Wednesday, March 25, 2009

Jem dan sunset



Salam
Dua perkara je aku nak fokuskan kat sini:-
1) Jem yang maha hampeh
2) Sunset ciptaanNya yang maha hebat

Sunday, March 22, 2009

Budak kecik

Armand with paklong..my lovey hubby
Armand dengan abah dia
Armand nak mandi
Salam
Budak kecik yang berbadan besar nie namanya Raphael Armand bin Mohd Saufee Effendi. Anak sedara aku yang pertama..anak adik aku yang kedua. Dah lama budak kecik yang besor nie tak datang rumah aku. Walaupun badan agak tough tapi dia kememeh dan sangat manja..heh...

Friday, March 20, 2009

11 jenis manusia didoa malaikat

Salam to all
This is one of the article wrote by Ustaz Mohd Zawawi Yusoh extracted from Harian Metro dated Mac 20, 2009. Just to share with the readers..

Antara manusia yang mendapat doa malaikat adalah
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
5. Orang yang mengaminkan bacaan al-Fatihah oleh seorang imam. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Sabda Rasulullah (SAW): Jika seseorang imam membaca al-Fatihah hingga selesai, ucapkanlah kamu ' amin' kerana sesiapa ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikaat, dia akan diampuni dosanya yang lalu
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
7. Orang yang bersolat Subuh dan Asar secara berjemaah
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
10. Orang yang sedang makan sahur
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit
Rasul (SAW) bersabda - Tidaklah seseorang mukmin menjenguj saudaranya kecuali Allah mengutuskan 70000 malaikat untuknya yang berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh

Semoga kita mendapat keberkatan doa dari malaikat...

$%!^##*(*$@&()&$)$

Benci..bodoh..bingai..hampeh

Wednesday, March 18, 2009

Nihongo

Hajimemaste..

Watashi wa Nakia desu

Watashi wa mo kekkongshimasta

Watashi wa Mareshiajin desu.

Douzo yoroshiku onegaishimasu :)

Tuesday, March 17, 2009

Dari Rawang ke Damai






Aku tak tau nak tulis apa dalam entry ini. Cuma masa balik dari kerja tadi, aku amik gambar-gambar ini..antara pemandangan yang dapat disaksikan sepanjang 45 minit perjalanan dari kilang di Rawang ke rumah aku di Damansara Damai..

Musim itu tiba lagi

Penuh perasaan pengantin perempuan ini nyanyi..dia sorang je belasah 3 lagu..
Pengantin sekarang yang dah tak macam pengantin dulu2..bak kata mak aku la..

Selamat pengantin baru untuk kawan aku Azizi dan isterinya Puteri. Reception was held in Kg Sri Kinta Ipoh. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat.

Saturday, March 14, 2009

Girl power

Salam
Meremang bulu roma bila aku dengar dalam berita yesterday..score 20A dalam SPM 2008. Sejuk perut mak dia mengandungkan anaknya yang ini. Aku berdoa agar adik ini akan berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akhirat..you go girl..(photo adapted from: berita harian online, 13 March 2009)

Aktiviti hari nie

Hari nie, pagi keje macam biasa. Tenang sebab hujan.
Petang, main netball friendly di Mawarsari Sg Buaya - menang 15-10
Malam - "sigh"...nak packing barang untuk esok
Esok - balik Ipoh...yahooo

Monday, March 09, 2009

Saturday, March 07, 2009

Hujan




Sekarang, waktu entry ini sedang hujan. Best. Suka..:)


Sunday, March 01, 2009

Family dating di Bukit Cherakah, Shah Alam












Salam
Hari nie me and my family berekreasi di Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam Selangor. Gerak dari rumah jam 11.30am..hahaha..macam tak logik kan..kawan aku Emi tanya, aku dah habis pikir ke tengah-tengah hari rembang nak pi situ..hehehe..ye la..nak wat camne..Afizal kata nak gerak pukul 10 pagi tapi kul 10.30 masih atas katil..camne tu..Personally, aku rasa tempat tu ok..sangat educative kepada kita. Cuma aku tak berkesempatan untuk melawat keseluruhan taman tu..besar sangat tempat tu dan ditambah pulak dengan keadaaan yang agak panas, budak-budak mengadu letih..pot pet pot pet..nasib ada bas perantara tu..kalau tak, boleh turun 2 kilo aku hari nie berjalan aje..oklah..next time boleh pergi lagi..murah je entrance fee dia..RM3 je per person (12 years above). Bebudak kecik free..
Kat situ juga anak-anak dapat experience bagi makan rusa. Ada care taker kat situ tolong cabut rumput, bagi anak-anak aku untuk dibagi kepada rusa. Adriana and Afiq takut-takut berani..Aqif..hmm..malu kut dengan rusa tu..Sampai tempat landak, Afiq automatik nyanyi lagu Wonder Pet..pengaruh besar tv kepada anak-anak..senyum orang kat sekeliling yang mendengar. Paling tak best bila rumah empat musim tutup. Tukar musim dari musim sejuk ke bunga kalau tak silap aku. Frust..:(. Itu maknanya macam kena pergi lagi satu hari nanti..(yang tak tau bila..hahahah).