Salam
Dah hampir sebulan since last day aku ke Jogja. Huhu..malas sungguh nak update. But somehow, inilah rasanya salah satu medium mengenang peristiwa dalam hidup aku.
Ok. We go to the story. Hari kedua di Jogja. 13 Januar 2012. Kami bangun awal sikit dari biasa. Disebabkan kami memikirkan bahawa ratusan rupiah kami macam tidak mencukup, kami menuju ke bank, tempat menukarkan matawang asing di hadapan Jalan Malioboro. Kat sana, awal sungguh bank tersebut beroperasi. Jam 7 sudahpun dibuka. Tak perasan pulak time tutupnya pukul berapa. Kami menukarkan 100USD dengan rupiah. Memang rugi. They took it only 2.9..huhuhu..so, tak byk sangat la yang dapat..Lagi untung kalau tukar RM ke IDR di tanah air kita. Selesai tukar duit, kami menuju semula ke hotel untuk menunggu Pak Ari..rupanya, dia dah tercegat kat situ 10 minit awal dari waktu yang dijanjikan. Kami meneruskan perjalanan ke tempat yang paling ditunggu-tunggu untuk dilawati iaitu Candi Borobudur. Perjalanan yang mengambil masa hampir satu setengah jam. Jauh jugak rasanya. Sebelum sampai, kami dapat melihat kesan letusan Gunung Merapi di sebuah tempat yang aku dah lupa namanya..isk...patut catitkan..Sekarang, tempat tersebut sedang dalam proses pembangunan. Memang tak terjangka bahawa letusan tu mampu sampai ke kawasan lauan kami, jika melihat kedudukan gunung tersebut.
Sebelum ke candi Borobudur, kami singgah dulu di satu candi yang dinamakan Candi Mendut. Ketika kami sampai, candi tersebut sedang dibaikpulih sikit. Masuk situ pun kena bayar. IDR3000. Nasib baik parking free. Bayar entrance je.
Setelah berada di situ selama sepuluh minit, kami pun meneruskan perjalanan ke Candi Borobudur. Perjalanan ke situ memerlukan kita melalui kawasan perumahan kampung. Dapat diperhatikan juga sepanjang jalan menuju ke Borobudur terdapat banyak kedai makan. Sampai di Borobudur, kami dibawa oleh pak Ari ke tempat tiket. Kami fikirkan kami perlu membeli tiket di situ tetapi rupanya Pak Ari dah beli siap2 dan terdapat cop 'tour agent'. Kami difahamkan harga tiket adalah sebanyak IDR 1350000 tetapi taktau la pulak berapa harga yang agent tour dapat. Confirm mark up kat situ kan..Untuk makluman, semua pengunjung perlu memakai kain batik yang disediakan khas, baik lelaki mahupun perempuan. So, sepanjang berada di sana, kain itu perlu disarungkan di pinggang. Mungkin sekadar lambang ataupun cara penghormatan terhadap Candi tersebut yang mana asalnya merupakan tempat beribadat golongan Buddha. Di situ, ada juga orang yang menawarkan sewaan payung kerana kata mereka panas. Memang panas pun. Muka memang terbakar..meghelit kata orang utara..However, aku rasa bersyukur, dapat jugak tengok salah satu dari tujuh wonder di dunia nie..walaupun 7 wonders tu banyak yang dah bertukar dan terkeluar dari senarai. For me and Afizal, this is the second seven wonders yang kami dah tengok. Lagi 5 tak tau la..kalau dah asyik berubah, macam mana ye dak...Well, untuk naik ke atas Candi Borobudur (CB) memang memenatkan. Tangga batunya tinggi-tinggi dan besar. Jenuh sikit la tapi masih boleh dilakukan walaupun bagi golongan yang berusia. Sloq-slow pun sampai. Dia ada bertingkat-tingkat dan setiap tingkat diletakkan binaan seolah2 loceng dan didalamnya terdapat patung Buddha yang duduk bermeditasi. Di dinding2nya juga terdapat ukiran patung yang menunjukkan seolah-olah penceritaan yang tidak diketahui apakah ceritanya. Tidak ada description sangat yang boleh dirujuk. Mungkin dengan kehadiran papan tanda akan merosakkan keasliannya. Wallahuaklam. Di atas CB juga tidak dibenarkan duduk di atas statue2 yang ada. Selain itu, pengunjung tidak boleh berada lebih dari 10 minit di tingkat yang teratas sekali. Siap ada guard yang menggunakan haler untuk menyuruh orang turun dari tempat tersebut sekirangnya melebihi 10 minit. Sebenarnya takde apa yang menarik sangat tentang CB, cuma kesenian binaannya saja yang mungkin menakjubkan.
Selesai melawat Borobudur, kami makan sekejap. Makanan kat situ okla. Kira boleh telan la jugak..harga pun lebih kurang harga kat Malaysia je. Maybe kerana tempat attraction.
Depa nie suka makan kering2..so aku order bakso..sebab bakso sana memang sedap..sebab ajinomoto gamaknya..hahahah..
Selesai makan, kami bergerak pula ke kampung tempat di mana Merapi meletus. Perkampungan tersebut terletak di tempat tinggi. Semasa dalam perjalanan, tidak pulak terasa bahawa kita sedang menaiki tanah tinggi tapi hakikatnya ya. Di sana, kelihatan rumah yang musnah dan pokok-pokok yang hanya tinggal batang sahaja sebab pucuknya dah terbakar dek api Merapi. Kami diberitahu bahawa penduduk kampung diberikan rumah gantian yang diperbuat dari bambu atau buluh dan dikongsi 2 keluarga. Kesian, rumahnya kecik je tapi kena share dua keluarga dan sudah tentu tak terbayang dek kita kan. Kami turut melawat tapak rumah Mbah Marijan, penjaga kunci pintu Gunung Merapi. Setianya arwah menjaga Gunung Merapi sampai tak mau berpindah bila penduduk diarahkan berpindah oleh pihak pemerintah. Diberitakan juga jenazah arwah ditemui dalam keadaan sujud, mungkin sedang bersolat ataupun salah satu usaha arwah untuk menyelamatkan diri dari terkena debu.Kini tapak rumahnya tinggal batu je. Untuk ke tapak rumahnya, boleh berjalan kaki ataupun menyewa scrambler dengan harga 50000 rupiah..buat duit sesaja deme nie.Memandangkan teringin nak naik scrambler, kami pun sewa la dan naik ke atas menuju tapak umah mbah marijan. Elok je kami sampai di atas, hujan turun punyalah lebat. Nasib baik ada kedai sebuah kat situ, menumpang la kami di situ. Nak menutup malu alah menumpang, terpaksa la beli tshirt satu. Tshirt gunung merapi..
Teringat kat kawan aku nama Effendie Sapiee..pergi keje dari Jalan Klang Lama naik motor nie sampai Perodua...
Bila hujan dah berhenti, kami pun menuju la ke tapak rumah Mbah Marijan. Memang takde la rumah, tinggal tapak je. di situ jugak dipamerkan kenderaan yang digunakan semasa operasi menyelamat yang hangus terbakar dan mengorbankan dua wartawan yang terbabit dalam usaha tersebut.
rempit
Tulah tapak tinggalan rumah mbah marijan tu
Kedai nie anak Mbah Marijan punya
Dua orang wartawan yang terkorban dalam usaha menyelamat
Kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam operasi
Dengan motor scrambler yang problem suis..hampeh..
Selesai melawat tapak Merapi, kami pun pulang semula ke hotel. Malam jalan-jalan di sekitar Jalan Malioboro. Beli angklung dan tshirt untuk anak-anak serta cari makan.Dah selesai semua, balik kemas-kemas. Esoknya, pak Ari datang menjemput kami jam 6.30am untuk kami menuju ke Adisujipto Airport. Flight kami dijadualkan dalam jam 7.55 waktu tempatan. Kami selamat tiba di LCCT jam 12.30 waktu Malaysia dan sudah tentunya sangat lega bila berada di tanahair sendiri. Selesai sudah perjalanan kami ke Jogjakarta. Insya Allah, next trip akan diblog lagi..
2 comments:
very detail explaination la nakia :) mamu rasa macam tak sabaq plak nak pi travel lagi. Indonesia memang banyak lagi tempat cantik ada. Best plak tengok korang nak moto ( tringat mamu merempit kat Bali ) heheh.
Keep it up sis !
wah mamu..first drop kat blog saya no...mekasih for reading..:)
Post a Comment