Tuesday, August 31, 2010

8 tahun sudahpun berlalu

Salam
Pada hari ini, 8 tahun yang lepas, aku selamat menjadi isteri kepada Mohd Afizal bin Jaini..bahagianya aku sehingga ke hari ini..8 tahun bersama, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang sihat sempurna..Alhamdulillah..aku berdoa kepada Allah, semoga rumahtangga yang kami bina ini dirahmati Allah selalu dan sentiasa disinari kebahagiaan yang berpanjangan..insya Allah..

Salam Kemerdekaan

Salam semua
Salam kemerdekaan Malaysia yang ke 53..sungguhpun aku tidak berjuang di medan sana demi mempertahankan kedaulatannya, namun aku amat menghargai erti kebebasan ini..sesungguhnya terima kasih wahai pejuang bangsa..keranamu kami hidup merdeka.

Monday, August 23, 2010

Semarak MERDEKA












Salam
Hari nie, Perodua meraikan hari menaikkan Jalur Gemilang. Ya..agak awal untuk dikatakan sambutan tetapi inilah yang dikatakan semarak kan? Pagi-pagi lagi, warga P2 telah berkumpul di perkarangan bangunan korporat. Di seberang jalan, beraturnya kereta-kereta kelahirannya, ambulan P2, jentera bomba P2, carrier P2, parts carrier, bas P2, shuttle bas P2, vertical mask P2, forklift dan elect port untuk perbarisan masuk. Perbarisan manusia tidak ada kerana terlalu ramai untuk dikoordinasi. Cuma pasukan ERT, bomba dan pasukan keselamatan P2 yang dikecualikan. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan ikrar dan nyanyian lagu jalur gemilang. Pemeriksaan perbarisan dilakukan oleh kedua-dua MD, En Aminar Rashid dan Mr Oaki dan diiringi oleh panglima-panglimanya En Suhaimi Hashim dan En Zainal Abidin Ahmad. Chef de Mission kali ini pulak En Abidullah Omar..lantang betul suaranya memberi command. Best sebab muzik iringan adalah budak-budak band yang memainkan bag pipe, tenor drum, bass drum..sangat patriotik ku rasakan hari ini..aku sayang Malaysia..aku sayang Perodua..

p/s: Maaf, mutu gambar kurang cantik kerana menggunakan HP sahaja

Thursday, August 19, 2010

Sudah 1/3

Salam
Bulan favourite Allah sudahpun berlalu 1/3..tinggal lagi 2/3 masa untuk kita merebut segala kelebihan dan bonus yang ditawarkan olehNya..berapa banyakkah agaknya collection kita tahun ini??

Sunday, August 15, 2010

Pisau yang tak nampak di tangan tetapi menikam

Salam
Tajuk entry aku mungkin agak simbolik. Memang ya..memang simbolik. Aku mengambil masa untuk menulis tentang ini. Tiba-tiba hati ini ingin menyuarakan rasa yang terbuku sejak sekian lama dalam blog aku. Tak pasti, sama ada perasaan ini marah, kecewa atau benci. Mungkin semua tapi pada siapa ye? Hmm..pada orang yang aku gelar kawan...
Selalu sangat kita dengar, kawan tikam kawan..kawan makan kawan..hmm..benda nie selalu sangat jadi pada aku. Mungkin aku bukan seorang kawan yang baik sehinggakan orang yang aku anggap kawan sanggup menikam aku..ya..tikaman itu tidak membawa ke mati tetapi pedihnya sangat menusuk hati. Kini, tikam menikam itu terjadi lagi dalam hidup aku oleh saudara seagamaku..dek kerana memuaskan hati seorang kafir, kepentingan saudara seagama tidak penting..siapalah aku untuk difikirkan kepentingannya. Aku tidak berupaya memberikan kenaikan pangkat ataupun 'appraisal' yang boleh memberikan EP1 kepada penerimanya.
Cuma...aku masih tidak faham. Apakah dosaku sehinggakan aku dipelakukan begini? Sifat mengadu domba terlalu berleluasa..jika ya aku ada melakukan dosa, mengapa sebagai kawan tidak aku diberikan teguran tetapi diberi tikaman? Motif? Dengki? Khianat? Cemburu? Hmm..aku kurang pasti..tapi sesungguhnya aku merasakan aku terlalu dizalimi..kejamnya kawan-kawan..sampai hati..
Tika ini, aku amat emosi..Terlalu..Sehingga aku seboleh-bolehnya tidak mahu menolehkan pandanganku kepada mereka yang lagaknya seperti WALI ALLAH yang terpilih..biarlah, kalau aku ditakdirkan disisih oleh mereka, tidak menjadi kudis bagiku..jika aku dipinggirkan tidak menjadi resah dijiwaku..malah aku rasa bahagia kerana Allah telah menyelamatkan aku dari mempunyai kawan-kawan sedemikan rupa..ada yang rupanya sangat baik, pendiam, tak banyak bercakap..tetapi adu dombanya sangat terkesan di hati kafir itu..ada yang bijak pandai tahap pendidikannya..tetapi kebijaksanaannya tidak seiring dengan cara pemikirannya..ada yang memang suka bercerita tentang manusia lain..sehinggakan jajaannya itu membawa derita pada yang terkena..Ya Tuhan, aku yakin..di sebalik kehebatan mereka beraksi itu, Engkau telah menunjukkan aku kelemahan mereka..dan Tuhan..berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk mengubati luka tikaman itu..berikan aku petunjuk untuk menghadapi mereka yang terpilih itu..
Duhai 'kawan', terima kasih kerana menzalimi aku..kalian berjaya..tetapi percayalah 'kawan', DOA HAMBANYA YANG DIZALIMI AMAT DIDENGARI..aku yakin itu..

Friday, August 13, 2010

Wry Neck

Salam
Me MC today. Me got Congenital muscular torticollis. In Malay, salah bantal or salah tidor. Pain and so uneasy. Love to get MC today because my working environment is not nice anymore..huhuhu..read more on wry neck aka torticollis.


Wednesday, August 11, 2010

:(

Gambar hanya ilustrasi..
Salam
Hari pertama Ramadhan..malam kedua tarawikh..semalam, dek kerana aku menerima berita yang sangat meluluhkan hati, aku cuma mampu menghadapNya di rumah..rugi pahala ganda 27 aku yang sepatutnya aku rebut pada bulan terpilih ini. Malam ini, aku bertemu denganNya untuk tarawikh di surau..sekali lagi, aku tidak berupaya merebut kelebihan yang ditawarkan..kebisingan suara Adriana yang meriuhkan tempat itu membuatkan aku rasa tidak selesa..lantas aku meninggalkan jemaah yang semestinya sedang bahagia merebut bonus dariNya..sesalkah aku? ...:(

Tuesday, August 10, 2010

Kita bertemu lagi..Ramadhan

Salam
Abu Hurairah r a berkata Rasulullah SAW bersabda.." Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT"..hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak 1431H. Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaanNya..Amin

Monday, August 09, 2010

Blackout..

Salam
Sekarang nie opis aku sedang blackout..boleh aku berpoya2..huhuhu..nak update blog, takde cerita menarik. So, just nak bagitau..opisku blackout..huhuhuuhuhuhuhuh
Gambar ini tidak menggambarkan keadaanku sekarang...