Photograph: Esam Omran Al-Fetori/Reuters
Salam untuk semua
Dunia telah digemparkan dengan kematian Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang dikatakan seorang diktator. Maafkan aku sekiranya pengetahuan aku tentang arwah cetek, tetapi aku tidak nampak dimanakah 'kediktartorannya'..mungkin ada pembaca blog ini boleh menjelaskan kepadaku nanti..
Menurut artikel yang aku baca dari Utusan Mingguan, ada beberapa fakta menarik yang membuatkan aku berfikir..mengapa rakyatnya mahu dia mati..berikut adalah fakta2 yang aku petik dari Utusan Mingguan, tarikh 23 October 2011.
1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol dan dimasukkan terus ke akaun masing-masing.
2. Gaddafi dan keluarganya masih duduk di khemah kerana arwah pernah bersumpah selagi tiap warga Libya tidak mempunyai rumah, arwah akan tinggal di khemah.
3.Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.
4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma
5. Rakyat tidak dikenakan sebarang bayaran elektrik
6. Pendidikan percuma untuk semua golongan masyarakat
7. Kemudahan perubatan percuma
8. Pasangan yang baru berkahwin diberikan insentif sebanyak 6000 dinar sebagai insentif perkahwinan
9. Pembiayaan pembelian kenderaan tanpa faedah
10. Sistem pengairan dan saliran yang hebat membolehkan pertanian berskala besar dilakukan untuk mengelakkan rakyat bergantung pada sumber asing
11. Rakyat di Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan rakyat Afrika yang lain
12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu
13. Kadar celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa dari Raja Idris, kadar celik huruf hanyalah 10%
Ini adalah sebahagian dari fakta yang diutarakan. Jika benar fakta ini, maka seharusnya rakyat Libya bersyukur dengan apa yang mereka dapat..mungkin kita tidak berada ditempat rakyatnya, tetapi apakah lagi yang mereka mahukan dalam kehidupan mereka selama ini?
Kasihan arwah..sehingga ke saat aku menaip kandungan blog ini, jenazah masih belum disemadikan malahan dipertontonkan kepada orang awam, seolah-olah seperti barang pameran. Semoga Allah mengampunimu wahai Muammar Gaddafi..alfatihah
2 comments:
saya pun cetek pengetahuan terhadap ghadafi ni...tapi rasanya rakyat Libya termakan Provokasi kot! rakyat Libya tak belajar dari kematian Sadham Hussin.
lihat saja Iraq, selepas Sadham mati, tidak juga Iraq aman
angah..lepas satu2 negara timur tengah jatuh pemimpinnya..apa lagi yang rakyat mereka mahu?
Post a Comment