Sunday, May 15, 2011

Macam-macam gila..

Salam untuk semua
Banyak benar benda gila yang berlaku sejak akhir-akhir nie. Sakitkah manusia-manusia yang melakukan kegilaan ini? Entah..aku tiada jawapan..sekadar mengikuti perkembangan semasa menerusi kaca tv.
Gila #1: Gila menyimbah Asid
Ini satu cerita yang pada mulanya aku menganggap kes terpencil. Apabila sudah 2-3 kes yang berlaku, aku yakin ini penyakit gila yang dilakukan oleh seorang yang gila yang perlu dirawat. Seronok benar gamaknya si gila ini menyimbah asid ke muka orang. Entah apakah yang memberikan kepuasan kepada manusia seperti ini. Aku berdoa, semoga dia akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang sejawarnya supaya kegilaannya berakhir
Gila #2: Cita-cita gila
Wah-wah..semakin berani sebahagian daripada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Astaghfirullah. Nauzubillah. Cukup-cukuplah anak-anak Melayu yang beragama Islam sekarang didedahkan dengan perkara-perkara negatif ketika Islam menjadi agama rasmi. Tidak dapat dibayangkan jika Kristian menjadi agama rasmi bumi Allah Malaysia ini. Aku bukan menentang atau menidakkan pegangan agama orang bukan Islam di muka ini tetapi bagi mereka yang bukan beragama Islam di Malaysia, silalah hormat akan perlembagaan negara yang menyatakan bahawa Islam itu agama persekutuan. Semoga KDN kita lebih tegas dalam mengambil tindakan membendung cita-cita gila ini.

"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam."

wallahuaklam..semoga Allah memelihara umat Islam di dunia ini..insya Allah..


No comments: