Friday, June 01, 2012

Kota Bandung-Hari 1

As salam semua
Sudah lama rasanya tidak mengupdate blog ini. Sejujurnya aku tidak mempunyai idea atau cerita yang menarik utk dikongsikan. Kali ini, ingin aku catitkan pengalaman melihat tempat orang iaitu Bandung, Indonesia. Tiket yang ditempah pada tahun lepas untuk tarikh 28-30 May 2012 hanyalah berharga RM190 termasuk luggage untuk dua orang, bagi perjalanan pergi dan balik. Alhamdulillah. Sampai ke tarikh yang aku tunggu. Flight Airasia jam 6.45am menanti aku dan suamiku Afizal. Kami menaiki shuttle bas dari One Utama jam 4.30am. Setibanya di Bulatan Masjid sebelum KLIA, bas berhenti dan pemandunya terus membuat panggilan hangit. Kenapa panggilan hangit? Sebab bas tu mengalami kerosakan. Pada radiator i guess sebab dah berasap2 enjin bas tu. Nasib baik la ada bas lain yang dari LCCT sanggup berpatah balik untuk menghantar kami ke LCCT. Kalaulah kena tunggu lama, dah tentu tak sempat nak bersolat Subuh. Sampai di LCCT jam 5.50am. Terus print boarding pass  sebab dah buat web check-in. Memang convenience. Print out menggunakan bar code yang dihantar ke telefon. Selesai printing, solat Subuh dan alhamdulillah, soon lepas solat, boarding call pun berbunyi..ye ke nama dia boarding call..belasah je la yek. So, kami pun nai kla pesawat dengan tempat duduk 31A dan 31B..last sit tau..memang keras kejung la jawabnya.
Kami tiba di Bandara Husein Sastranegara Bandung jam 9am waktu tempatan. Selesai urusan imigresen, Pak Supir namanya Pak Solihin telah siap menunggu kami sambil memegang kertas bertulis nama aku. Great. Tak perlu tunggu lama. Menaiki Toyota Xenia aka Avanza, kami dibawa ke Hotel Grand Seriti Bandung yang terletak di Setiabudi. Oleh kerana kami hanya dibenarkan masuk check-in jam 2pm, maka kami hanya meninggalkan beg dan terus ke Pasar Baru.


Ada 7 tingkat semuanya tempat shopping nie tapi aku tak pergi semua tingkat pun. Yang aku ingat, aku hanya ke lantai yang menjual telekung, kain dan blouse. Tak larat nak habiskan tempat tu. Selesai bershopping, kami makan di lantai 6, restoran Kemangi. Recommended by Kak Lina..akak yang aku contact utk dapatkan khidmat supir nie. 





Selesai menghabiskan duit kat Pasar Baru, kami check in. Mandi dan solat sebelum menuju ke Toko Tiga, tempat yang famous untuk membeli baju dan seluar branded yang original dengan harga yang murah. Harga seluar Levis 505 yang aku beli dalam IDR 559000 which is about RM170 camtu. Tshirt kolar bulat AX dalam IDR 64000 per piece. Selesai bershopping kat Toko Tiga, kami head to Jalan Riau dimana banyak Factory Outlet berteraburan sepanjang jalan. IDR dah tak banyak. So, di Jalan Riau kami hanya mendapatkan tshirt HRC untuk anak2 at IDR49000 per piece dan beli perfume dalam IDR60000 sebotol.








Dah selesai di Toko Tiga dan Jalan Riau, perut dah start shuffling. So, kami menuju ke Restoran Sederhana Nasi Padang. Kami makan dalam IDR97000 untuk dua orang. Aku sebelum nie tidak mengetahui sangat cara makan di restoran nasi padang. Rupanya, mereka akan menghidangkan pelbagai jenis makanan tetapi hanya akan mencaj pada makanan yang diusik. Kalau usik semua, sedia je la untuk bayar. Nasib baik ada suami yang bijak dan tahu pasal nie...hihihihi. Lepas makan, balik hotel..lepas mandi, abang terus tido berdengkur dengan lagu ciptaannya sendiri...aku jugak yang terkebil2 sensorang tapi akhirnya lelap jugak taktau pukul berapa. Rasa macam lama sungguh tido kat Indonesia nie..berakhirlah ceriti untuk hari pertama di Bandung.