Tuesday, October 06, 2009

Aqif turns 4

Aqif when he was 3 days old..
Above: Aqif latest..

Try tudung mama

Sedang demam


Salam kat semua

Today, Muhammad Aqif Nafizuddin bin Mohd Afizal turns 4. Semoga menjadi anak yang soleh, dunia dan akhirat. Mama, ayah, along dan Ana sayang Aqif..


Monday, October 05, 2009

Gampang aja dong..

05/10/2009 9:40pm
KUALA LUMPUR 5 Okt. — Kementerian Luar hari ini melancarkan
“Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia; taufan Ondoy di Filipina dan taufan Ketsana di Vietnam. Menurut kenyataan Wisma Putra, dengan pelancaran tabung bencana itu, rakyat Malaysia boleh menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa bencana masing-masing di Padang, Manila dan Hanoi.(source: utusan online)
-CIMB buat kutipan
-NSTP buat kutipan
-dan tah sapa2 lagi buat kutipan
semua nak tolong deme..deme macam mana dengan kita? macam gampang..

Dia datang..

Salam kat semua
Mak aku nak datang..yeayyyyyyyyy

Saturday, October 03, 2009

Wali keramat

Salam untuk semua
Inilah dia wali-wali keramatku. Ya Allah..Kau peliharalah mereka, seperti mana mereka memeliharaku ketika kecil..dan Kau rahmati mereka..kerana sesungguhnya merekalah manusia yang amat berjasa dalam hidupku. I love you mak and ayah...and it's forever...

Friday, October 02, 2009

Dugaan dariNya


Salam to all
Takziah and condolence to the victim of tsunami in Samoa and earth quake in Indonesia..
I don't know about Samoa, but for sure Malaysia will sent our relief team to Indonesia. Hopefully they won't sweep us away...

Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri 1430

Salam lebaran buat semua
Dah lama rasanya tak update blog. Tengok orang lain kekadang 2-3 entry sehari..aku nak dapat satu pun payah..entahlah, tak tahu nak bercerita tentang apa sebenarnya. Cuma raya tahun ini giliran rumah ayah dan mamaku di Ipoh. Naz balik awal. Nyah beraya dulu di Shah Alam. Petang raya pertama baru sampai Ipoh. Seperti biasa, lawatan ke rumah sedara mara dilakukan selama 3 hari beraya di Ipoh. Petang raya ketiga juga aku bergerak balik ke Sg Acheh.Sama keadaannya, aku beraya di rumah sedara mara dan juga kawan-kawan sekolah aku. Lama betul tak jumpa diorang. Yang kurus dah semakin membulat..yang kempis dan makin memboroi..huhuhuhu..Takde apa yang menarik utk aku share, just some photo on the eid..






Friday, September 18, 2009

Gunting rambut


Salam kat semua
Setelah tak tahan aku tengok rambutnya berserugai..hari nie aku bawak si Aqif ngan Afiq gunting rambut tapi gambar Afiq tak snap pun..sebab masa tu tengah geram dengan dia yang tak reti duduk diam..

Adriana Nur Afrina

Salam kat semua
Ini anak dara aku Adriana Nur Afrina bt Mohd Afizal.
Sejak akhir-akhir nie nakal betul dia..kalau marah melawan..kuat merampuih..kuat gaduh dengan abang-abang dia..nampak gayanya dia lagi samseng dari abang yong ngan angah dia..tapi apa2pun, semoga Ana jadi anak yang solehah ya..notti masa kecik je tau..





Gambar aje..

Afiq and parts of the nurses
Morning breakfast

Sedang menukar balutan
DSH
Model tak jadi
Nasib ada benda alah nie
Tag tangan
Dr sedang pasang tiub drip untuk afiq
..siap senyum

Thursday, September 10, 2009

Kat spital lagi

Salam kepada semua
Buat kali kedua dalam tahun 2009, aku kena tunggu anak di hospital lagi..kali nie si Afiq pulak..dia admitted semalam. Nama penyakit, aku tak reti nak sebut..tapi kelenjar bawah pipi dia bernanah..infected by bacteria...aku letih..penat..kerja terganggu tapi apa boleh buat..nanti aku upload gambar..

Saturday, September 05, 2009

Cuppy cakes for Afiq

Salam to all
This cuppy cake was bought by ayah from his friend..Got to get this cake as he requested Ben 10 for his birthday cake..here you are Afiq..as requested..(macam dalam email yang selalu aku kirim kat participants lak)...:P

Afiq dan adik-adik yang menumpang sekaki




Cuppy cakes for Afiq

Friday, September 04, 2009

The day he turns 6..

Salam untuk semua.
My eldest son is 6 years old today..how time flies..
mama doakan semoga anak mama menjadi anak yang soleh..amin..
Afiq when was 2 months old

Afiq today..

Friday, August 28, 2009

Jiwa kacau

I am so in disguise...i hate myself for this..

Thursday, August 27, 2009

Binatang yang bangsat

Bapa jadikan 4 anak mangsa pemuas nafsu
KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Begitulah perkataan sesuai digambarkan buat seorang lelaki yang sanggup menjadikan empat anak perempuannya sebagai tempat pemuas nafsu. Lebih malang, perbuatan kejam itu hanya terbongkar setelah mereka menjadi mangsa sejak 16 tahun lalu. Kehidupan malang empat beradik itu bermula apabila kakaknya, yang kini berusia 23 tahun mula menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia tujuh tahun di rumah mereka di Kampung Pak Mentosa, Tembila, Besut. Selepas beberapa tahun kemudian, suspek melakukan perkara sama terhadap adik-adik mangsa. Sementara itu, ibu mereka yang menjadi tempat mengadu tidak dapat berbuat apa-apa apabila diugut untuk dicederakan. Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila dia cuba merogol anaknya yang berusia 15 tahun, April lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri, berkata, berikutan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, Sabtu lalu. ''Berdasarkan laporan yang diterima, pihak polis kemudiannya mengambil keterangan tiga kakak mangsa dan mengesahkan perlakuan kejam suspek. ''Pihak polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,'' katanya.
(source: Utusan Malaysia, 26 August 2009)
Tiada kata-kata yang dapat diluahkan terhadap "binatang bangsat" ini..

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan al-Mubarak

Salam ramadhan buat semua..semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat buat kita..(pinjam ya imej nie)

Friday, August 14, 2009

RIP Uncle Param

Salam kat semua
Another lost to the entertainment industries..P Paramasivam or famous known as Param passed away semalam..same like arwah ustaz Asri..caused by heart attack..may you rest in peace uncle Param..

Thursday, August 13, 2009

Bulan kemerdekaan August 2009

Selamat mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan 2009

Pergi tak kembali lagi..

Salam kat semua
Al fatihah untuk arwah ustaz Asri Ibrahim..kali ini pergimu tak kembali lagi..

Wednesday, August 12, 2009

Baru aku respect..

Hasan sanggup dilucut jawatan exco berhubung isu penjualan arak
12/08/2009 4:22pm
SHAH ALAM 12 Ogos - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sanggup dilucutkan jawatan Exco kerajaan negeri demi mempertahankan pandangannya agar minuman keras dan bir tidak dijual di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.
Menurut Hasan, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan pihak tertentu yang meminta pucuk pimpinan pakatan pembangkang mengambil tindakan ke atasnya berikutan pendiriannya dalam isu penjualan arak di Selangor. - Utusan

Friday, July 31, 2009

Award

Salam

Aku dapat benda nie dari Hezrin ngan John..tapi disebabkan aku nie seorang yang amat bijak, aku akan jawab untuk dua orang sekaligs..hehehe..cerdikkan aku? Nie rules dia..nie pun aku copy paste dari blog si John..

* Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
* Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
* Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them.
* Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged
* Paste the award badge in your sidebar - camna nak paste???




5 interesting facts of Hezrin and John each..

Hezrin

1. Classmate kat MGS Ipoh start dari darjah 3

2. Tinggi orangnya

3. Badan tak naik-naik walaupun dah mengandung untuk kali ketiga ketika aku menulis entry ini.

4. Sangat suka memasak

5. Adik-beradik dia sama ngan aku-5 pompuan..

John

1. Kenal masa kat sekolah teknik TI Penang

2. Tak cakap sangat ngan pompuan..konon jaga ego la konon..

3. Aku macam takut-takut berani gak la ngan dia sebab masa sekolah tu dia nampak macam samseng kampung dusun..

4. Tak dapat fly ke oversea due to economy downturn..kesian dan padan..hahaha(jahatnya aku)

5.Orang kaya guna keter Caldina tanpa perlu join .....(takmo sebut, nanti promote)

10 interesting facts of me

1. Aku minah sukan

2. Aku suka no 14

3. Jeles kat John sebab dia boleh guna keter Caldina sedangkan aku tidak

4. Jeles kat Hezrin sebab badan dia maintain sedangkan aku sudah kembang sikit

5. Suka muzik dan menyanyi

6.Suka makan banyak
7. Suka belajar bahasa..sekarang tengah belajar bahasa jepun
8. Teringin sambung belajar lagi
9. Suka melancong tapi keadaan kewangan tidak mengizinkan
10. Aku suka apa yang aku suka laaaa

10 deserving recipients

1. Haliza Akmar - kawan sesleeping beauty di TI..friends forever

2. Rosbainalizam - kawan sekelas aku yang masih aku ingat kebaikan mak dia jahitkan kain prefect aku.

3. Munamazura Ahmad - tak sangka bini Rost nie boleh jadi member..satu kepala la maknanya..

4. Syahronie - Kawan aku yang kenal kat TI jugak..sekarang kat oversea..Sabah..heheheh

5. Nadia - Budak rock yang tak pernah kenal face to face tapi boleh kawan tru net..

6. Zack - kawan yang kenal masa berjuang dalam kunci khazanah tu..

7. Wan Hanie Lieza - member masa kat MGS Ipoh dulu..comei je orangnya...

8. Yus Emilia - sorang lagi makhluk tinggi di MGS Ipoh selain aku, Hezrin dan Wahidah.

9. tak dapat pikir lagi

10. tak dapat pikir jugak sapa


Monday, July 27, 2009

Bergambar dengan IKON

Salam


Hari nie amy search datang buat promo tiket Konsert di Awan Biru dia..aku pun menyebok amik gambar time dia ckp tepon...hehehe..tengok la kat tgn aku ada mee ngan cendoi..hahaha..kat depan kantin P2 nie..

Saturday, July 18, 2009

Takde sivik punya manusia

Salam
Semalam pagi aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku rasa macam orang gila pulak menyumpah sorang-sorang dalam kereta..geram..marah..sebab tengok kereta depan aku..driver dia seronok-seronok tanpa rasa bersalah membuang kulit rambutan keluar dari keretanya..adoi..kalaula aku berupaya nak jerit kat dia.." woi, tak reti buang sampah dalam tong sampah ke?"..itu aku rasa memang manusia bingai..dia tak rasa kalau dia yang kerjanya menyapu jalan..aku rasa sumpahan berbakul aku itu akan dilontarkannya semula..kan???Maaf..ini hanya ilustrasi..tak sempat ambik gambar orang bingai itu..

Sunday, July 12, 2009

Berendoi si Mikael

Salam
Last week 4.7.09 aku balik Ipoh..kenduri naik buai si Mikael..Mikael anak sedara aku yang no 2..anak adik aku Az..nie gambar-gambarnya

Bacaan doa

Mikael b Azdi
Marhaban


'Mak' sedang mencukur rambut cucunya yang terbaru



Mama dan Ayah Mikael

Tuesday, July 07, 2009

MRI session at KPJ Damansara Specialist

Santapan rohani
Imej MRI lutut aku
Kereta Ferrari koleksi Dr Rozman
Tengok no bilik dia..14
Salam
Jumaat lepas aku pi buat MRI kat Damansara Specialist. Lega sebab kata dr Rozman, lutut aku tak teruk. Still can active macam biasa..lepas raya, kalau tak ok, kena jumpa dia balik. Kalau tengok bilik Dr tu, orang sakit pun boleh sihat psychologically sebab bilik dia penuh dengan barang2 Ferrari..he's a fanatic fan of Ferrari. Tengok la gambar dia ye..