Compassionate leave sudah berakhir. Aku perlu bekerja semula. Cuti tahunan perlu disimpan untuk masa depan. Aku memohon izin abang untuk balik ke rumah dan bekerja dari sana. Petang aku datang lawat dan malam aku kembali ke rumah. Tapi abang macam berat untuk izinkan. Ye, aku paham. Dia tentu sunyi. Ku batalkan hasrat untuk balik ke rumah dan mula berulang-alik dari hospital ke tempat kerja. Awalnya aku keluar dari hospital. Masuk je waktu Subuh, terus solat. Lepas solat, terus pergi kerja. Sempatlah sampai seperti biasa.
Hari Isnin, 18 Februari aku call abang kerap kali. Alhamdulillah, dia dah boleh ingat password telefonnya. Akhirnya, telefon dia on semula selepas seminggu lebih 'mati'. Kejap-kejap ku hantar mesej dan telefon. Bukan apa, risau. Tak pernah aku tinggalkan dia selama hari ini. Tiba-tiba kat ofis abang call bagitau, doktor nak pindahkan abang ke wad neuro tapi tunggu katil kosong. Terpaksa la aku minta kebenaran boss balik awal sikit. Jam 4 lebih, aku bergerak balik ke hospital. Malangnya, tunggu punya tunggu rupanya tak jadi pindah hari nie. Bilik belum siap. Takpela abang. Esok kalau kena pindah, minta la tolong pada nurse angkutkan barang-barang ye.
19 Februari, pergi ofis seperti biasa tapi jiwa rasa tak tenang mengenangkan abang di hospital. Ku selesaikan hari nie dengan menghitung jam untuk pulang. Alhamdulillah, kata abang ada kawannya yang datang melawat. Tengahari, abang bagitau akan dipindahkan ke wad neuro di bangunan Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman, bangunan lama yanfg berwarna biru. Teringat pada arwah Cumie, arwah pernah ditempatkan di situ. Setelah selesai simpan barang, abang dibawa untuk buat EEG sekali lagi. Katanya di bangunan baru. Takpe la..ada nurse bawakkan. Jangan ngorat nurse ye.. :p
20 Februari, abang call masa kat ofis. Katanya doktor Mah nak buat second LP. Allah, kena buat lagi sekali ke? Aku bagitau abang, minta doktor tunggu aku sampai kalau nak buat. Aku minta abang tanya doktor, perlu ke buat. Kalau perlu, call balik semula. Dalam 9 lebih, dapat call abang. Dia kata doktor nak buat juga untuk tahu keadaan semasa abang. OK. Aku jumpa boss, bagitau abang kena buat second LP. Hari tu aku terpaksa ambil EL sebab doktor nak buat pagi tu juga. Aku keluar dari ofis dalam 9.45am dan sampai jam 10.20am. Jenuh aku memusing HKL tu mencari parking. Dah la dgn rasa nak terkucil lagi..adui..sudahnya aku mintak kat abang polis bantuan yang jaga area forensik..aku nak masuk kejap je..masuk toilet..nasib baik dia paham..adui..seksanya menahan. Dah selesai, aku pusing balik cari parking. Nampak gaya, stail parking kat Perodua terpaksa dibuat di HKL. Double park..hati gusar takut Kirana tergeser dengan kereta lain..tapi tawakkal je la kepada Allah untuk jaga dia. Bila sampai, laju je aku jalan ke wad. Sampai je aku tanya abang, pukul berapa nak buat? Kata abang tengah hari baru boleh buat sebab doktor pergi wad..hmm.. tiba-tiba abang usarakan pada aku dia taknak buat pulak LP tu. Bila aku dengar, rasa geram pulak. Tiba-tiba taknak buat kenapa..kalau doktor nak buat tu mesti ada sebab..sudahnya aku serahkan pada abang untuk buat keputusan. Pukul 11 lebih dr Mah sampai. Aku tanya doktor lagi..mesti ke buat sebab abang dah ragu-ragu untuk buat LP untuk kali kedua. Dr Mah mention satu persatu..dan paling logik adalah bila dia bagitau, kita nak tahu sejauh mana keadaan abang sekarang walaupun zahirnya abang sudah nampak ok dan normal. Benda duduk kat dalam otak..bukan boleh nampak dengan mata atau ujian darah. Akhirnya abang mengalah. Abang buat juga dan akhirnya abang terlantar je atas katil selama 6 jam. Nasib baik kawan dia ada datang sembang2..takde boring sangat tapi jenuh juga dia menahan 6 jam takleh bergerak. Kali nie abang rasa sakit sebab buat dalam keadaan dia sedar walaupun sudah dibius.
21 Februari, hari Khamis. Tiada apa yang boleh aku ceritakan. Tapi kemain lagi teringin nak makan nasi briyani. Maka sebelum balik aku belikan nasi briyani ayam dan daging untuk abang. Beli nasi briyani je dah dekat rm20. Taste tinggi betul orang sakit ni.
22 Februari Jumaat..huhu. Doktor bagitau abang mungkin boleh keluar hari Ahad. Alhamdulillah, moga-moga. Dah tak lalu berulang dari Perodua ke hospital hari-hari. Jauh betul rasanya. Sebelum balik, kami pergi semula ke wad 27, nak jumpa dengan doktor dan nurse di wad tu untuk berterima kasih. Nampaknya katil 14 sudah diisi dengan pesait lain. Aku tanya pada nure, uncle katil sebelah tu mana? Dengan sedihnya nurse bagitau, dia dah meninggal dua hari lepas. Ye la..sampai la masa dia. Dia memang tak makan sejak kiri kanan badannya kena tebuk dan diletakkan tiub untuk alirkan air dari dalam badannya.
23 Februari, kami berdua menghitung hari nak balik. Doktor Shanti datang dengan team dia dan bagitau abang boleh discharge esok. Alhamdulillah. Dia tazkirnya abang pasal kesihatan dan harapan aku agar abang dapat ikut nasihat doktor. Benda baik kan..untuk diri sendiri juga. Akhirnya 24 Februari 2013, abang dibenarkan discharge dari hospital. Aku dah tak sabar apatah lagi abang. Barang-barang yang dah dikemas aku hantar ke kereta. Adui, banyak jugak rupanya..maklumlah, 20 hari dalam ward. Dapat je surat discaj, kami pergi ke billing section. Bil abang untuk 20 hari adalah sebanyak rm2157. Alhamdulillah, aku berterima kasih dengan Perodua Manufacturing yang membayar bil hospital abang. Agaknya, kalau tiada GL, macam manalah nak bayar bil sebanyak itu, terutama golongan yang kurang berkemampuan.
Di akhir episod ini, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga untuk seluruh ahli keluarga, kawan-kawan abang dari SOKSEK, ITM, Strateq dan semua yang datang dan juga kawan-kawan aku sendiri yang datang memberikan sokongan, sms, panggilan telefon dan segala-gala bentuk sokongan dan bantuan kewangan serta dorongan untuk aku dan abang dalam menghadapi ujian Allah yang hebat ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan yang anda curahkan buat aku sekeluarga. Terima kasih untuk semua. Jazakallah..