As salam
Kami tiba di HKL lebih kurang jam 8.00pm. Maknyah, along, abang lang, Makchu Bai, dan beberapa orang kawan abang juga berada di situ. Semasa sampai, medical team dari HKL bertanyakan nama abang. Jawapannya " Saya akan cuba buat". Aku bagitau abang, yang namanya adalah Afizal tetapi dia masih tidak berupaya untuk menjawab soalan itu dengan tepat. Along, sepupuku menyatakan yang Afizal mungkin merekodkan ayat " Saya akan cuba buat' sebagai ayat terakhirnya yang diingati. Mungkin abang stress. Abang kemudian ditolak ke zon separa kritikal dan dipasangkan drip. Walaupun pada asalnya, abang direfer pada doktor neuro, tapi malam tu tiada pulak doktor neuro yang attend. Sementara menunggu dihantar ke wad, abang diperiksa oleh 3 orang doktor. Yang pertama doktor housemanship, yang kedua MO dan kali ketiga barulah doktor senior.Terasa sangat penat menunggu kerana tidak ada kerusi untuk duduk. Pada waktu itu juga mama dan ayah sampai dari Ipoh. Aku berasa sangat lega melihatkan kehadiran kedua orang tuaku. Ayah dan mama tunggu sehingga abang diperiksa oleh doktor Maria, doktor senior tu manakala yang lain sudahpun balik ke rumah masing-masing. Setelah membuat bayaran pendaftaran, abang akhirnya ditolak ke wad dan ketika itu jam 1.00am. Leganya aku tuhan saja yang tahu betapa penatnya berdiri menanti saat abang ditolak ke wad. Pada mulanya ku menjangkakan abang akan dihantar ke wad neuro tetapi dia dihantar ke wad medical wad 27, tingkat 5, katil 14. Alhamdulillah, adik Diyana menemankan aku sampai jam 2 lebih sebelum aku suruh dia balik. Kesian dia pun penat. Lepas 20 minit di wad, along datang semula dengan kawannya membawa makanan. Ketika itu aku rasa makan bukan lagi menjadi salah satu agendaku. Aku rasa terhutang budi sangat pada keluarga maknyah. Sokongan yang sangat tidak berbelah bahagi membuatkan aku kuat.
Antibiotik yang diberikan untuk 20 hari
Dalam jam 2 lebih atau 3 lebih, aku tak pasti waktu sebenar, doktor mula datang dan mula bertanyakan kronologi sakit abang. Sampai 2-3 doktor houseman yang bertanya sampai aku rasa penat dan malas untuk menjawab soalan yang sama daripada semua doktor. Sehinggalah jam 4 lebih, datang seorang MO yang periksa abang. Doktor tu memberi beberapa soalan dan arahan kepada abang. Alhamdulillah, dia boleh mengikut instruction tetapi tidak boleh menjawab soalan. Dalam hati aku, tertanya-tanya..kenapalah agaknya abang boleh mengikut arahan tetapi tidak boleh menjawab soalan. Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur, abang masih boleh bergerak dan memberi tindakbalas pada arahan ang diberikan. Doktor kemudian memberitahu aku yang procedure LP akan dilakukan. Masa tu aku tengok doktor yang ada di situ semuanya doktor yang muda-muda. Hilang keyakinan aku yang doktor nie berupaya membuat procedure tu. Aku bertanya kepada doktor tersebut siapa yang akan melakukannya dan mereka menjawab "We will do the procedure". Ya Allah, aku masih skeptikal dengan procedure nie tetapi aku tahu ia perlu dilakukan. Aku minta maaf dengan doktor tersebut dan memintanya mencarikan doktor yang lebih senior untuk melakukannya. Sorry doctor, it's just that i need someone yang convincing to do that. I don't want anything bad happen to my husband..alhamdulillah, doktor tersebut memahami dan dia meminta nurse untuk memanggil doktor dari neuro medical untuk datang. Dalam jam 5 lebih datang doktor dari neuro medical. Dr Mah namanya. Comel je doktor nie. Dia datang untuk buat procedure LP. Sebelum buat, dia seperti doktor-doktor yang lain buat sedikit pemeriksaan pada abang. Dr Mah juga mengesahkan abang confirm meningitis dan memberitahu procedure LP perlu dibuat. Dr Mah juga menerangkan kepada aku 'pro' dan 'kontra' LP. Aku setuju untuk melakukan procedure itu kerana aku yakin itulah yang terbaik untuk abang. Kalau aku tak buat, aku tak tau berapa lama abang akan berkeadaan macam nie kerana tak tau apakah ubat yang tepat untuk merawat abang. Aku faham, ramai yang akan menuding jari kepada aku seandainya procedure ini turns out bad tapi aku yakin, Allah penentu segalanya. (Tolong baca link LP untuk pengetahuan kita supaya minda kita lebih terbuka). Sewaktu azan Subuh terdengar sayup-sayup dari masjid HKL, Dr Mah melakukan LP dan aku menunggu di luar tirai, memanjat doa dan rayuan kepadaNya supaya mempermudahkan urusan itu. Terima kasih Allah. Dia memang Maha Mendengar. Selesai LP, Dr Mah bergegas balik kerana hari itu Tahun Baru Cina.
Pagi, 10 Februari 2013. Abang perlu berbaring secara terlentang selama 6 jam bagi memastikan tiada komplikasi. Sukar untuk memastikan abang kekal terlentang kerana abang mengadu lenguh. Antara sedar dan tidak, abang meminta untuk mengiring dan sudah pasti aku tak benarkan atas arahan doktor. Ada ketika abang akan mengiring juga dan terpaksa aku memanggil doktor atau nurse untuk menyuruh abang berbaring semula. Aku cakap dia siap marah, doktor atau nurse cakap boleh pulak dia ikut. Time ini aku rasa macam lawak pun ada. Macam budak kecik pulak. Sepanjang hari, abang masih disuruh berpuasa. Hanya boleh minum air putih sahaja. Petang, abang dibenarkan minum air yang berperisa macam milo. Hari ini, ramai orang datang melawat terutama saudara mara. Mak abah, kakak dan abang sham pun sampai. Kesian mak, sedih melihat keadaan abang. Hati seorang ibu kan. Abang pulak tidak boleh bercakap. Berdiam diri dan merenung jauh. Semakin sayu hati mak. Senja lepas pelawat balik, aku mandikan abang. Sehari semalam tak mandi. Alhamdulillah, abang boleh berjalan tapi perlahan-lahan. Di bilik air, aku memberikan berus gigi dan alhamdulillah, dia boleh memberus giginya sendiri. Pergerakan motornya berfungsi. Lepas mandi, abang rehat sekejap dan tidur. Masa untuk aku juga berehat setelah melayan pelawat yang tidak kunjung padam datang. Dalam zikir dan rayuanku kepadaNya, aku tertidur. Tapi tidurku dan tidur abang tidak lena kerana nurse akan datang setiap 2 jam sekali untuk mengambil suhu badan, tekanan darah dan mengambil darah. Kesian abang. Sakit tangannya.:(

Nyawa kami berdua dihari pertama melawat ayah..sayangnya anak2 tak dapat masuk tgk. Baru lepas nangis.
11 Februari 2013, keadaan abang masih sama. Senyap, tidak banyak bercakap tetapi mampu bergerak. Pagi aku mandikan abang. Sekali lagi kuberikan berus gigi kepadanya teapi dia hanya melihat berus gigi itu dan memandangnya dengan perasaan penuh hairan dan keliru. Abang seolah-olah tidak mengerti fungsi berus itu. Kutunjukkan kepadanya cara memberus tetapi dia menggeleng. Tidak mengapa sayang. Tidak perlu memaksa diri dan otak untuk itu. Maka, aku mandikan saja abang. Lepas mandi, abang baring. Tiba-tiba aku tengok keadaan abang macam resah. Menghela nafas panjang-panjang. Aku ingatkan dia mengeluh tapi rupanya sesak nafas sikit. Terus aku panggil doktor tengok dan bila doktor tengok bacaan pada mesin, bacaannya not that ok. So, doktor cucuk pada nadi di pergelangan tangan abang untuk test. Aduh, sakitnya bukan kepalang. Kesian aku melihat abang menahan sakit. Abang dipasang dengan oksigen. Tak lama kemudian, doktor datang lagi. Bacaan pada mesin dah ok dan abang boleh tanggalkan oksigen. Ya Allah, masa tu, aku dah fikir negatif je tapi mujurlah abang boleh bernafas seperti biasa selepas itu. Hari itu, ramai yang datang melawat. Maafkan aku,tiada berupaya untuk aku mengingati satu persatu orang yang datang melawat dan menyokong abang.
12 Februari 2013, semakin ramai yang menjenguk abang. Hari ini juga aku sangat-sangat berterima kasih kepada Pakcik Amir, kenalan kami yang kali terakhir berjumpa dengan beliau 3 tahun lepas, sewaktu trip kami ke Beijing. Pakcik Amir telah datang bersusah payah dari Bangi, tanpa diminta membawa seorang ustaz, Cikgu Nasir untuk mengubat abang secara perubatan Islam. Sesenpun tidak diambil. Semasa memulakan perubatan, cikgu Nasir bertanya kepada abang akan namanya. Alhamdulillah, itulah kali pertama abang menyebut namanya sendiri setelah 3 hari ditanya. Cikgu juga bertanyakan nama emak abang dan lancar juga abang menyebut Che Dah bt Abdul. Ustaz tanya pada aku betul nama mak? Bergenang air mata aku mengangguk. Akhirnya sayang..abang ingat juga nama abang. Cikgu tanya nama aku, abang geleng. Perasaan aku? Hmm..hanya Allah yang tau. Bercamput baur sangat. Apa-apapun, aku bersyukur pada Allah kerana ada insan semulia pakcik Amir. Allah sahaja yang membalas jasa pakcik.
Yang kiri sekali itulah pakcik Amir

Cikgu Nasir tengah rawat abang
Hari itu juga abang sangat lemah sebab sejak semalam tak makan. Tengah hari, makanan dihantar tapi abang tak lalu nak menjamah. Lauk hospital nampak tak sedap. Hilang selera makannya. Maknyah yang ada tengah hari tu terus tanya pada abang " Nak tak makan maknyah masak?" Abang angguk. "OK, esok maknyah bawak lauk bagi kamu makan ye Pizal?" Maknyah memang terer masak. So, insya Allah esok mesti ada makanan. Petang hari aku bancuhkan milo dan dimakan bersama biskut wheatameal. Petang tu juga abang cuba berkomunikasi. Dipanggilnya aku dan cuba bercakap sesuatu.."Nak...nak". Aku ingatkan abang hendakkan sesuatu tapi abang menggelengkan kepala bila ditanya soalan biasa. Aku tanya "anak ke bang?" Dia mengangguk. "Oh ok..kenapa sayang..anak? Nak jumpa anak?" Geleng. Then? "Nak..nak..dah call? " "Anak? Call? Oh..ok sayang..i got it, pasal Afiq main bola tu ke?" Angguk. Subhanallah. Abang ingat akan training bola Afiq yang sepatutnya dia hantar hari Selasa, esoknya. Terus aku hubungi kak Lela, ibu kepada kawan sepasukan Afiq untuk menghantar Afiq sekali ke training bola. Alhamdulillah, selesai dan aku bagitau abang yang semua dah settle. Abang angguk. Salah satu tanda yang ingatan abang semakin ok. Malam, lepas solat isyak, aku cuba bersembang dengan abang, ajak dia berzikir dan minta dia bacakan Fatihah. Alhamdulillah, malam itu permulaan abang untuk berbual. Ada beberapa perkara yang abang ceritakan dan aku setia mendengarnya. Pada masa yang sama, aku terus suruh abang banyakkan zikrullah.
13 Februari 2013, selera abang pada makanan hospital masih belum tiba. Maka, setiap kali waktu makan, aku akan ke cafe hospital untuk membelikan makanan. Sarapan dan makan tengahari. Oleh kerana hari itu sudah bukan hari cuti, maka waktu lawatan hanya terhad dari jam 12.30tgh - 2.00 ptg dan 4.30ptg-7.30mlm. Makcik2 dan sepupu dari Ipoh juga datang, memberi sokongan. Maknyah datang dengan masakan yang dijanjikan. Daging masak kicap, ikan masin, bubur nasi..subhanallah. Sedapnya. Selera abang makan. Alhamdulillah. Petang itu, aku cuba membawa anak-anak naik melawat ayah tetapi pihak polis bantuan tidak membenarkan anak-anak di bawah 12 tahun untuk masuk. Anak-anak menangis di depan pintu masuk, teresak-esak. Aku cuba pikirkan cara lain untuk membawa anak-anak. Akhirnya, berjumpa jua jalan yang tidak dikawal. Masuklah anak-anak berjumpa dengan anak-anaknya dan ketika itu, tidak ada kata-kata melainkan tangisan anak-anak yang kedengaran. Ayah masih terdiam. Menepuk-nepuk anak-anak, memeluk erat dan menahan sebak mungkin. Aku perlu bertahan. Tidak. Jangan nangis Nakia. Kena tunjuk kuat depan anak-anak.
Bersama maknyah, orang yang beranggungjawab bagi selera makan abang datang
Muka anak yang tidak berhenti menangis di depan ayahnya..
14 Februari 2013, hari ke 11 abang admitted secara keseluruhan. selama itu jugalah aku menemani abang di hospital. Tidak sampai rasanya hati untuk meninggalkan dia di hospital. Sebagai isteri, inilah dugaan yang maha hebat untuk aku tempoh sepanjang bersama abang. Demi kasih dan sayang aku pada dia, biarlah aku bertahan di hospital. Apalah sangat 11 hari jika dibandingkan dengan isteri uncle di sebelah katil abang. Keluar masuk hospital, dan kali ini hampir 3 minggu sebelum uncle itu meninggal dunia. Aunty yang menjaga suaminya lebih tabah. Mungkin kerana sakit, uncle tersebut selalu marah-marah tapi aunty tu diam je. Layan keadaan suaminya. Mungkin kerana anak-anaknya sudah besar, maka dia bersilih ganti dengan anaknya menjaga suaminya. Tapi aku, anak-anak masih kecil. Sedih..bukan kerana terpaksa menjaga abang, tapi kerana aku merasakan tiga orang anak-anakku seolah-olah terbiar. Dalam erti kata, 11 hari mama dan ayah tiada di rumah. Alhamdulillah, aku masih ada bibik yang membantu menjaga anak-anak dengan baik. Aku hanya mampu mengirimkan duit belanja dapur dan belanja sekolah anak-anak melalui Acik. Terima kasih ye bibik. Sepatutnya, hari ini aku sudah mula bekerja. Tetapi tiada ertinya pergi ke pejabat, meninggalkan orang yang aku sayang di hospital seorang diri, walaupun keadaan abang semakin stabil dan ok. Syukur pada Allah, hari ini abang sudah boleh tersenyum. Terima kasih Perodua sebab bagi aku compassionate leave untuk menjaga ahli keluarga yang ditahan di wad. Keadaan abang semakin hari semakin ok, sudah boleh menguruskan dirinya sendiri dan boleh dipindahkan ke wad kelas 1. Yang tak bestnya, kena duduk twin sharing..huhuhu..tak best..tak selesa. Bila pindah ke wad kelas 1, alahai..rasanya best lagi duduk kat katil 14, wad 27, tingkat 5 tu.
Senyuman yang aku nantikan hampir 2 minggu lamanya..:)