Sunday, November 13, 2011

Tadika pun convo..:)

Salam
Hari nie hari graduasi Aqif. Setelah dua tahun belajar di Starain kindergarden, Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaiannya..meskipun mungkin tidak sebaik anak orang lain. Hari ini, semasa konsert, Aqif menjadi pelakon utama dalam muzikal drama serta menjadi speaker untuk ucapan alu-aluan. Sama seperti Afiq dulu. Tentang lakonannya, kisahnya berkisar tentang kehidupan keluarga. Seorang anak perempuan meninggalkan keluarga demi mengahwini lelaki idamannya, kemudian sang suami terjebak dengan penyakit angau FB seterusnya mengabaikan keluarga..si isteri lari meninggalkan suami dan anak kerana tidak lagi diperlukan si suami..lalu tinggallah suami melayani kehidupan angau tetapi akhirnya tersedar bahawa dia tidak boleh meneruskan kehidupan tanpa isteri dan anaknya..maka akhirnya mereka pun berbaik-baik semula. Moral of the story..janganlah angau kerana FB..
Pada hari yang sama juga, Afiq turut menerima penghargaan sebagai Pelajar Cemerlang Starain. Alhamdulillah, selepas 2 tahun meninggalkan tadikanya, mereka masih mengiktiraf Afiq sebagai pelajar cemerlang sekolah itu. Syukur sekali lagi..Tahun depan, kami insya Allah akan menonton konsert lagi..kali ini giliran Adriana...
Reserved seats for us sebab Afiq dapat Anugerah Pelajar Cemerlang
Ucapan alu-aluan
Koir
Angau FB-just in the drama
Menari dulu seround
Menerima scroll
Afiq menerima trofinya
Picture tells the story
With Arina, his second cousin
With the teachers.yang mencangkung tu sebok je..tak nyempat2..

Friday, November 11, 2011

Aku, Ana dan keretapi

Salam semua
Aku berjaya pulang ke Ipoh menemui kedua orang tuaku, meskipun Aidiladha sudahpun berakhir..dengan keizinan suami sudah pasti. Walau sekadar sehari semalam, memadai bagi aku untuk memeluk cium mereka setelah hampir dua bulan tidak bertemu. Hanya aku dan Adriana yang pulang ke Ipoh memandangkan Afiq dan Aqif perlu menghadiri persekolahan manakala Afizal tidak mempunyai baki cuti lagi. Perjalanan kali ini aku memilih keretapi. Jimat dan tidak memenatkan..
Tiket perjalanan pergi-Sinaran Utara
Mama and Adriana
Tido sekejap..ngantuk

Clean coach Sinaran Utara
Dah sampai
ETS
Tiket balik - ETS Silver Coach

Jauh lagi perjalanan
Bergambar dengan kenderaan pulang ke pangkal jalan
Sweater matcu..


Saturday, November 05, 2011

Merekalah syurga atau neraka kita..

Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.

“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sebagai contoh mudah, cerita lama si tanggang yang sombong dan mengina ibunya setelah menjadi nahkoda kapal, mendapat balasan dengan ditukar menjadi batu setelah ibunya merintih dan berdoa kepada Allah akan memberi pengajaran kepadanya.

Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian.

Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.

Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)

Menghormati dan berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Kerana itulah, merekalah syurga atau neraka kita..Mak, Ayah..I love you so much..

sumber: http://www.islamituindah.my/berbuat-baik-kepada-ibu-bapa