb May 2010. Tapi malangnya, flight dah penuh..katanya la..so dia try hari Jumaat 21hb May 2010. Nasib baik agen bertanggungjawab jugak. Bagi kami duduk hotel Baidu di Tian Jin for free. Kami cuma bare kos makan. Nasib la Allah temukan kami dengan kedai Muslim yang tak paham sepatah bahasa inggeris..Nasib la makan murah. Mee dan nasi yang basic dia charge 4 yuan jer..kira2 rm2 kita. Taste memang la lari dgn taste Melayu..tapi apakan daya..
21 May 2010 - kami kembali ke TJIA. Hati masih berdebar. Sebab belum tentu ada tiket balik..debaran jadi kenyataan..memang takde lagi nama kitaorang dalam sistem. Agen belum bayar payment pergi hari tu. Funny kan..pergi lepas..balik pulak tak lepas..so, kami dibolehkan balik dengan syarat bayar harga tiket to and fro. Tahniah sekali lagi..nak bayar pakai apa? Mana ada cash? semua orang kelam kabut..yang ada kredit kad takpe la..yang takde macam aku? Mama nasib ada kad. Lepas untuk dia sorang. Aku nasib ada kakak ipar. Dia la yang belikan tiket guna kredit kad dia..sorang rm1700..kiralah sendiri..apa2pun thanks kak..dah la hari tu birthday dia..Punylah gelut hari tu..Allah saja yang tahu..flight delay kerana kami..tapi kami syukur, semua orang boleh balik..masa tu concept sharing is caring telahpun diaplikasikan. Semua orang dah tak berkira dah. Tolong sesama sendiri..akhirnya jam 11.15 pm, kami selamat mendarat di bumi bertuah..syukur pada Allah. rasa macam nak sembah bumi masa tu..tapi nampak ekstrem lak..so, bersyukur dalam hati je la..
Walau apapun, kenangan Beijing/ Tian Jin 14-21 May 2010 akan terpahat dalam kenangan buat 50 orang yang pergi selamanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)