well..dah lama sangat aku tak update blog aku..tak tau nak tulih apa actually..takdak perkara yg menarik..cuma sekarang nie rumah aku ada penghuni baru..my bibik..hehhe..dah dtg last week..sekarang nie kerja rumah mmg much more easier..cuma privacy tu dah kureng..iya la..umah dah le kecik..pi mai pi mai tang tu jugak..nanti aku pastekan gambar dia kat sini yek..
Thursday, April 27, 2006
Friday, April 07, 2006
Ini macam punya orang pun ada kaa??
Dunia nie memang nak akhir zaman..berdasarkan kepada keratan akhbar dia bawah, kita nampak pompuan nie memang bersalah, tetapi itu surface jer..deep under..kita tak tahu kenapa dia tergamak buat macam tu..only she n God knows..but what an unfair condition bila gambar "suami" dia tak disertakan..as if la "suami" tu tak bersalah...common la media..buck up..be fair pls..
Pernikahan pasangan dengan wali hakim dibatal
KUANTAN 6 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membatalkan pernikahan satu pasangan atas permohonan bapa pengantin perempuan kerana melangsungkan perkahwinan mengunakan wali hakim sedangkan beliau sebagai wali sebenar masih lagi hidup. Hakim Datuk Abdul Rahman Mohd. Yunos mengambil keputusan tersebut apabila pasangan terbabit, Wan Norerni Murni Abdullah, 23, dan Rahmat Ahmad, 26, mengakui bahawa perkahwinan mereka pada 13 Januari lalu tidak mengikut prosedur yang betul. Pasangan berkenaan menggunakan sijil kematian palsu atas nama plantif, Abdullah Salleh semasa mengemukakan permohonan kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Pekan.
Dalam kes itu, plantif melalui peguam syarie Mohd. Zuki Che Mat Ghani memohon kepada mahkamah agar menggunakan farak (pemisahan) mengikut Seksyen 11 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 1987 ke atas defendan pertama, Wan Norerni dan defendan kedua, Rahmat. Defendan pertama yang berasal dari Kelantan bekerja sebagai seorang jururawat di Pekan, manakala pasangannya seorang pemetik buah. Kedua-dua mereka diwakili oleh peguam syarie, Ashari @ Kamarudin Yatim.
Seksyen 11 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 1987 yang menetapkan sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu menurut hukum syariah untuk menjadikannya sah. Hakim dalam kenyataan sebelum mengeluarkan arahan supaya pasangan tersebut dipisahkan, meminta kepada kedua pasangan terbabit, terutama defendan pertama agar memohon keampunan daripada bapanya atas perbuatan mengisytiharkan secara palsu bahawa bapanya sudah meninggal dunia sedang dia masih hidup.
``Ini satu perbuatan yang biadap dan menderhaka ke atas ibu bapa, mereka yang bersekongkol dalam perkahwinan ini juga bersubahat dan perlu juga didakwa oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pekan,'' katanya. Tambah beliau, perkahwinan kedua mereka adalah tidak sah kerana wali mujbir (wali sebenar) masih lagi hidup menyebabkan mereka tidak layak menggunakan wali hakim. Selain pemisahan, mahkamah juga mengeluarkan arahan pembatalan sijil nikah kedua pasangan dan pendaftaran perkahwinan mereka kini dipadamkan daripada rekod Jabatan Agama Islam Pekan. Keduanya juga dinasihatkan agar bernikah kembali secara sah dengan secepat mungkin.

*dipetik dari utusan online, 7.4.2006*
Wednesday, April 05, 2006
Selesai satu benda..
Hari isnin hari tu aku pegi imigresen. Submit borang application maid. Aku pegi dari umah ikut NKVE. Mulanya aku ingat nak ikut Federal which is sgt jauh dan bangang sebenarnya kalau aku ikut jln tu sbb kalau nak pi Shah Alam, dari jln Sungai Buloh pun boleh sampai. Masalahnya, jln sg buloh jam dan paling penting, aku takut sesat..hehehe..so, aku pun ikut NKVE dan direct kuar shah alam..kuar2 je dari exit tu, aku dah boleh map la skit2 jln yg patut aku ikut..hehehe..ok..ok..confident, this is the correct way Nakia..jln punya jln sampai la roundabout pertama..kan ke shah alam nie tpt layan korner paling baik kat dunia. roundaboutnya punya byk..so, aku pun amik la pukul 3 walaupun kat signboard aku patut go 12 utk ke kompleks PKNS..haa..amik..satu shah alam aku pusing sbb salah amik arah jam tu..isk..mau kat shah alam je aku habih RM10 duit minyak keter..iskkk. Bila dah jumpa PKNS, dah settle sumer, balik la aku ke opis..rabu pegi lagi..
Hari nie, sekali lagi ke Shah Alam..alhamdulillah, hari nie smooth..lega sumer dah settle..tunggu nak submit jer document2 tu sumer pada org yg patut uruskan pasal tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)