Salam
Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita yang pada aku sangat menyedihkan. Aku rasa, bukan aku sahaja yang berasa sedih..tetapi yang membaca blog aku juga mungkin berasa yang sama..Runtuhnya masjid Allah..bukan masjid rumah Allah tetapi rumahtangga. Rakan aku, seorang perempuan yang aku namakan In merupakan seorang isteri yang baik dari pandangan mata aku. Ya, aku tidak tinggal serumah dengannya tetapi berdasarkan persahabatan kami, aku dapat rasakan In memang seorang isteri yang tidak ada cacat cela yang 'major'. Sebagai manusia, tidak ada yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. In adalah seorang wanita yang berkerjaya. Mempunyai pendapatan yang agak lumayan dan berkarisma, dia sanggup meninggalkan kesemuanya apabila bernikah dengan lelaki pujaan hatinya. Menjadi suri rumahtangga, masanya hanyalah untuk suami dan anak-anak. Tidak ada istilah keluar berjumpa teman-teman apatah lagi menyebut untuk bekerja bagi membantu suaminya kerana perkara-perkara itu merupakan JANGAN dan TIDAK BOLEH baginya. Sebagai isteri, In akur dan meneruskan kehidupan bersama suaminya lebih dari 10 tahun. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari..kecurangan sang suami membuatkan In tekad untuk mengakhiri segalanya. Bukan tidak pernah diberi peluang, tetapi kecurangan yang berulang kali menyebabkan In tidak mampu membendung lagi perasaannya..aku faham, sebagai isteri, aku juga tidak mampu menghadapi situasi itu..ya..KECURANGAN SUAMI adalah perkara yang sangat ditakuti dalam hubungan suci ini..anak-anak pasti menjadi mangsa keadaan ini tetapi apakan daya..dia harus akhiri penderitaannya dan aku yakin dia sudah berfikir panjang dengan keputusannya itu..buat temanku In..aku mendoakan agar dirimu sentiasa dirahmati Allah selalu..
No comments:
Post a Comment