Tuesday, September 25, 2012

Tiada lagi

As salam
Gambar di atas adalah kenangan terakhir bersama arwah Pah. 3 minggu sebelum pemergiannya. Kini, aku tiada lagi insan bergelar opah. Pah telah pergi menemui penciptanya pada 19 September 2012..semoga Allah mengampunkan segala dosa Pah dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Al fatihah untuk Pah..:(

Tuesday, September 18, 2012

Hating Islam?

As salam

11 September - Innocence of Muslim - Ngeh Khoo Ham = menanam kebencian terhadap agama suci Allah Islam. Sampai bila agama kita akan dicerca? Sampai bila jiwa muslimin muslimat disagat hiba? Sampai bila? ^_^

Tuesday, September 11, 2012

Afiq is nine

As salam
Permata hati ayah dan mama, Muhammad Afiq Naqiuddin sudahpun berusia 9 tahun. Betapa pantas masa berlalu. Harapan mama dan ayah, semoga Aqif menjadi anak yang soleh, dunia dan akhirat. Cita-cita mama untuk melihat Afiq menjadi seorang ahli tahfiz. Semoga Allah mengkabulkan harapan mama. Mama sayang Afiq, dunia akhirat. Happy birthday sayang...

 Nyawaku..
 The love of my life
 Kek untuk along
 Semoga keluarga kami terus berada dalam kebahagiaan
 Simple celebration for him
Cutting the mocha cheese cake..mama yg request dari ayah

Saturday, September 01, 2012

10 years together

As salam
Syukur pada Allah, kerana mengizinkan ikatan suci ini kekal hingga ke hari ini. 10 tahun berlalu, terlalu banyak kenangan, pahit manis yang mewarnai kehidupanku suami isteri bersama Afizal. Sesungguhnya, masih banyak yang perlu dipelajari dalam meniti kehidupan berumahtangga ini. Perjalananku masih jauh di hadapan. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke jannah dan semoga Allah mengurniakan kami kebahagiaan, rahmat dan restuNya..insya Allah. Khairul Nakia sayang Mohd Afizal bin Jaini..:)