Saturday, December 18, 2010

Umat Nabi Luth kembali..:(


Salam
Sangat menyedihkan apabila aku melihat klip ini. Beristighfar panjang aku. Ya, aku memang seolah-olah menjadi manusia yang mengalami kejutan budaya. Ya..kerana aku dibesarkan dengan ajaran Islam yang menyatakan manusia itu dijadikan berpasang-pasangan yang berlainan diantaranya. Apakah ini yang dikatakan manusia sudah tiba ke akhir zaman? Tidak malu untuk mengaku bahawa apa yang dilakukannya melanggar batasan agama suci Islam? Tertanya-tanya aku pada diri ini, apakah lelaki ini tidak mempunyai asas agama? Tidakkah dia mengetahui bahawa perbuatannya itu dlaknat Allah SWT? Tidakkah dia memikirkan perasaan ibu bapanya, keluarganya serta ahli masyarakat yang lain yang tidak sealiran dengannya? Di kesempatan ini, aku tidak mempamerkan klip ini untuk dirinya dihina tetapi aku mengharapkan sesiapa yang menonton dan membaca blogku ini untuk mendoakan agar lelaki ini dan semua umat muslimin muslimat yang hanyut dari jalan kebenaran Allah untuk kembali ke pangkal yang haq. Insya Allah...

4 comments:

ateh bie said...

innalillah..dunia dah nak kiamat kak..

kirana nakia said...

itu la Ruby..takut kak baca..sangat mengerikan dan menyedihkan

Azrin H said...

"Saya gay, saya OK". Ni slogan paling sesat pernah didengar.

Dari point2 yg dia gunakan utk menghalalkan sesuatu yg mmg dah haram, nampak sangat saudara kita ni kurang pengetahuan agama Islam dia.

Dia cakap pasal kenal diri dia, kenal perasaan dia, kenal fikiran dia tetapi dia terlupa nak tambah yang dia juga perlu kenal siapa Pencipta dia dan keseluruhan alam ni. Sebabkan tak kenal Pencipta lah dia jadi mcm ni.

Harap2 dia fikir (dan juga kita semua) ayat ni dari khutbah Jumaat minggu lepas kat sini:
"Kita tiada hak utk halang kelahiran kita ke dunia dan kita juga tak ada hak utk halang pemergian kita dari dunia. Oleh, itu apa yg menyebabkan kita fikir yg kita boleh buat apa saja sepanjang hidup kita. Semua yg kita lakukan hanya kerana Tuhan yg menghidupkan kita dan mematikan kita."

kirana nakia said...

Azrin..very true..
Macam dalam doa Iftitah yang kita baca.."sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Taala"