3 Oktober-kelas seperti biasa. pagi ada tutorial. budak2 tak submit assignment lagi. mintak tempoh sampai hari rabu. Aku jawab tak boleh sebab mana tahu kut aku terberanak ke hari rabu tu..Mulut masin..tgh hari, turun tanda darah..isk..heran..tak sakit apa pun..tapi dlm hati tu dup dap dup dap jugak..takkan nak kuar dah kut..lambat lagi nak..takpe..aku pi klinik dgn hubby. Check. Dr buat VE..tak bukak lagi pintu rahim..tapi dia dgn kalutnya suruh aku p hospital.."you might be delivering at least this evening"... aku pun amik mc..submit kat opis..then balik umah. Drive sendiri tau..hubby balik naik motor..nasib baik semalamnya dah packing skit. So packing yg balance, tunggu hubby balik, amik Afiq and we shoot back to Ipoh..dlm perjalanan, tak terasa sakit tapi risau gak kut la dia titiba jer nak kuar..macam si Abby Abadi tu..tak psl lak kang aku kuar paper..bersalin dlm keter kat highway..isk..glamer tuh..Sampai Ipoh ptg kul 6.30pm. Still tak sakit tapi tanda turun lagi..aku takmo pi hospital lagi sbb tak suka kena tahan and kena buat VE 5-6 kali. Sakit woo VE..
4 Oktober-kat umah mak aku. Relek je la..tak sakit lagi..tanda masih ada. Malam, pi GH Ipoh. Aku dah kabo kat nurse kat situ aku tak rasa pun contraction. Tak caya. Nurse pasang mesin CTG tu..check wether ada contraction ke tak..takde..so, balik le..
5 Oktober- pagi aku relek lagi..buat keje skit2..taknak le jadi macam couch potato..dok jer..petang tgh aku lipat kain, aku dah start rasa sakit skit2..dlm 15 min sekali. relek lagi..takmo pi hospital lagi..sampai kul 9 mlm baru aku start rasa 10 min sekali. Ayah bawak pi hospital. Pasang balik CTG tu, mmg ada contraction. Nurse kat situ jangka aku boleh bersalin malam tu or subuh nanti..lps cabut CTG, dr check..buat VE..dah bukak 3 cm..patut le aku rasa sakit. Diorang htr aku ke waiting room. Tunggu le aku kat situ dgn mesin tu terpasang..kul 1 lebih, aku dah makin kerap sakit..2 minit sekali. masa tu tak putus2 la ayat Quran yang terlintas aku baca..sakit makin kerap. Aku rasa kali ni punya pregnancy teruk skit dari the 1st one. Kat bilik tu aku dah gelisah..sakit sgt. langsung tak leh nak tido..nurse dtg tgk aku sbb dia tgk aku dah tak senang baring atas katil tu. Masa tu pukul 4 pagi. Then the dr came. Dia VE. Baru 4 cm..dia pecahkan air ketuban..then nurse htr aku masuk labour room.
6 Oktober-5 pagi. Aku dah dok dlm labor room. Tunggu masa nak kuar..tapi takde lak dr dtg wat VE. Air mata dah mengalir. Sakit sgt..tapi aku tak le mcm org bilik sebelah yg aku dgr meraung nak beranak..isk..tak baik woo jerit2 masa beranak..nurse perasan air mata aku kuar menahan sakit..dia cucuk ubat tahan sakit. Aku terlelap kejap. Then kul 8 pagi, sakit makin sakit..dr datang. Dia tgk aku ada experience ceasar. So, dia cadang pada aku guna epidural. so i took the thing as i know it really helps me releasing the pain. After pasang epidural, again aku terlelap. Kul 11.20, aku terasa mcm nak buang air besar..i told the nurse. Dia check..hmm.."Kalau kamu rasa sakit dik, kamu teran ler., kepala dia dah nampak dah..teran". Dah dia suruh teran, aku teran la..Since aku last makan mlm kul 7 mlm tadi, aku tak de kederat sgt nak meneran. I think i pushed more than 3 times utk kuarkan baby..infact ada ketikanya aku terberenti while telinga dia dia belum lepas lagi..tu la org ckp, masa bersalin teknik bernafas kena betul..aku tak pernah pi kelas anti natal, so tak tau sgt mcm mana nak bernafas..to those yg bakal bersalin, kalau boleh pi la kelas tu..at least tau mcm mana nak control breathing..at last..11.39 pagi, alhamdulillah baby aku selamat keluar..masa dia bubuh atas aku sementara dia jahitkan luka, i was such a great feeling..can't compare to anything else..putih melepak, mata sepet macam ayah dia..and there goes MUHAMMAD AQIF NAFIZUDDIN B MOHD AFIZAL. Berat dia 3.1kg masa lahir. Another baby boy gifted by Allah the Almighty..semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh dan beriman..Cuma sikit terkilan..kalaulah my hubby can witness this great moment dgn mata kepala dia sendiri..hey guys out there, kalau wife tu nak bersalin, masuklah tgk.baru tau mcm mana wife tu bersabung nyawa nak lahirkan zuriat korang..
p/s. Ingat tak dr yg kata aku bersalin ptg 3 hb tu..ye ye je kan..tgk2 hari khamis baru aku bersalin..
Gambar nie dia dah sebulan..gelap sebab kena jemur bcoz of jaundice.
No comments:
Post a Comment