Saturday, January 07, 2012

Tahun ni semua sudah....

Salam semua
Tahun 2012 menyaksikan ketiga-tiga permata hatiku bersekolah. Along dah darjah 3, jadi librarian dia tahun nie..ironi rasanya bila si beret banyak cakap menjadi librarian..moga-moga dia boleh cope dengan tanggungjawabnya.
Along dengan librarian suit
Angah..masuk darjah 1 dah. Sekejap je dia dah bersekolah kebangsaan. Petang, seperti Along, dia akan ke sekolah agama. Petang tadi, semangat dia memberitahu dia dilantik menjadi ketua kelas bagi sekolah agama. Tahniah nak..
Angah dengan uniform standard one...serba serbi baru
Adriana..dah masuk kindergarten. Sekolah Starain, sekolah lama abang-abangnya. Cuma yang tak bestnya, dia kena masuk ke cawangan Saujana. Abang-abang dulu cawangan Bayu. Aku prefer Bayu sebab dekat sikit dengan rumah dan persekitaran tu rasanya lebih selamat. Tapi takpe, cikgu-cikgu Starain memang boleh diharapkan. Dan seperti Along dan Angah, Miss Chan bagitau, dia leader. :) Outstanding anak-anak..macam mama dia..bukan isi bakul angkat sendiri tapi hakikatkan..
Comel rasanya bila dia memakai uniform kindergartennya..
Rasanya tahun nie perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak adalah yang paling mahal. Yuran, pakaian sekolah, beg, alat tulis, buku dan segala-galanyalah...Subhanallah..aku bersyukur, sekurang-kurangnya Perodua memberi bonus kepada pekerjanya diakhir tahun, disaat ia amat diperlukan untuk persekolahan anak-anak. Ketika ini, aku memikirkan bagaimanakah agaknya keadaan mereka dari keluarga yang susah, tidak berkemampuan, tiada bonus dan anak-anaknya ramai yang bersekolah. Didalam keadaan yang aku masih mampu pun aku mengeluh dengan jumlah wang yang perlu aku keluarkan, apatah lagi mereka..Ya Allah, mereka dikurniakan kesabaran yang maha tinggi untuk mereka harungi kesulitan itu..syukur juga pada Allah melalui rezekiNya yang disampaikan menerusi skim bantuan rm100 setiap pelajar. Sekurang-kurangnya ringan beban keluarga ini. Disaat ini juga, aku terkenangkan ayah dan mama, yang bersusah payah menyekolahkan kami 5 beradik dengan pendapatan yang tidak seberapa...aku rasa, inilah yang menyebabkan aku sebak dihari pertama persekolahan anak-anak. Terima kasih ayah dan mama. Untuk anak-anak mama, Afiq, Aqif dan Adriana, mama sentiasa mendoakan anak-anak mama menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat..insya Allah..Tuhanku, perkenankanlah!

2 comments:

Hanim Salleh said...

comei anak2 nakia :D

kirana nakia said...

thanks kak Nim..yours insya allah will too..:)