Friday, December 30, 2005

COLA

COLA-Cost of living allowance..hari nie dalam paper dilaporkan elaun nie akan mula dibayar pada Januari 2006..aku as kakitangan gov nie syukur sgt2..walaupun jumlah yg dibayar tu mcm tak byk (according to CUEPACS)..tapi aku tetap syukur..saper nak kasik RM150 pada kita kan? somehow, usaha cuepacs nak fight tentang jumlah tu patut dipuji..ye la..diaorang fighting for our own sake jugak..

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
*some of the article have been edited to make it short*

Cola tetap diteruskan ikut jadual
Oleh: SRY ANGRENI MOHD. ZET
PUTRAJAYA 29 Dis. - Pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bagi kakitangan awam yang bermula bulan depan akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, walaupun mendapat bantahan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dari segi kadar bayaran.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Ismail Adam berkata, sehingga kini tiada arahan baru berhubung pemberian elaun sara hidup itu walaupun selepas Cuepacs mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung perkara itu.
``Jadi berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan, COLA akan dibayar kepada kakitangan awam mulai 1 Januari ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pemberian COLA bagi kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54 di kawasan bandar besar atau utama sebanyak RM150 manakala RM100 bagi yang berkhidmat di bandar lain dan pekan.
Selain itu, ia mencadangkan agar COLA dipanjangkan kepada kakitangan awam yang mendiami kuarters.
Dalam Bajet 2006, Perdana Menteri mengumumkan pemberian COLA antara RM50 dan RM150 sebulan bagi kakitangan awam mulai 1 Januari ini dalam Gred 1 hingga Gred 54. Bantuan sara hidup sebanyak RM150 sebulan diberi kepada mereka yang berkhidmat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Johor Bahru, Georgetown dan Butterworth.
Bantuan RM100 sebulan pula adalah kepada mereka yang bertugas di 26 bandar lain manakala di kawasan lain akan menerima RM50 sebulan. Cuepacs turut mengemukakan cadangan agar kadar ITKA bagi kumpulan sokongan yang meliputi lebih 50 peratus daripada kira-kira sejuta kakitangan awam negara ini dikaji semula kepada RM250.
Alasannya, kadar ITKA kumpulan sokongan tidak berubah sejak 14 tahun lepas iaitu pada kadar antara RM65 dan RM80. Pada Bajet 2006, kadar ITKA kumpulan pengurusan dan profesional diselaraskan dari RM170 hingga RM300. COLA pernah dibayar kepada kakitangan awam pada tahun 1970-an bagi menampung kos saraan hidup bekerja di kawasan bandar.

No comments: