Salam to all
This is one of the article wrote by Ustaz Mohd Zawawi Yusoh extracted from Harian Metro dated Mac 20, 2009. Just to share with the readers..
Antara manusia yang mendapat doa malaikat adalah
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
5. Orang yang mengaminkan bacaan al-Fatihah oleh seorang imam. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Sabda Rasulullah (SAW): Jika seseorang imam membaca al-Fatihah hingga selesai, ucapkanlah kamu ' amin' kerana sesiapa ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikaat, dia akan diampuni dosanya yang lalu
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
7. Orang yang bersolat Subuh dan Asar secara berjemaah
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
10. Orang yang sedang makan sahur
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit
Rasul (SAW) bersabda - Tidaklah seseorang mukmin menjenguj saudaranya kecuali Allah mengutuskan 70000 malaikat untuknya yang berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh
Semoga kita mendapat keberkatan doa dari malaikat...
No comments:
Post a Comment