Salam semua
12-14hb Januari aku dan suami terbang ke Jogjakarta. Ya, ia adalah percutian yang sangat singkat. Terbang dengan syarikat 'sekarang semua orang boleh terbang' dengan tambang pergi dan balik berdua tanpa luggage sebanyak rm70. Murah kan! Berkat usaha. Perjalanan bermula jam 7.00am dan sampai di Jogja jam 9.30am (waktu tempatan) atau 10.30am waktu Malaysia. Antara Indonesia dan Malaysia, beza masa adalah selama sejam. Kami tiba di lapangan terbang Adisujipto dan dijemput oleh pak supir bernama Pak Ari. Kami dibawa terus untuk check-in di Merbabu Hotel yang aku beli melalui Agoda.com. Hotel tu tak layak pun digelar hotel. Takat taraf rumah tumpangan je di Malaysia ni. Harga RM148 untuk dua malam, termasuk la breakfast yang hanya roti telur dengan air kopi. Hotel tu dipilih kerana ia sangat berdekatan dengan Malioboro, bandar Jogjakarta. Setelah menyimpan bag, kami meneruskan perjalanan pertama ke Istana Kraton. Ini merupakan istana kesultanan Jawa, Sultan Hamengkubowono. Pada mulanya aku menyangkakan ia seperti Istana Seri Menanti atau Istana Kenangan yang tidak lagi dihuni tetapi sebenarnya ia masih menjadi tempat bersemayam Sultan Hamengkubowono yang ke 10. Pekerja-pekerjanya ramai yang tua-tua. Tour guide aku sendiri rasanya lagi tua dari mama aku. Di istana ini, terdapat banyak kawasan2 yang dibahagikan mengikut upacara tersendiri seperti balai adat, balai muzik, balai mengadap, balai harta dan macam2 balai lagilah. Balai polis takde ye..Di situ, banyak juga harta pusaka milik peribadi sultan ditunjukkan. Dari kain batik, ke kamera lama, ke dapur tempat masak hinggakan gambar keluarga sultan. Berdasarkan penceritaan opah tour guide tu, sultan ke 9 adalah sultan yang paling disayangi rakyat sebab almarhum baginda adalah seorang yang sangat berjiwa rakyat. Sebahagian harta baginda diserahkan kepada pemerintah untuk pelbagai tujuan seperti pejabat kerajaan, sekolah, rumah sakit dan rumah untuk rakyat. So, sememangnya almarhum layak disayangi dan ditangisi pemergiannya oleh jutaan rakyatnya.
Kawasan Istana
Tengok lock pintu tu..besar gila..klasik
Koleksi kamera baginda sultan H ke 9
Saat kematian Sultan ke 9
Setelah selesai melawat Istana Kraton, kami bergerak ke Water Castle atau Istana Air. Ia dikatakan sedemikian kerana ia merupakan tempat raja dan selirnya bermesra di dalam air. Terdapat 3 kolam yang menjadi tempat bermandi manda selir2 serta anak2 raja ini. Dari satu bilik, raja akan membaling bunga dan direbut oleh selir2 tadi. Barangsiapa yang berjaya mendapatkannya, maka berlakulah adegan seterusnya..paham2 sendiri je la. Di situ juga terdapat kota pertahanan dari serangan musuh. Terdapat juga masjid bawah tanah yang dibina di situ.
Istana Air..itulah bilik rajanya
Jalan menuju ke masjid bawah tanah..lihat curve yang berbentuk kubah itu
Bangunan pertahanan
Ini asalnya adalah dermaga kapal berlabuh
Selepas menghabiskan masa di Istana Air, kami bergerak ke tempat pembuatan silver. Seperti biasa, kalau kita hired supir, memang dia akan membawa kita ke tempat2 sebegitu. Walaupun aku boleh decline, tapi since Jogjakarta tu tak berapa byk sangat attraction dia..maka tempat tu pun pergi. Nama tempat tu Kota Gede. Semestinya aku tak beli apa sebab takde yang berkenan. Ditambah aku nie bukanlah spesis yang gemarkan barang kemas. Sebelum masuk ke kedai tu, kami makan tengahari di restoran yang berdekatan dengan tempat silver tu. Bila makan di tempat orang yang tak biasa kita pergi, aku agak skeptikal dengan menu-menunya. So, aku order benda-benda yang macam biasa makan kat Malaysia juga. Aku dah lupa apa nama masakannya tapi yang nyata aku makan sotong a.k.a cumi. Afizal makan fish fillet kut. Isk..lupa ingatan sungguh aku. Risau jugak kami kalau-kalau harganya mahal, but not bad harganya sebab restoran tu boleh kira elit jugak la. Jumlah harga makanan kami adalah IDR 135000. nah, amik. makan berdua sampai beratus2 ribu. Boleh buat kenduri kat Malaysia kalau makan harga ratus-ratus ribu tu. Hahahha
Nama restoran tu
Potato chip untuk alas perut
Nampak esklusif kan!
Selesai makan, kami pun bergerak ke tempat menjual barang kulit pulak. Nama tempatnya Manding. Hmm..kat sini memang heaven barang kulit. Harga juga not bad. Handbag, jaket dan kasut punya belambak kat sini. Nak beli2 tu semua pun aku pikir dua kali. Sebab kalau nak beli handbag, tak guna sangat..keje kilang la katakan. Nak beli kasut, dah banyak rasanya. Jaket kulit? iskk...bukan minah rempit la..lainla kalau ada er6f sebijik, memang angkat sehelai punya. Afizal beli la kasut, tali pinggang and topi. Harga tiga barang tu tak sampai pun seratus ringgit duit Malaysia. Worth for money.
Ok, after done with Manding dan barangan kulitnya, kami meneruskan perjalanan ke pantai peranginan Parangritis. Asalnya hendak menyaksikan 'sunset'. Hmm..pantainya tak seindah yang disangkakan. Tempat tu agak tidak bersih. Mungkin disebabkan kawasan nelayan menaikkan bot mereka. Pasir pantainya hitam tetapi halus. Ombaknya sangat ganas. Kalau surfing mungkin sesuai tapi tidak untuk mandi manda. Kami pun tidak lama di situ. Dalam sejam mungkin. Lepas bergambar, kami terus balik ke hotel. Sunset? Tinggal dalam itinerary je sebab cuaca mendung. Matahari pun dah selamat set sebelum waktunya.
Tengok ombaknya
Ombak dia tinggi bergulung tapi gambar nie dia dah turun dah
Tak timbul takyah pi tulung ka?
My soul mate yang kacak (at least for me)
Me la
Sampai hotel, mandi-mandi..landing jap..huhuhu..penat sangat rasanya. Malam dalam jam 8.30pm kami berdua keluar ke Jalan Malioboro (bukan malboro tau) untuk makan dan melihat2 apa yang boleh dibeli sebagai token kenangan. Orang memang ramai. Kami makan bakso. Pastu abang beli lagi makanan. Tengok gambar. Kat situ, ada group of teenagers yang main muzik. Instrument sangat klasik. Angklung antaranya. Ada juga macam buskers tapi dia main kat tempat makan. Orang buta menyanyi pun ada. Sorry to say, orang buta kat Malaysia menyanyi mungkin suara tak seberapa, tapi kat sana, orang buta yang menyanyi macam artis..sedap suaranya. Kalau nak hulur duit pun macam tak ralat. (no harsh ya). Di sepanjang jalan Malioboro tu banyak beca dan kereta kuda. Tapi aku tak naik pun. Kalau beca, charge cuma 5000 rupiah. Murah kan..rasa kesian pulak dengan cara diorang earn for leaving. Nak kena ada berapa puluh trip baru nak berbaloi..:(
Putu buluh, lumpia
Sedap budak-budak nie nyanyi, walaupun lagu Jawa yang aku tak paham
Konsep kedai makan duduk bersila yang takde kat KL aku rasa
Lepas makan-makan dan jalan-jalan, kami balik semula ke hotel. Gambar hotel memang tak snap pun. Yang ada pun cuma signboard dia je..hikhikhik
Sekian untuk bahagian pertama. Esok-esok sambung cerita lagi. Mau full view of gambars, silakan ke facebook yek.. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150498293597361.370097.653837360&type=3
4 comments:
best nya nakia jejalan!!!!! biler lah akk nak jalan jauh nih :D hepi for u dear :D
Kak nem..nanti baby SRK dah besar bolehla..hihihi...Nakia pun since 3A dah besar baru leh gie jalan2..thanks kak Nem..
:D SRK boleh jalan jauh umur 2 tahun jer kata ayahnya :D Dia kata kalau akk nak jalan kena cari geng n jalan sendiri n biar dia jaga baby ...alahai ... caner nak tinggalkan sikenit tu
Masa tu pun tak sampai hati nak tinggalkan..percayalah..tu sebab nakia jalan bila bebudak dah besar
Post a Comment