Wednesday, June 26, 2013

What's My Perodua Story

Saya berada di Perodua baru masuk tahun ke tujuh. Setakat ini, sempat saya menyaksikan pelancaran tiga model baru. Seperti biasa, sebelum satu-satu kereta diberikan nama rasmi, mereka akan diberikan nama samaran dan gelaran itu akan digunakan sehinggalah pelancaran rasmi dilakukan. Diantara nama samaran model-model ini adalah D18d, D52t dan D46t. Semasa projek D18d dan D52t , tiada langsung model-model itu menyentuh perasaan saya untuk meminati mereka. Tetapi, tatkala D46t diciptakan, hati bagai terpanggil-panggil untuk mengintai dan merisik keindahan model tersebut. Sebelum D46t mula dizahirkan di kilang, saya juga turut merisik beberapa model MPV yang lain. Minat saya bermusim. Ketika itu, minat tertumpu kepada MPV. Kebetulan Perodua turut mengeluarkannya. Maka, d46t termasuk dalam model yang akan diperhatikan. Bagaikan seorang penjejak, saya cuba mendapat gambaran awal D64t. Laman Google image menjadi laman layaran utama. Berpandukan kata-kata D46t dijelmakan dengan bayangan Toyota Sette dan Daihatsu Luminas, saya mencari bagaimanakah rupanya permata baru Perodua ketika itu. Setelah ‘trial’ dijalankan, pergi pula saya ke dalam ‘production line’ untuk mengintai kalau-kalau ada rupanya di situ malangnya tiada. Wah, rahsia sungguh ni. Tidak mengapa, saya cuba lain kali ketika masspro baru bermula.
Apabila bermulanya masspro, saya melangkah masuk ke Final Delivery (ketika itu) untuk melihat sendiri D46 yang disebut-sebutkan. Sejurus melihat kelibatnya, reaksi saya bercampur baur. Kadangkala nampak cantik, kadangkala nampak tidak. Depan nampak cantik tapi belakang..alahai..straight dan petak pulak. Tidak mengapalah. Rasanya, perasaan ingin memiliki itu tidak terlalu mendalam dan saya rasakan hampir terpadam. Tidak cukup mempesonakan.
Setahun berlalu selepas D64t dilancarkan. Sepanjang itu, mata sebenarnya melirik-lirik kepadanya. Mulut menafikannya tetapi di hati meronta-ronta untuk memilikinya. Di blog ada entry berkenaannya, di muka buku ada status mimpikan ia. Melihat ia di atas carrier di lebuhraya. Merenung ia dari jendela. Aduh, jiwa saya sudah terpanah. Mungkin ada jodoh saya dengan D46t bilamana November 2010 Perodua mengadakan promosi sempena setahun pelancarannya. Dengan kadar faedah yang rendah, saya membuat perkiraan rasmi dengan jurujual branch Damansara Damai. Pandu uji, bayar ‘booking fee’ dan memohon untuk pembiayaan. Tapi tunggu sekejap, promosi berakhir akhir Disember, pendaftaran kelahiran perlu dibuat sebelum akhir tahun, pembiayaan masih belum lulus..macam tiada harapan untuk memiliki nampaknya. Kecewa. Tak mengapalah duhai hati, semasa pandang pertama dulu dirimu menafi..maka tidak perlu gusar dihati jika tidak dapat memiliki.
Akhir November 2010, panggilan dari pembiaya. Permohonan anda lulus..yeay..gembira. Cuma, ada lagi satu halangannya. Bayaran pendahuluan. Hasrat tertangguh lagi. Saya tiada simpanan sebanyak yang diminta. Wahai kakak jurujual, saya dan kakak perlu bersabar sehingga akhir bulan Disember jua. Bonus 2010. Dalam hati berdoa setiap hari, agar bonus diperolehi sebelum hari dan jumlahnya biarlah memadai. Alhamdulillah, sudah tiba hari yang dinanti. Jumlah bonus menyusut dalam sehari. Bayaran pendahuluan telah diberi. Cuma menunggu menemui buah hati. Tapi..ada tapi lagi. Surat berdaftar dari Ipoh belum kembali. D46t dan saya didaftarkan senegeri. Masa berbaki 3 hari dari tarikh yang perlu dipatuhi. Sempatkah?
29 December 2010, kakak jurujual menelefon. “Adik, kakak bawak kereta kau pergi tinted. Cuci. Buat no plate. Nanti dah siap kakak call kau ok?” Yeayyyyyyyyyyyyyyy….”Ok kak, saya pergi beli barang dulu. Nanti dah selesai, saya pergi ambil ye kak?” Jam 8.00pm, 29 December 2010, buat pertama kali ( benarkah pertama kali) aku melihat buah hatiku. Terparkir indah AHJ6569 dan berakhirlah penantian dan igauan saya yang terpendam bermula setahun yang lepas. Esoknya, Kirana – nama panggilan saya padanya diuji kelasakan mendaki Bukit Fraser. Bahagia. D46t model apa? Oh ya, dialah Alza, model ke 8 kesayangan Perodua dan belahan jiwa saya. I love you my Alza Kirana..:)
 
Alhamdulillah, cerita ini memberikan kemenangan tempat ke 9 di antara 10 pemenang. Jadilah kan..:)

2 comments:

Hanim Salleh said...

mmg best... mmg patut menang. congratz :D

kirana nakia said...

Alololo..biasa2 je kak nim..ahaks..