Wednesday, September 29, 2010
Starain Kindergarten Concert
Salam
Last weekend 26th September 2010, Aqif had his concert day at Dewan Alwy, FRIM. He was involved in dancing with Oh Suzana by late M Osman as the background music. He was so reserved when asked about the steps. We only had the chance to see him dancing on the day itself. So cute..hihihi..
Sunday, September 26, 2010
Tidak sengaja
Salam
Gambar di atas menunjukkan aku dan kengkawan aku beraya di rumah Hezrin. Kecuali Hezrin dengan Helmi, yang lain dah dekat 16 tahun tak jumpa. Masing-masing dah berubah..:). Memang aku tak jangka nak jumpa diorang, sebab aku pergi pun dah lewat. Aku excited sampai tak teringat nak tanya yang lain kerja kat mana except for Pidah..kerja SKMM..suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia..tapi for sure, diorang semua berjaya..short meeting tapi aku rasa satu hari kena organize gak untuk meet up with the rest yang ada kat area Lembah Klang nie..Insya Allah
Tuesday, September 21, 2010
Berakhirkah penderitaan itu?
Salam
Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita yang pada aku sangat menyedihkan. Aku rasa, bukan aku sahaja yang berasa sedih..tetapi yang membaca blog aku juga mungkin berasa yang sama..Runtuhnya masjid Allah..bukan masjid rumah Allah tetapi rumahtangga. Rakan aku, seorang perempuan yang aku namakan In merupakan seorang isteri yang baik dari pandangan mata aku. Ya, aku tidak tinggal serumah dengannya tetapi berdasarkan persahabatan kami, aku dapat rasakan In memang seorang isteri yang tidak ada cacat cela yang 'major'. Sebagai manusia, tidak ada yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. In adalah seorang wanita yang berkerjaya. Mempunyai pendapatan yang agak lumayan dan berkarisma, dia sanggup meninggalkan kesemuanya apabila bernikah dengan lelaki pujaan hatinya. Menjadi suri rumahtangga, masanya hanyalah untuk suami dan anak-anak. Tidak ada istilah keluar berjumpa teman-teman apatah lagi menyebut untuk bekerja bagi membantu suaminya kerana perkara-perkara itu merupakan JANGAN dan TIDAK BOLEH baginya. Sebagai isteri, In akur dan meneruskan kehidupan bersama suaminya lebih dari 10 tahun. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari..kecurangan sang suami membuatkan In tekad untuk mengakhiri segalanya. Bukan tidak pernah diberi peluang, tetapi kecurangan yang berulang kali menyebabkan In tidak mampu membendung lagi perasaannya..aku faham, sebagai isteri, aku juga tidak mampu menghadapi situasi itu..ya..KECURANGAN SUAMI adalah perkara yang sangat ditakuti dalam hubungan suci ini..anak-anak pasti menjadi mangsa keadaan ini tetapi apakan daya..dia harus akhiri penderitaannya dan aku yakin dia sudah berfikir panjang dengan keputusannya itu..buat temanku In..aku mendoakan agar dirimu sentiasa dirahmati Allah selalu..
Wednesday, September 15, 2010
Suka duka September 2010
Salam kepada semua
Nampaknya, tirai September 2010 dibuka dengan pelbagai warna..ada yang putih dan ada juga yang hitam. Selaku manusia biasa, itulah ketentuan dari Ilahi yang Maha Mengetahui segala kejadian di langit dan di bumi. Subhanallah.
Putih: 4 September 2010. Anak sulungku Muhammad Afiq Naqiuddin b Mohd Afizal sudahpun berusia 7 tahun. Semakin nakal tetapi bijak. Semakin kerap menaikkan darah mamanya tetapi pandai juga mengambil hati. Alhamdulillah, Afiq yang dipanggil Along oleh adik-adiknya adalah seorang anak yang bijak. Walaupun dia mungkin tidak secemerlang orang lain dalam pelajarannya, tetapi aku tetap bersyukur dengan pencapaiannya di sekolah. Lagipun, ini tahun persekolahannya yang pertama. Aku tidak mahu menjadi orang tua yang pendesak. Aku percaya, Afiq akan mengerti erti persaingan dalam pelajaran bila usianya semakin meningkat. Cuma doaku, semoga Afiq menjadi anak yang soleh, di dunia dan akhirat..
Putih: 10 September 2010. Aidilfitri 1431 hijrah disambut di Sg Acheh tahun ini. Bermula dari 30 Ramadhan sehingga 3 Syawal kami sekeluarga merayakannya di sana. Di dalam 'keputihan' ini, terselit rasa sedikit kehitaman bilamana aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan yang belum pasti lagi dapat aku ketemu. Tuhan, mohon padaMu agar memberikan aku lagi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan rahmatMu. Selepas 3 hari di Sg Acheh, kami menyambung Syawal di Taman Meru, rumah kedua orang tuaku. Seperti orang lain, beraya di rumah sendiri adalah berbeza berbanding beraya di rumah orang lain, walaupun mertua sendiri. Subjektif mungkin penyataan aku ini, tapi ini pandangan aku. Terasa sangat bahagia apabila wajah ayah mama ditatap disamping ahli keluarga yang lain..
Hitam: Seluruh negara telah dikejutkan dengan kematian jutawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain yang terdiri daripada pemandu peribadinya, pegawai bank dan seorang peguam. Sangat tragis pemergian mereka di mana keempat-empatnya telah dibunuh dan dibakar. Kepada penjenayah-penjenayah yang terlalu kejam dan zalim itu, ingin aku nyatakan bahawa jenazah mereka tidak perlu diuruskan mengikut adat kamu. Mereka yang kamu bunuh itu mempunyai agama yang sangat mulia cara pengurusan jenazahnya sebelum mereka dihantar menemui Pencipta mereka. Aku tahu, kamu sangat percayakan hukum karma bukan? Dan aku juga sangat yakin dan percaya, bahawa perbuatan kejam dan kesetanan kamu itu akan dibalas setimpalnya. Lahanat. Untuk arwah Datuk Sosilawati, arwah Kamaruddin, arwah Kamil dan arwah Noorhisham, al-fatihah untuk kalian dan semoga kalian ditempatkan bersama dengan golongan orang-orang yang beriman..
Subscribe to:
Posts (Atom)