Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman aka TI Penang merupakan tempat di mana aku mengenalinya. Bermula dengan meminjam baju melayunya untuk tujuan persembahan di Aspuri. Dari situ, bermula persahabatan. Tidak banyak bersuara orangnya tetapi mudah dibawa berbicara. Tenang sifatnya dan murah pula senyumnya. Tetapi dia jangan dicabar marahnya..
Sekian lama tidak bertemu dengannya, di hening subuh 30 Julai 2012, ku terima perkhabaran tentang dirinya. Menyahut seruan Illahi di kala usianya 35 tahun. Tergamam, terkejut, sedih dan hampir aku tidak mempercayainya. Tiada sakit yang dideritai..hanya mengadu sakitnya kepala sebelum pergi menemui penciptanya. Di bulan Ramadhan, sempat menyudahkan kalimah tauhid..betapa Allah memberikan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Ku doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. Teman, semoga dirimu tenang di sana, mengadap Tuhan yang Esa..Selamat jalan Ahmad Hamdan Hashim......
Cempaka di rembulan...
p/s: Kepada kawan-kawan yang ku ambil gambarnya, terima kasih.