Friday, December 30, 2005

COLA

COLA-Cost of living allowance..hari nie dalam paper dilaporkan elaun nie akan mula dibayar pada Januari 2006..aku as kakitangan gov nie syukur sgt2..walaupun jumlah yg dibayar tu mcm tak byk (according to CUEPACS)..tapi aku tetap syukur..saper nak kasik RM150 pada kita kan? somehow, usaha cuepacs nak fight tentang jumlah tu patut dipuji..ye la..diaorang fighting for our own sake jugak..

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
*some of the article have been edited to make it short*

Cola tetap diteruskan ikut jadual
Oleh: SRY ANGRENI MOHD. ZET
PUTRAJAYA 29 Dis. - Pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bagi kakitangan awam yang bermula bulan depan akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, walaupun mendapat bantahan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dari segi kadar bayaran.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Ismail Adam berkata, sehingga kini tiada arahan baru berhubung pemberian elaun sara hidup itu walaupun selepas Cuepacs mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung perkara itu.
``Jadi berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan, COLA akan dibayar kepada kakitangan awam mulai 1 Januari ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pemberian COLA bagi kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54 di kawasan bandar besar atau utama sebanyak RM150 manakala RM100 bagi yang berkhidmat di bandar lain dan pekan.
Selain itu, ia mencadangkan agar COLA dipanjangkan kepada kakitangan awam yang mendiami kuarters.
Dalam Bajet 2006, Perdana Menteri mengumumkan pemberian COLA antara RM50 dan RM150 sebulan bagi kakitangan awam mulai 1 Januari ini dalam Gred 1 hingga Gred 54. Bantuan sara hidup sebanyak RM150 sebulan diberi kepada mereka yang berkhidmat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Johor Bahru, Georgetown dan Butterworth.
Bantuan RM100 sebulan pula adalah kepada mereka yang bertugas di 26 bandar lain manakala di kawasan lain akan menerima RM50 sebulan. Cuepacs turut mengemukakan cadangan agar kadar ITKA bagi kumpulan sokongan yang meliputi lebih 50 peratus daripada kira-kira sejuta kakitangan awam negara ini dikaji semula kepada RM250.
Alasannya, kadar ITKA kumpulan sokongan tidak berubah sejak 14 tahun lepas iaitu pada kadar antara RM65 dan RM80. Pada Bajet 2006, kadar ITKA kumpulan pengurusan dan profesional diselaraskan dari RM170 hingga RM300. COLA pernah dibayar kepada kakitangan awam pada tahun 1970-an bagi menampung kos saraan hidup bekerja di kawasan bandar.

Tetamu dari desa..

Hmm..mak and abah mertua and adik ipar aku sampai dari sg acheh last 2 days..ada 2 reasons yang menyebabkan diorang sampai. 1st dan utamanya because of afiq..2ndly because we are going to move to my new house this weekend. I guess this event might be a joyous moment too as it is our new house..sendiri beli la maksudnya..walaupun penat nanti toksah ckp la..luckily ada mak..boleh tolong tengokkan anak2. Acik pulak bolehla tolong angkat apa2 yg patut kena angkat..
Bila fikir pasal pindah, aku terasa kesal pasal tak menang kunci khazanah tu..kalau tak, ada la duit lebih skit nak masuk umah baru..ye la..memacam nak kena buat kat umah tu..sapa yg pernah masuk umah baru tau laa..isk.."zack, ko dah jual ke kereta besor tu? meh skit hasil.."hehe...just kidding tapi kalau nak bg apa salahnya kan..

Tuesday, December 27, 2005

TAKUTNYA..

Tadi aku dapat call dari orang pejabat dekan..katanya esok Dekan himself nak jumpa aku..isk..nie yang tak best nie..mesti pasal SLAB aku yang tak siap2 lagi tu..so soon after aku dpt call tu, terus jer aku pi jumpa penyelia aku Prof Hadi..aku tanya dia what shall i answer if the dean asks about the disertation? hmm..prof kata jawablah dah finalized..hehehe..best jugak sebab at least aku punya disertation mmg dah boleh finalized..satu bab jer lagi nak buat correction..yahoo..hopefully soon aku leh grad..maybe ini yg dikatakan rezeki anak2.
Harap2 esok everything will be fine insya allah..takut woo..jumpa big boss...
Dean Prof. Dr. Mohammad Raduan B. Mohd Ariff M.A (MAL), Ph.D (MAL)
NIe ler Dekan Aku..

Monday, December 19, 2005

Semoga rumahtangga kita bahagia..

Semenjak dua menjak nie, rumahtangga artis berdua nie dah macam retak menanti belah..kesian..sedihnya rasa bila rumahtangga yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta nak dirobohkan macam tu jer..mungkin ketidaksefahaman memaksa tapi cubalah usaha sebab Tuhan pun tak suka umatnya bercerai-berai walaupun perkara itu dihalalkan olehNya..

To Erra and Yusry..Noraniza and Fareez...try to work it out ya??!!


Semoga rumahtangga aku aman bahagia..Amin.

kasihnya ibu..sayangnya ayah..


kalau tengok pada cerita nie..aku sgt kagum..ada 17 anak..more than half berjaya ke universiti..they themselves takder kelulusan..buta huruf lagi but they managed to raised their children to be an "insan"..aku tahu ramai lagi kat luar sana yang macam atuk and opah nie..

Dipetik dari Utusan Malaysia,19 Disember 2005


BALING 18 Dis. - Dia hanya seorang penoreh getah, buta huruf dan mempunyai 17 orang anak.Sekali pandang, tidak ada apa-apa keistimewaan tentang hidup Sulaiman Saipin, 70, dan isterinya, Esah Din, 69.
Bagaimanapun, anda mungkin tidak percaya jika diberitahu, 13 daripada 17 anak-anak mereka telah berjaya memasuki universiti.
Malah lebih membanggakan, kesemua anak mereka kini bekerja di sektor awam dan swasta dengan menyandang pelbagai jawatan tinggi.
Pada kebanyakan orang, mempunyai anak yang ramai satu beban terutama dari segi menentukan masa depan pendidikan mereka.
Bagaimanapun, anggapan itu meleset apabila Sulaiman yang bekerja sebagai penoreh getah membuktikan sebaliknya.
Rekod Sulaiman, boleh dianggap satu pencapaian yang mengagumkan.
Apakah rahsia Sulaiman dan Esah sehingga 13 anaknya itu berjaya memasuki menara gading?
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Merah Kuala Ketil di sini hari ini, Sulaiman berkata: ``Sebagai seorang buta huruf, saya mendisiplinkan anak-anak dengan mengutamakan pelajaran. Ini kerana, ada masa bermain dan masa mengaji, semuanya perlu ikut peraturan.
``Selepas balik dari menoreh getah, saya akan periksa buku mereka. Jika ada tanda merah dalam buku rekod, saya akan pukul mereka.
``Saya sering menggunakan rotan untuk mendisiplinkan anak-anak saya.''
Bagaimanapun, katanya, garang dengan anak-anak bukan bermaksud benci tetapi itulah lambang kasih sayang kepada mereka.
Menurutnya, walaupun dia dan isterinya tidak faham tetapi sentiasa mengawasi semua anak-anak supaya belajar mengikut waktu.
Pasangan itu mempunyai 17 orang anak, iaitu 12 lelaki dan lima perempuan.
Tambah datuk kepada 69 cucu ini, dia dan isterinya tidak pernah bersalin pakaian malah pernah menjual tanah kerana mahu membiayai pelajaran anak-anaknya.
Berkat kesabarannya, 13 anak-anaknya itu telah berjaya memasuki universiti.
Anak-anaknya itu ialah Ishak, 53, bekas pegawai tentera; Yahaya, 51, juga bekas tentera; Ahmad, 50, seorang guru lepasan Universiti Perguruan Sultan Idris; Abd. Malik, 49, guru lulusan Universiti Sains Malaysia (USM); Abd Aziz, 47, lepasan Universiti Putra Malaysia(UPM) kini bertugas di Pejabat Pendidikan Kuala Muda.
Anak keenam, Rosilah, 45, guru lepasan maktab perguruan; Shafei, 44, lepasan UPM kini bertugas sebagai Pegawai Alam Sekitar di PutraJaya, manakala Bahar, 42, lulusan Universiti Malaya (UM) kini bertugas sebagai guru.
Anak kesembilan, Zulkifli, 40, seorang Penguasa Kastam lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Shahabuddin, 39, lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini bertugas sebagai jurutera awam sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Anak Sulaiman yang ke-11, Abd Mutalib, 38, kini bertugas sebagai seorang guru di Pokok Sena, Kedah adalah lulusan UPM, manakala adiknya, Mohd. Noor,37, seorang pengurus sebuah ladang di Pahang juga lulusan UPM.
Anak ke-13, Ainon,35, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) kini bertugas sebagai akauntan di Sungai Petani sementara anak ke-14, Noraini, 33, lulusan UM bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Tanjung Malim, Perak.
Anak ke-15 pasangan suami isteri ini, Aidah, 31, seorang akauntan di Kuala Lumpur lulusan UM.
Anak ke-16, Abu Bakar, 26, bekerja di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan lulusan politeknik sementara anak bongsu pasangan ini, Norhana, 24, lulusan UUM bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Nerang, Kedah.
Ditanya lebih lanjut, Sulaiman berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang banyak.
``Itu adalah rezeki biarpun sedar kepayahan dan kesusahan untuk membesarkan kesemua mereka,'' katanya.
Sebagai seorang penoreh getah, Sulaiman berkata, dia terpaksa bergolok bergadai untuk membesarkan anak-anaknya.
Bagi Esah pula, walaupun mempunyai anak yang ramai tetapi dia lega kerana hasil penat lelah berbasikal setiap hari untuk pergi menoreh selain berdoa pada Ilahi, telah menampakkan hasilnya.
Di samping itu, paling membanggakan katanya, kesemua anak-anaknya tidak dilahirkan di hospital sebaliknya di rumah .
Esah yang lebih gemar memakan jamu tumbuk buatan sendiri berkata, apa yang dikecapinya sekarang adalah hasil kerja keras dia dan suaminya.
``Setiap kali keluarga besar ini berkumpul seekor lembu terpaksa dikorbankan,'' tambahnya.

Tuesday, December 13, 2005

CASH ATTACK WEEKLY WINNERS..

hmm..memang benar kata orang..kalau kita nak kawen tu tuhan selalu bagi rezeki..as quoted " rezeki orang nak kawen"..hehe..my sister, Nyah is so lucky today as she had won RM500 cash in Cash Attack competition organized by BCB Bank. Why i said so, sebab Nyah nie nak bertunang bulan depan..insya allah on her 26th birthday..15 January 2006...anyway, Tahniah Nyah...

p/s: nak sket leh??..hehehe..leh ler open table nanti..

http://www.bcb.com.my/index/cashattackwinners.htm

CASH ATTACK WEEKLY WINNERS
Cash Prize of RM500
(Contest Period, 27 November - 3 December 2005)

CHENG CHIU SUAN
771210-03-5734
KINTAN AZURA BINTI MOHAMED YUSUFF
800115-06-5636
CHENG GEIT TIANG
510103-02-5121

Thursday, December 08, 2005

Cucu oh cucu...


Opah and Aqif..

Sejak aku balik dari confinement kat umah mak aku, dia selalu jer tipon..leh kata hari2 dia call..nak2 kalau dia keje, ligatler dia guna tipon opis tu utk call aku. Yang sebenarnya, aku tau mak aku tu rindukan cucu dia..Afiq and Aqif..but i guess lebih pada Aqif sebab dia bela sebulan lebih..aku ada tertinggal baju aqif kat sana..mak aku siap tak basuh..cium baju tu sampai nangis2..tu la dia penangan cucu kan..aku paham macam mana perasaan mak aku tu sbb masa mak mentua aku bela Afiq, tu pun aku dah ngobak2..(erk..tau ke ngobak tu aper? Perakianss..pls advise. Yang mak mentua aku pun sama kes..dia dok sebut suruh tinggalkan Afiq kat kampung. Dia nak jaga sampai bukak sekolah tapi Afiq tak nak and ayah dia pun rindu kat anak dia. So, we brought back Afiq..masa kami blah tu dia ok lagi, the next day, she called and started crying as if something bad happened. Rindu sangat kat Afiq..aku tak pernah dgr mak mentua aku nangis camtuh..kesian kat opah and maktok..if i could let them care of my sons but aku
sendiri tak tahan rindu ngan anak2..camner nak lepas..sorry to both mak..
Tok and Afiq
Yang tok pun sama..suruh tinggal Afiq kat Ipoh..mcm
ler dia nak jaga sangat..mmgler bila takder rindu2an..nanti dah ada kat situ, sure Afiq kena tinggal kat umah bila ayah aku pi main golf..isk..perasan tak benda yang Afiq dok pegang tu..tu la 'CAT' dia..benda tu la dia dok gigit..cium bila menyusu..bau usah cakap la..masam nak mampuih..tu dia baru lepas sua kat tok dia la tu..tu yang tok gelak sakan..
Gambar maktok and tok ayah masih belum ada..nanti balik kg aku amik..sabaq naa mak n abah..nanti cek buh gambaq..

Wednesday, December 07, 2005

Pengalaman indah seorang mama..


3 Oktober-kelas seperti biasa. pagi ada tutorial. budak2 tak submit assignment lagi. mintak tempoh sampai hari rabu. Aku jawab tak boleh sebab mana tahu kut aku terberanak ke hari rabu tu..Mulut masin..tgh hari, turun tanda darah..isk..heran..tak sakit apa pun..tapi dlm hati tu dup dap dup dap jugak..takkan nak kuar dah kut..lambat lagi nak..takpe..aku pi klinik dgn hubby. Check. Dr buat VE..tak bukak lagi pintu rahim..tapi dia dgn kalutnya suruh aku p hospital.."you might be delivering at least this evening"... aku pun amik mc..submit kat opis..then balik umah. Drive sendiri tau..hubby balik naik motor..nasib baik semalamnya dah packing skit. So packing yg balance, tunggu hubby balik, amik Afiq and we shoot back to Ipoh..dlm perjalanan, tak terasa sakit tapi risau gak kut la dia titiba jer nak kuar..macam si Abby Abadi tu..tak psl lak kang aku kuar paper..bersalin dlm keter kat highway..isk..glamer tuh..Sampai Ipoh ptg kul 6.30pm. Still tak sakit tapi tanda turun lagi..aku takmo pi hospital lagi sbb tak suka kena tahan and kena buat VE 5-6 kali. Sakit woo VE..
4 Oktober-kat umah mak aku. Relek je la..tak sakit lagi..tanda masih ada. Malam, pi GH Ipoh. Aku dah kabo kat nurse kat situ aku tak rasa pun contraction. Tak caya. Nurse pasang mesin CTG tu..check wether ada contraction ke tak..takde..so, balik le..
5 Oktober- pagi aku relek lagi..buat keje skit2..taknak le jadi macam couch potato..dok jer..petang tgh aku lipat kain, aku dah start rasa sakit skit2..dlm 15 min sekali. relek lagi..takmo pi hospital lagi..sampai kul 9 mlm baru aku start rasa 10 min sekali. Ayah bawak pi hospital. Pasang balik CTG tu, mmg ada contraction. Nurse kat situ jangka aku boleh bersalin malam tu or subuh nanti..lps cabut CTG, dr check..buat VE..dah bukak 3 cm..patut le aku rasa sakit. Diorang htr aku ke waiting room. Tunggu le aku kat situ dgn mesin tu terpasang..kul 1 lebih, aku dah makin kerap sakit..2 minit sekali. masa tu tak putus2 la ayat Quran yang terlintas aku baca..sakit makin kerap. Aku rasa kali ni punya pregnancy teruk skit dari the 1st one. Kat bilik tu aku dah gelisah..sakit sgt. langsung tak leh nak tido..nurse dtg tgk aku sbb dia tgk aku dah tak senang baring atas katil tu. Masa tu pukul 4 pagi. Then the dr came. Dia VE. Baru 4 cm..dia pecahkan air ketuban..then nurse htr aku masuk labour room.
6 Oktober-5 pagi. Aku dah dok dlm labor room. Tunggu masa nak kuar..tapi takde lak dr dtg wat VE. Air mata dah mengalir. Sakit sgt..tapi aku tak le mcm org bilik sebelah yg aku dgr meraung nak beranak..isk..tak baik woo jerit2 masa beranak..nurse perasan air mata aku kuar menahan sakit..dia cucuk ubat tahan sakit. Aku terlelap kejap. Then kul 8 pagi, sakit makin sakit..dr datang. Dia tgk aku ada experience ceasar. So, dia cadang pada aku guna epidural. so i took the thing as i know it really helps me releasing the pain. After pasang epidural, again aku terlelap. Kul 11.20, aku terasa mcm nak buang air besar..i told the nurse. Dia check..hmm.."Kalau kamu rasa sakit dik, kamu teran ler., kepala dia dah nampak dah..teran". Dah dia suruh teran, aku teran la..Since aku last makan mlm kul 7 mlm tadi, aku tak de kederat sgt nak meneran. I think i pushed more than 3 times utk kuarkan baby..infact ada ketikanya aku terberenti while telinga dia dia belum lepas lagi..tu la org ckp, masa bersalin teknik bernafas kena betul..aku tak pernah pi kelas anti natal, so tak tau sgt mcm mana nak bernafas..to those yg bakal bersalin, kalau boleh pi la kelas tu..at least tau mcm mana nak control breathing..at last..11.39 pagi, alhamdulillah baby aku selamat keluar..masa dia bubuh atas aku sementara dia jahitkan luka, i was such a great feeling..can't compare to anything else..putih melepak, mata sepet macam ayah dia..and there goes MUHAMMAD AQIF NAFIZUDDIN B MOHD AFIZAL. Berat dia 3.1kg masa lahir. Another baby boy gifted by Allah the Almighty..semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh dan beriman..Cuma sikit terkilan..kalaulah my hubby can witness this great moment dgn mata kepala dia sendiri..hey guys out there, kalau wife tu nak bersalin, masuklah tgk.baru tau mcm mana wife tu bersabung nyawa nak lahirkan zuriat korang..
p/s. Ingat tak dr yg kata aku bersalin ptg 3 hb tu..ye ye je kan..tgk2 hari khamis baru aku bersalin..
Gambar nie dia dah sebulan..gelap sebab kena jemur bcoz of jaundice.

I'm Back..

Salam utk semua..dah lama aku tak update blog nie kan..i just finished my confinement period last 2 days..today hari ke 3 aku bekerja..at first, rasa malas pun ada...tapi bila pikir2 balik..dah lama sgt aku dok kat umah membesarkan bontot..

well, my new offspring born on the 6th october 2005. i've told ya that s/he might born earlier..memangpun..2 weeks earlier. Sepatutnya aku bersalin 18hb oktober but baby tak sabar dah nak tengok dunie..aku ler naya..kena ganti posa 29 hari..banyak woo..ada ke sesapa nak share ngan aku? hehehe..i wish it can be shared..maybe minggu depan nak start posa ganti tapi tak tau le leh ke tak..nak try. Baby masih menyusu badan..takut nanti posa takde susu pulak..sian baby minum susu formula je..susu ibu kan susu yang terbaik di dunia ini untuk anak-anak..

aku ingat nak share la pengalaman aku bersalin kat dlm blog nie..but for those yg tgh mengandung or rancang nak conceive, jgn takut dgn apa yg bakal aku ceritakan..each person will have different situation..mine might sound scary, but who know's..yours might be the best one..