Monday, August 23, 2010

Semarak MERDEKA












Salam
Hari nie, Perodua meraikan hari menaikkan Jalur Gemilang. Ya..agak awal untuk dikatakan sambutan tetapi inilah yang dikatakan semarak kan? Pagi-pagi lagi, warga P2 telah berkumpul di perkarangan bangunan korporat. Di seberang jalan, beraturnya kereta-kereta kelahirannya, ambulan P2, jentera bomba P2, carrier P2, parts carrier, bas P2, shuttle bas P2, vertical mask P2, forklift dan elect port untuk perbarisan masuk. Perbarisan manusia tidak ada kerana terlalu ramai untuk dikoordinasi. Cuma pasukan ERT, bomba dan pasukan keselamatan P2 yang dikecualikan. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan ikrar dan nyanyian lagu jalur gemilang. Pemeriksaan perbarisan dilakukan oleh kedua-dua MD, En Aminar Rashid dan Mr Oaki dan diiringi oleh panglima-panglimanya En Suhaimi Hashim dan En Zainal Abidin Ahmad. Chef de Mission kali ini pulak En Abidullah Omar..lantang betul suaranya memberi command. Best sebab muzik iringan adalah budak-budak band yang memainkan bag pipe, tenor drum, bass drum..sangat patriotik ku rasakan hari ini..aku sayang Malaysia..aku sayang Perodua..

p/s: Maaf, mutu gambar kurang cantik kerana menggunakan HP sahaja

No comments: