Monday, December 22, 2014
Skill Contest 2014
Tidak ku sangka, Skill Contest 2014 adalah tugasan terakhir untukku di DDE. Semoga selepas ini, coordinator baru akan lebih hebat dan untuk adik-adik Skill Contest ku, semoga menjadi pekerja contoh kepada pekerja-pekerja lain di production nanti..:)
Saturday, October 11, 2014
Belated post Padang-Bukit Tinggi 7-10 May 2014 part 2
As salam
Entry ini bersambung setelah 2 bulan tersadai. OK selepas kami lepak di Sungai Landia, kami menyambung perjalanan ke pekan Bukit Tinggi. Lubang Jepang. Pemandangan sebelum masuk ke lubang Jepang tu sangatlah awesomenya. Grand Sianok Canyon. Masa mula-mula sampai memang speechless sangat. Sungguh memang tenang betul situ.
Selpot depan entrance
Sebelum masuk ke Lubang Jepang ni mesti ada penerangan dulu.
Orang bagi explanation, aku sibuk selfie. Tetiba jadi ratu selfie di sana.
Kami habis lawatan kat situ dalam lebih kurang jam 4 lebih. Kami kemudian bergerak ke Pasar Atas, tempat menghabiskan duit. Sebelum masuk pasar tu, kami amik gambar kat mercu tanda BUkit Tinggi. Apa lagi kalau bukan Jam Gadang.
Tengok tu, gaya jalan pun tau dia dah tak sabo
Nie bilik hotel kami. Hotel Campago namanya. Memang selesa la hotel dia.
Pemandangan di waktu pagi, dah syuruk kut masa nie
Hotel Campago view
Hari ketiga. Pagi-pagi kami keluar dari hotel untuk pergi ke destinasi berikutnya. Sebelum sampai, kut manapun kami mesti kena pergi tempat yang kena keluar duit. Punyalah dasyat industri pelancongan di Indonesia nie, tempat orang jual kerepek pun boleh jadi. Cer tengok tu, ada orang nak merasa buat. Baru dia tau yang benda yang dia pegang tu berat.
Dah habis sesi beli kerepek bagai, kami bergerak ke kedai Hajah Rosma yang terkenal dengan pusat tenunnya. Aku seperti biasa memang pergi tengok je la. Kain sepasang pun harga dekat rm500..apakah..tapi ye la..memang cantik kain2 kat situ. Aku keluar duit jugak kat situ, tapi beli lepat, baru kuar periuk, pergh..memang sedap..
Aku tak pasti apa nama tempat nie..
Finally, kami bergerak ke destinasi yang aku suka. Istana Pagar Ruyung yang terletak di Batu Sangkar. Baru la aku terperasan yang lagu Ayam den lapeh tu menyebut nama2 tempat yang ada di Padang nie. Perjalanannya ya amat le jauh. Naik turun bukit, lalu tepi bendang. Sampai tertido-tido dalam bas. Bila bukak mata, tak uga sampai-sampai. Bila sampai, masya Allah, panasnya cuaca. Betul-betul hangit. Tapi demi menyaksikan keindahan bangunan yang jadi kebanggaan warga Padang, aku gagah juga. Amik gambar dalam keadaan matahari terik.
Here we are at Istana Pagar Ruyung
Dalam istana |
Difahamkan Istana nie sudah 3 kali terbakar. Yang pastinya pada tahun 2007, ia terbakar kerana disambar petir. Mungkin juga struktur binaannya dari kayu menyebabkan ia mudah terbakar. Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi api yang menyambar kerana senibina seindah ini akan memakan billion rupiah untuk pembinaan semula. Silap haribulan, tak bina dah sebab kos terlalu tinggi.
Gambar ini menunjukkan sebuah surau yang dikatakan tidak terbakar walaupun istana yang terbakar berada tidak sampaipun 3 meter
Balik dari istana tu, kami teruskan perjalan ke tempat yang namanya Pandai Sikek. tempat ni pun ada dalam lagu Ayam den Lapeh tu. Sebelum tu, kami singgah kat tepi tasik Singkarak. Releks jap. Memang tak buat apa pun kat situ. Lepak je. Masa tu juga la aku terkenang Adriana yang tengah undergo minor operation sebab patah tangan. Adoi, apalah hikmahnya anak aku ni kena kemalangan time-time aku takde dengan depa. Agaknya, Allah nak bgtau, yang walaupun mama takde, ayah still kan be a super dad..uruskan anak..:)
Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek. Time nie cuaca dah sedikit tenang dan dingin. Kat situ memang cool je tempatnya. Kat sini seperti biasa, tempat menghabiskan duit juga. Hehe..aku seperti biasa, masih terselamat.
Settle kat sini, kami pun gerak balik hotel. Masa untuk berkemas sebab esok, pagi2 dah kena check-out.
So inilah gambar terakhir kami di Padang. Flight delay dekat sejam jam. OK fine. dah la air pun takde..semua dah buang masa nak check-in. So, tunggu dalam flight je la nak minum. Sekian cerita percutian di Padang bersama kakak ipar.
Cerita nie tak complete sebab aku dah lupa banyak kronologinya..hahah..tu la..siaran tertunda memang camtu..:p
Saturday, August 09, 2014
Belated post- Padang-Bukit Tinggi Indonesia 7-10 May 2014
As salam semua
Lama dah tak update blog. Banyak sebenarnya boleh cerita but malas je. Oklah, tanpa lengah masa. Jom ke story tumpang tengah rajin nie.
Padang Bukit Tinggi. Bukan ..bukan kat Pahang tapi kat Indonesia. Ini semua kakak ipor punya ajakan. Aku sebenarnya tak minat pergi sana sebab pada aku macam takde apa je yang menariknya. Dah lama kakak ajak, aku ingat dari tahun lepas ke apa tapi aku tak minat. Memang murah dalam rm1000 termasuk tempat tinggal, makan dan transport selama 4 hari 3 malam. Lagipun aku baru je lepas plant shutdown seminggu, nak mintak cuti lagi dengan boss agak segan le jugak. Memandangkan kakak takde teman tido, aku ikut la..tapi kak sponsor sikit pastu bayor dulu separuh. Siap ada instalment tau..hahah..dah kakak ajak kan..hehehe..ala, banjer luggage je rm50. Balance aku bayar sendiri gak. Nak mintak permission dari bos punyalah segan. Aku wassap je boss, tanya nak cuti 7-9 May boleh dak..lambat jugak dia reply tapi nasib reply dia "ok. boleh." Terus forward kat kakak. sepantas kilat dia membooking tempat untuk aku. Kakak datang dari Kulim bersama rombongan. Aku gerak dari sini la. Abang hantar ke OU kul 4.15am. Naik bas dari sana ke LCCT.
7/5/2014 ( birthday kawan aku Hezrin nie) -flight kul 7.50am. Sampai sana 8.50am. Sampai sana alahai kecik tomey je airport. Lepas check imigration, kami pun naik la bas midi pariwisata..hehe..sempat selfie depan airport. Seni bangunan dia.
7/5/2014 ( birthday kawan aku Hezrin nie) -flight kul 7.50am. Sampai sana 8.50am. Sampai sana alahai kecik tomey je airport. Lepas check imigration, kami pun naik la bas midi pariwisata..hehe..sempat selfie depan airport. Seni bangunan dia.
Dari airport, rombongan Cik Kia bergerak ke arah yang sepatutnya iaitu restoran. Nama restoran tu Rumah Makan Lamun Ombak. Sorry aku takde gambar restoran nie tapi nie amik dari google image. Aku rasa mungkin restoran ini adalah restoran yang famous untuk tourist yang ke Padang sebab banyak ke bas/ mpv yang berhenti kat situ. Agaknya kautim jugak la kut dengan pengusaha-pengusaha pelancongan di sana. Win-win situation.
Aku yang dah kenyang sebat maggi yang harganya rm6 atas flight terpaksa akur dengan kekenyangan tangki 1.5 ku. Maka di rumah makan itu aku hanya menjamah agar-agar betik dan tauhu goreng. Sedap boleh tahan juga agar-agar tu sebab tak pernah jumpa kat Malaysia ( aku ler, orang lain aku tak pasti). Cuma makanan bergoreng kat sini aku kurang suka sebab aku rasa minyaknya sort of hapak. Aku ler, orang lain aku tak pasti jugak, Tapi aku tengok geng lain sebat semacam je. Lapor gamaknya.
Tu la rupanya agar-agar betik tu. Sedap.
Yang nie murtabak Mesir yang hanya ada kat Padang. Kat Mesir kata tourist guide tu takde. Besar sebenarnya murtabak tu. Besar buku latihan budak sekolah tapi ni dah potong kecik-kecik.
Selepas makan, kami meneruskan pula perjalanan ke hotel tapi sebelum sampai ke hotel, banyak la persinggahan kami. So persinggahan kedua kami adalah Air Terjun Lembah Anai. Air dia betul2 sejuk. Tenang je. Dan sangat cantik pemandangannya. Subhanallah, ciptaan Dia memang sangat indah. Tiada siapa yang mampu melakukan serupa apa yang dilakukanNya. Kawasan ini takde orang mandi tapi kat hilirnya ada.
Kalau dah guna handphone, memang tak lawa la gambarnya.
Selesai menikmati pemandangan di sini selama 20 minit, kami meneruskan perjalanan. Kali ni, destinasi yang menjadi pusat persinggahan adalah pusat sulaman. Kedai kain baju la. Aku rasa macam tak best pulak sebab awal-awal lagi dah pergi tempat shopping. Boringnya. Tapi dah majoriti yang datang memang orang suka shopping..(kalau tak, takkan depa nak datang Padang ye dak) layan je la. Aku tak beli apapun kat kedai ni masa nie. Sebab ye la, dah la ada lagi 3 hari nak survive kat Indonesia nie. Kang duit habis tak pasal-pasal pulak kena pinjam ngan orang. Isk..takmola gitu kan.
Ada lagi kedai kain baju yang jadi tempat berhenti rombongan ni tapi aku tak ambil gambar sebab macam takde erti pada aku. Kedai yang nie aku snap sebab it was the first shop yang kami singgah. Lepas habis singgah-singgah, sampai masa untuk ke hotel. Oleh kerana risaukan kami kepenatan dan lama menunggu di restoran, makanan kami dibungkus seperti di bawah. Kami ingatkan yg nasi tu dicampur sekali tetapi rupanya dia asingkan setiap lauk. Nasinya masya Allah punyalah banyak. lepas bahagi dua pun banyak lagi. Mula2 pakat dengan kakak, habiskan sikit je takut malam lapor tapi sudahnya tak makan pun Sebabnya..pergi jalan-jalan kat sekitar hotel.
Dah cerita pasal hotel? Oh, belum yek. Takdelah menarik sangat nak cerita pasal hotel. Cuma nama hotel yang kami tinggal untuk semalam itu adalah hotel Nuansa Maninjau. Tempat memang kelas. Dekat dengan tasik Maninjau. Sejuk betul tempat nie. Memang tak ada aircond mahupun kipas dalam bilik tu. Penat punya pasal, lupa nak snap gambar bilik.
8/5/2014 - Hari kedua
Gambar di bawah nie pulak adalah Tasik Maninjau namanya. Salah satu tasik yang terbesar di Padang. Luasnya tasik ini dikatakan dapat dilihat dari atas flight. Fakta tentang Tasik Maninjau nie aku Google. Harap-harapnya betullah.
- Lake Maninjau is a caldera lake in West Sumatra, Indonesia. It is located 36 km to the west of Bukittinggi, at 0°19′S 100°12′E / 0.317°S 100.200°E.Wikipedia
- Surface elevation: 1,506' (459 m)
- Area: 38.42 sq miles (99.5 km²)
- Length: 9.942 miles (16 km)
- Width: 4.35 miles (7 km)
- Mean depth: 344' (105 m)
Kalau terlewat sikit dalam 5 minit, aku rasa aku tak dapat melihat pemandangan Tasik Maninjau dari anjung hotel. Masa ini awal pagi, baru jam 7 lebih. Awan sudah mula berarak menutupi kawasan tasik. Pemandangan dia memang sangat cantik.
Satu kelainan yang aku nampak di Padang ini adalah peniaga-peniaga kecil dibenarkan meniaga di sekitar kawasan hotel. Pada aku, aktiviti ini sangat baik bagi menjana pendapatan peniaga-peniaga kecil..(kecil ke? entah2 kaya raya..huhuhu). Pada hari ini juga kami check-out dari Hotel Nuansa dan akan check-in kat hotel lain pulak di Bukit Tinggi.
Kalau tengok memang boleh rambang mata dibuatnya
Kelihatan kekandaku sedang mentawarkan harga utk barang yang hendak dibelinya
Kami meninggalkan hotel Nuansa lebih kurang dalam jam 9.00 pagi. Destinasi pertama untuk hari kedua adalah ke rumah HAMKA. Allahyarham HAMKA adalah seorang ahli akademik yang sangat ulung, warak dan sangat dihormati bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia. Perjalanan ke rumah HAMKA dari Nuansa perlu menuruni jalan yang bengkang bengkok, lagi evil dari jalan nak naik ke Cameron atau Fraser Hills. Ada 44 lekuk jalan tu dan disebabkan ada 44 lekuk tu la jalan tu dipanggil keluk 44. Apabila tiba di rumah HAMKA, kami diberikan taklimat ringkas tentang sejarah dan latar belakang beliau dan orang yang bertanggungjawab menceritakan tentang suka duka perjalanan HAMKA adalah anak saudara beliau sendiri.
Teringat nak capture yang dah no 24. Rasanya ada amik no 1 tapi tah ke mana..terdelete kut
Love this one so very much..
Tasik Maninjau
Surau yang digunakan oleh Allahyarham HAMKA untuk kegiatan beliau
Orang tua yang duduk di atas kerusi itulah anak saudara HAMKA
Baju konvokesyen dari UKM
Selfie depan rumah kelahiran HAMKA
Kehidupan penduduk tempatan adalah pertanian.
Saujana mata memandang
Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi juga kami singgah di tempat bernama Sungai Landia yang bererti landai. Kami minum cappucino kat situ, sedap tapi manis sangat. Layan je la. Minum kopi di tempat yang dingin. Memang terbaik la.
Lepas releks kat sini dalam 1/2 jam kat situ, kami pun meneruskan perjalanan. Ke mana, tunggu sambungan next entry sebab entry ni dah berjela sangat rasanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)