Saturday, June 04, 2011

Patah Hatiku

Salam
Lambang hati yang lara. Ya, hati aku sangat lara ketika ini. SANGAT! Lara yang menyebabkan aku rasa mahu saja lari dari kehidupan ini. Memang benar, tiada siapa yang sempurna di bumi Allah ini tetapi ia tidak menghalang kita untuk berusaha menjadi hampir sempurna. Kita juga boleh memilih untuk menjadi manusia hampir sempurna jika kita mahukannya. Malangnya, orang yang aku kenali ini seolah-olah sengaja memilih untuk menjadi manusia yang jahil. Aku sedih dan sangat kecewa. Lara ini tidak ada tempat untuk aku mengadu, melainkan kepadaNya. Aku sedar, lara ini adalah sebahagian dari ujianNya kepada aku. Aku tahu, Dia menguji aku tetapi ketika ini aku merasakan aku kalah dalam ujian ini. Sudah lama sangat rasanya aku menghadapinya. :(

Tuhanku, aku dengan rasa rendah diri, memohon agar Engkau terus memberikan aku kekuatan dalam menghadapi semua ini. Aku sedar, ada orang yang lebih parah ujiannya tetapi aku bukanlah hambaMu yang cukup kental menghadapi ujian ini. Ya Allah..ampunkan dosaku serta dosa kedua ibu bapaku yang sangat banyak teruji jiwa raganya keranaku...Amin ya rabbal alamin..