Dunia nie memang nak akhir zaman..berdasarkan kepada keratan akhbar dia bawah, kita nampak pompuan nie memang bersalah, tetapi itu surface jer..deep under..kita tak tahu kenapa dia tergamak buat macam tu..only she n God knows..but what an unfair condition bila gambar "suami" dia tak disertakan..as if la "suami" tu tak bersalah...common la media..buck up..be fair pls..
Pernikahan pasangan dengan wali hakim dibatal
KUANTAN 6 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membatalkan pernikahan satu pasangan atas permohonan bapa pengantin perempuan kerana melangsungkan perkahwinan mengunakan wali hakim sedangkan beliau sebagai wali sebenar masih lagi hidup. Hakim Datuk Abdul Rahman Mohd. Yunos mengambil keputusan tersebut apabila pasangan terbabit, Wan Norerni Murni Abdullah, 23, dan Rahmat Ahmad, 26, mengakui bahawa perkahwinan mereka pada 13 Januari lalu tidak mengikut prosedur yang betul. Pasangan berkenaan menggunakan sijil kematian palsu atas nama plantif, Abdullah Salleh semasa mengemukakan permohonan kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Pekan.
Dalam kes itu, plantif melalui peguam syarie Mohd. Zuki Che Mat Ghani memohon kepada mahkamah agar menggunakan farak (pemisahan) mengikut Seksyen 11 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 1987 ke atas defendan pertama, Wan Norerni dan defendan kedua, Rahmat. Defendan pertama yang berasal dari Kelantan bekerja sebagai seorang jururawat di Pekan, manakala pasangannya seorang pemetik buah. Kedua-dua mereka diwakili oleh peguam syarie, Ashari @ Kamarudin Yatim.
Seksyen 11 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 1987 yang menetapkan sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu menurut hukum syariah untuk menjadikannya sah. Hakim dalam kenyataan sebelum mengeluarkan arahan supaya pasangan tersebut dipisahkan, meminta kepada kedua pasangan terbabit, terutama defendan pertama agar memohon keampunan daripada bapanya atas perbuatan mengisytiharkan secara palsu bahawa bapanya sudah meninggal dunia sedang dia masih hidup.
``Ini satu perbuatan yang biadap dan menderhaka ke atas ibu bapa, mereka yang bersekongkol dalam perkahwinan ini juga bersubahat dan perlu juga didakwa oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pekan,'' katanya. Tambah beliau, perkahwinan kedua mereka adalah tidak sah kerana wali mujbir (wali sebenar) masih lagi hidup menyebabkan mereka tidak layak menggunakan wali hakim. Selain pemisahan, mahkamah juga mengeluarkan arahan pembatalan sijil nikah kedua pasangan dan pendaftaran perkahwinan mereka kini dipadamkan daripada rekod Jabatan Agama Islam Pekan. Keduanya juga dinasihatkan agar bernikah kembali secara sah dengan secepat mungkin.

*dipetik dari utusan online, 7.4.2006*
2 comments:
hmm... macam2 hal dunia skang... hope we all x get into this kind of trouble..
amin....mintak dijauhkan..
Post a Comment