Showing posts with label belangsungkawa. Show all posts
Showing posts with label belangsungkawa. Show all posts

Saturday, August 03, 2013

RIP Ah Boon

pic credit to: NST Online,  Hasriyashah Sabudin

Tragic crash: The Proton Perdana which Boon Huat (inset) was driving collided with a water tanker along the Damansara-Puchong Expressway near the Kelana Jaya LRT station.

Pemergianmu menjadi satu kehilangan buat dunia hoki Malaysia. You will be dearly missed ah Boon..:(

Wednesday, June 05, 2013

Hari lahir dan kematian

As salam untuk semua
Hampir sebulan blog tidak diupdate. Hari nie genap seminggu selepas birthday aku yang ke 36 tahun. Syukur kepadaNya yang memberikan pinjaman usia sehingga ke hari ini, jiwa ragaku masih bernafas. Hari ini genap juga seminggu anak kepada sahabatku Hezrin bt Ahmad Nazaruddin pergi menemui Ilahi. Dia pergi ketika berusia 11 bulan. Tiada sebarang sakit, cuma sudah tiba masanya Allah menjemputnya memenuhi syurgaNya. Beruntung mama dan ayahnya kerana putera tercinta mereka sudah selamat berada di sisi Allah yang Esa. Untuk Hezrin, aku dapat merasakan kesedihan dan keperitan itu tetapi aku tidak dapat mencontohi kekuatan dan ketabahan hang dalam menghadapi ujian yang maha hebat ini. Alfatihah untuk Ahmad Iman Haqiqi.
Arwah Ahmad Iman Haqiqi bersama mamanya

Nie sambutan birthday kecil-kecilan dari anak-anak. 



Tuesday, September 25, 2012

Tiada lagi

As salam
Gambar di atas adalah kenangan terakhir bersama arwah Pah. 3 minggu sebelum pemergiannya. Kini, aku tiada lagi insan bergelar opah. Pah telah pergi menemui penciptanya pada 19 September 2012..semoga Allah mengampunkan segala dosa Pah dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Al fatihah untuk Pah..:(

Tuesday, July 31, 2012

Selamat tinggal teman

As salam untuk semua
Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman aka TI Penang merupakan tempat di mana aku mengenalinya. Bermula dengan meminjam baju melayunya untuk tujuan persembahan di Aspuri. Dari situ, bermula persahabatan. Tidak banyak bersuara orangnya tetapi mudah dibawa berbicara. Tenang sifatnya dan murah pula senyumnya. Tetapi dia jangan dicabar marahnya..
Sekian lama tidak bertemu dengannya, di hening subuh 30 Julai 2012, ku terima perkhabaran tentang dirinya. Menyahut seruan Illahi di kala usianya 35 tahun. Tergamam, terkejut, sedih dan hampir aku tidak mempercayainya. Tiada sakit yang dideritai..hanya mengadu sakitnya kepala sebelum pergi menemui penciptanya. Di bulan Ramadhan, sempat menyudahkan kalimah tauhid..betapa Allah memberikan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Ku doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. Teman, semoga dirimu tenang di sana, mengadap Tuhan yang Esa..Selamat jalan Ahmad Hamdan Hashim......




Cempaka di rembulan...

p/s: Kepada kawan-kawan yang ku ambil gambarnya, terima kasih.