Saturday, October 11, 2014

Belated post Padang-Bukit Tinggi 7-10 May 2014 part 2

As salam
Entry ini bersambung setelah 2 bulan tersadai. OK selepas kami lepak di Sungai Landia, kami menyambung perjalanan ke pekan Bukit Tinggi. Lubang Jepang. Pemandangan sebelum masuk ke lubang Jepang tu sangatlah awesomenya. Grand Sianok Canyon. Masa mula-mula sampai memang speechless sangat. Sungguh memang tenang betul situ.

 
 
 

 Selpot depan entrance
 Sebelum masuk ke Lubang Jepang ni mesti ada penerangan dulu.
 Orang bagi explanation, aku sibuk selfie. Tetiba jadi ratu selfie di sana.
 


Kami habis lawatan kat situ dalam lebih kurang jam 4 lebih. Kami kemudian bergerak ke Pasar Atas, tempat menghabiskan duit. Sebelum masuk pasar tu, kami amik gambar kat mercu tanda BUkit Tinggi. Apa lagi kalau bukan Jam Gadang.





 Tengok tu, gaya jalan pun tau dia dah tak sabo

 Nie bilik hotel kami. Hotel Campago namanya. Memang selesa la hotel dia.
 Pemandangan di waktu pagi, dah syuruk kut masa nie
 Hotel Campago view
 
Hari ketiga. Pagi-pagi kami keluar dari hotel untuk pergi ke destinasi berikutnya. Sebelum sampai, kut manapun kami mesti kena pergi tempat yang kena keluar duit. Punyalah dasyat industri pelancongan di Indonesia nie, tempat orang jual kerepek pun boleh jadi. Cer tengok tu, ada orang nak merasa buat. Baru dia tau yang benda yang dia pegang tu berat.

 Dah habis sesi beli kerepek bagai, kami bergerak ke kedai Hajah Rosma yang terkenal dengan pusat tenunnya. Aku seperti biasa memang pergi tengok je la. Kain sepasang pun harga dekat rm500..apakah..tapi ye la..memang cantik kain2 kat situ. Aku keluar duit jugak kat situ, tapi beli lepat, baru kuar periuk, pergh..memang sedap..



 Aku tak pasti apa nama tempat nie..
 Finally, kami bergerak ke destinasi yang aku suka. Istana Pagar Ruyung yang terletak di Batu Sangkar. Baru la aku terperasan yang lagu Ayam den lapeh tu menyebut nama2 tempat yang ada di Padang nie. Perjalanannya ya amat le jauh. Naik turun bukit, lalu tepi bendang. Sampai tertido-tido dalam bas. Bila bukak mata, tak uga sampai-sampai. Bila sampai, masya Allah, panasnya cuaca. Betul-betul hangit. Tapi demi menyaksikan keindahan bangunan yang jadi kebanggaan warga Padang, aku gagah juga. Amik gambar dalam keadaan matahari terik.



Here we are at Istana Pagar Ruyung


Dalam istana
Difahamkan Istana nie sudah 3 kali terbakar. Yang pastinya pada tahun 2007, ia terbakar kerana disambar petir. Mungkin juga struktur binaannya dari kayu menyebabkan ia mudah terbakar. Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi api yang menyambar kerana senibina seindah ini akan memakan billion rupiah untuk pembinaan semula. Silap haribulan, tak bina dah sebab kos terlalu tinggi.
 Gambar ini menunjukkan sebuah surau yang dikatakan tidak terbakar walaupun istana yang terbakar berada tidak sampaipun 3 meter
Balik dari istana tu, kami teruskan perjalan ke tempat yang namanya Pandai Sikek. tempat ni pun ada dalam lagu Ayam den Lapeh tu. Sebelum tu, kami singgah kat tepi tasik Singkarak. Releks jap. Memang tak buat apa pun kat situ. Lepak je. Masa tu juga la aku terkenang Adriana yang tengah undergo minor operation sebab patah tangan. Adoi, apalah hikmahnya anak aku ni kena kemalangan time-time aku takde dengan depa. Agaknya, Allah nak bgtau, yang walaupun mama takde, ayah still kan be a super dad..uruskan anak..:)
Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek. Time nie cuaca dah sedikit tenang dan dingin. Kat situ memang cool je tempatnya. Kat sini seperti biasa, tempat menghabiskan duit juga. Hehe..aku seperti biasa, masih terselamat.
Settle kat sini, kami pun gerak balik hotel. Masa untuk berkemas sebab esok, pagi2 dah kena check-out.
 
So inilah gambar terakhir kami di Padang. Flight delay dekat sejam jam. OK fine. dah la air pun takde..semua dah buang masa nak check-in. So, tunggu dalam flight je la nak minum. Sekian cerita percutian di Padang bersama kakak ipar.
Cerita nie tak complete sebab aku dah lupa banyak kronologinya..hahah..tu la..siaran tertunda memang camtu..:p

1 comment:

Please enjoy your trip with Kita Holidays Indonesia said...

Asslamualaikum Tuan/Puan.

Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Our motto : We serve you with heart

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )