Cuti deepavali, ayah dan mama membawa anak-anak ke birthday party Syafi anak officemate mama. Selesai makan, mama dan ayah bawak pulak ke Sunway Pyramid. Sebagai mak, aku memahami betapa bosannya anak2 tatkala bercuti sekolah tanpa sebarang aktiviti yang menarik. Sebabnya, aku dulu pun macam tu jugak. Kalau sebulan cuti, sebulanlah duduk kat rumah. Dulu takde erti boring2 nie pasal sedar mak ayah tak mampu nak bawak berjalan2..ditambah pulak dengan takde kidzania, legoland mahupun universal studio ketika itu. Nak bawak ke taman DR Seenivasagam pun tak mampu.Sekarang zaman dah berubah. Kalau tak bawak jalan pun, anak-anak ada internet, playstation dan tv berpuluh2 channel. Time aku dulu, takat rtm 1, 2 ngan tv3 je. So, berbalik kepada cerita bawak anak-anak ke Sunway bermain ice skating. Tiket masuk aku empat beranak dalam rm138 termasuk glove 4 pasang dan stokin sepasang. Punyalah mahal. Lepas nie aku rasa mau tahun depan pulak la kut bawak deme main skating lagi. Hahaha..kejam tak..kejam tak...:p
Monday, November 19, 2012
Doa sesama Islam hancur?
As salam semua
Mungkin kita boleh beza atau carikan titik persamaan antara dua tokoh ini..
Sunday, November 04, 2012
PTEC/ Dojo Bowling Tournament
As salam
3 November 2012, satu pertandingan bowling telah diadakan di Peransang Templer Golf Club untuk staf PTEC dan Dojo. 32 orang join main dan sudah semestinya bowling alley di PGTC tu riuh dengan suara kami. Aku berada dalam kumpulan 6 bersama Zaidi, Abang Amran dan Abang Nazli. Entah kenapa, permainan aku memang tak menjadi kali ni. First frame 96, 2nd frame 114 dan last frame 155. Dang..mende tah..saja memang takleh nak dapat better placing. Dapat la no 10.
Price giving ceremony by Mr Selvam, DGM PTEC
Benda dalam beg merah tu..:)
Secara keseluruhan dapatlah kumpulan kami no 6. Teruk kan.Tahapa-hapa tah. Padahal, group aku quite okay gak player-player dia. It was just not our day.
Kumpulan 6 dapat no 6..Abang Amran dah balik sebab anak dah start mengamuk.
Abang Amran yang tak menjadi jugak..spare sampai ke sudah..satu strike pun takde..
Hadiah cabutan bertuah..aku dapat hadiah pedicure set from Mary Kay..confirm Naza sponsor hadiah tu..
Orang kuat project bowling..Ain, Kamal,Naza and Sya
Naza dan Sya
Pinjam anak orang, Kak Id pegang Irfan..Nakia pegang Syafi..
Best tourney ever kata org PGTC sebab semua dapat hadiah..
Ain frust sebab tak strike
Overall it was a great PTEC/Dojo dayout. Terima kasih kepada organizer Kamal, Ain, Sya, Naza dan semua2lah yang terlibat dalam penganjuran game ini. lain kali adakah lagi.
p/s: Picture credit to Naza.
p/s: Picture credit to Naza.
Saturday, November 03, 2012
Kasih tidak kesampaian...
Bila mengetahui sesuatu kebenaran..terpaksa ditelan walaupun hakikatnya sukar dan menyedihkan..hanya Allah yang mengetahui segala-galanya kerana tiada perancangan yang maha hebat melainkan Dia..semoga dirimu bertemu kebahagiaan yang sejati dik...akak doakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)