Wednesday, May 31, 2006

aqif..


Cepat sangat besar sayang mama..rsanya baru saja mama melahirkan..

:)



happy birthday abang..semoga panjang umur dan murah rezeki..love u so much..

p/s: happy birtday to me too..hehehe

A trip to Perhentian Island

Last week, my family and I had an opportunity to go on vacation to Perhentian island. Aku dapat voucher actuallynya. Suria Perhentian Dive Resorts for 4days/3nights. Aku gerak dari KL pada 24hb Mei jam 7am..nak elak jam kat MRR2. Kami lalu jalan karak-raub-lipis-gua musang-kuala besut. Sampai Kuala Besut jam 1.30pm. Manage utk naik speedboat kul 2.30pm. Sementara tunggu boat, makan dulu kat jetty tu..utk korang yg rasanya nak pegi perhentian, tolong la makan dulu..makanan kat jetty mahal gila..3 org makan dgn lauk yg biasa2 pun sampai RM22. Gila ke hapa akak kedai tu..
Boat transfer dari jetty ke pulau took about 30mins to arrive..itu la first time aku rasa takut naik kenderaan..entah nape..maybe sbb dia laju sgt, ditambah dgn open dan berada di tgh2 laut yg kita tak tahu apa akan jadi..So, sampai dekat2 resort, kami transit tukar boat..boat tu dipanggil teksi air..kelako aku rasa..laut pun ada teksi..ni ha gambor teksi tu..

Naik la kami teksi tu sampai ke darat..bila aku turun aku tanya kat budak bawak teksi tu, "Dik, mana perhentian kecik?"..terus je budak tu tunjuk "ni"..la..aku ingat aku dpt perhentian besar..rupanya kecik..hmm..terus teringat kat kawan aku Golok..dia siap bgtau aku pegi perhentian kecik boleh nampak 'bigboobs"..hehe..laki..camtu la..tak cukup ngan boobs yg ada depan mata...so, we check in at the resort..nie la sebahagian gambar resort.. Pandangan sisi resort..itu reception and restaurant dia..

Senja di Perhentian Kecil Menemani anak tersayang mandi laut

Kerastangan Afiq


Inilah hasil kerastangan anak sulung aku Afiq pada adiknya Aqif..sewaktu kejadian mangsa hanya berdiam diri sehinggalah disedari oleh mamanya yg mendapati suasana di rumah senyap sunyi seketika..

Monday, May 22, 2006

happy belated birthday kak!!


Happy birthday kepada kakak ipar kesayanganku..dia la pun sorang kakak ipar yg aku ada..good luck for your undertakings..semoga kesejahteraan sentiasa bersama kak..amin..

*kakak: berdiri paling kiri* gambar diambil masa raya tahun 2004..aqif belum ada lagi masa tu..

Thursday, May 18, 2006

huwaaaaaaaaaaa

JObstreet..JobsDB...jobsandmore...:(

Anyway..congrats to my dear twin sister..Happy Perodua-ing and happy PTD-ing..God Bless..

My turn? Soon I guess...

Thursday, May 11, 2006

Innalillahiwa innailaihirojiun...

Minggu nie 2 kejadian yg tak diingini berlaku. Pertamanya, ayahnyah aku ditimpa kemalangan..dilanggar oleh seorang wanita Melayu yang memandu Honda Stream di Jalan Semarak..sehingga waktu aku menaip nie..ayahnyah masih belum sedar sepenuhnya..sekadar membalas pertanyaan dengan beberapa patah perkataan dengan mata tertutup..kesian ayahnyah..dalam usia 64 tahun..kakinya kena masuk besi dari paras peha hingga bawah..tulang belakangnya bermasalah, ada lapisan di otaknya yang terkoyak 0.05cm yg aku tak pasti apa bendanya, dadanya sakit, tangan kanannya patah dan bengkak2 seluruh badan..sebak bila melihat ayahnyah keluar dari bilik bedah 9hb Mei hari tu..kami menunggu ayah nyah keluar dari OT dari jam 11.45pm sampai 2.45 pagi..somewhere around that time..tak sure sgt sbb tak fokus pada time waktu tu...cuma iringan doa semoga ayahnyah selamat..insya allah..
Kedua..seorang student 1st year aku, Nurkhairusnani Mohamad meninggal dunia pagi semalam, 10hb Mei 2006. Menurut rakannya, kematian arwah ada 2 sebab..satu lebih konkrit manakala satu lagi...mistik..dari segi perubatan, arwah disyaki menghidap denggi..tapi dengarnya pemergian arwah disebabkan perbuatan orang...entahlah..tidak pasti mana yg benar..
Kepada yg membaca blog ini, sudilah kiranya menyedekahkan Al-Fatihah utk kedua2nya..semoga ayahnyah cepat sembuh dan semoga roh arwah Nani dicucuri rahmatNya..

Friday, May 05, 2006

Happy birthday yang ke ...

Hehe..bulan nie ramai insan2 yang aku kenali yg sambut hari jadi..list nie setakat yg aku tau..kalau ada sapa2 yg termasuk dlm list menyambut hari jadi tapi aku tak acknowledge, bagitau aku..nanti aku listkan..

1. First of all..my lovely hubby Mohd Afizal ~ 31st May
2. Fatin Hafiza bt Tengku Anor ~ 6th May
3. Hezrin Ahmad Nazarudin ~ 7th May

4. Azdi Razlan ~15th May
5. Azlizawati Jaini ~21st May
6. Zafira Nor Batrisyia ~25th May
6. Seri Norsyahada ~26th May
7. Siti Hajar Abu Bakar ~28th May
8. Muhd Faiq Bazli ~30th May.
9. Last but not least..me.. ~29th May

Happy birthday to all of us..so bulan nie..sapa2 yg berkaitan dengan orang2 yang dinamakan di atas..hentikan la marah2 utk bulan nie towards them..hahahha..

Thursday, May 04, 2006

Hmm..tak pk lagi orang2 Malaysia??

Radja tidak kenal rocker Malaysia-nak padan muka sapa..muka dia ke muka kita?
Oleh: Abd. Aziz Itar
KEBELAKANGAN ini industri muzik tempatan seakan-akan ketandusan kumpulan rock baru yang berkaliber dan boleh diketengahkan hingga ke luar negara seperti di Indonesia. Justeru, tidak hairanlah banyak kumpulan rock tempatan yang baru tidak dikenali oleh para peminat dan pemuzik di negara seberang itu. Radja ialah antara kumpulan rock Indonesia yang tidak mengenali langsung kumpulan rock baru dalam industri muzik di Malaysia. Menurut vokalis Radja, Ian, dia hanya mengenali kumpulan rock lama Malaysia seperti Search yang pernah mencipta nama di negaranya suatu ketika dulu. “Saya tahu ada banyak kumpulan rock di Malaysia tetapi saya tidak mengenali kumpulan-kumpulan yang baru,” katanya semasa ditemu bual menerusi telefon dari Jakarta baru-baru ini. Kenyataan itu keluar daripada mulut Ian apabila dia ditanya tentang kumpulan rock Malaysia manakah yang akan dijemput sebagai artis pembuka tirai pada konsert mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dijangka diadakan pada 3 Jun ini. “Kami rasa lebih bagus kalau kami dapat mengadakan konsert itu bersama-sama dengan kumpulan rock dari Malaysia. “Kami mengambil keputusan itu supaya sambutan konsert tersebut nanti akan lebih bagus. Mesti ada kumpulan rock Malaysia yang hebat,” ujarnya. Bagaimanapun, Ian atau nama penuhnya Iandhika Mulya Ramadhan berkata, dia tidak menyalahkan kumpulan rock Malaysia apabila mereka tidak dikenali di Indonesia. Sebaliknya, kata Ian, banyak pihak termasuk syarikat rakaman harus bersikap proaktif bagi memastikan artis naungan mereka mampu untuk mencipta nama hingga ke luar negara. “Terpulang kepada syarikat rakaman bagaimana untuk mempromosikan sesebuah produk mereka. Siti Nurhaliza, misalnya, amat dikenali di Indonesia,” kata vokalis yang berasal dari Banjarmasin itu lagi. Konsert di Stadium Merdeka itu merupakan konsert terbesar Radja di Malaysia selepas tampil dengan empat buah album. Radja yang turut dianggotai oleh Moldy (gitaris), Seno (dram) dan Indra (bassis) akan muncul dengan album terbaru berjudul Aku Ada Karena Kamu. Album Radja yang akan diedarkan oleh EMI Music Malaysia Sdn. Bhd. itu akan berada di pasaran tempatan mulai 18 Mei ini. Antara lagu menarik yang dimuatkan menerusi album itu ialah Ikhlas, BBC (Benci Bilang Cinta), Angin dan Aku Ada Karena Kau Ada.
Sumber: Utusan Malaysia,4 Mei 2006

Wednesday, May 03, 2006

Berlemoih ke aku nie..


budak berlemoih...huwaaaaaaa..ada org kata aku berlemoih...sedih..betui ka??
*gambar belakang: blog org yg kata aku berlemoih..*

Tuesday, May 02, 2006

bibikku..


gambar bibik aku ngan aqif..rost..hang nak tgk sgt..tgk la...

Gathering umah Golok.

Last Sunday..satu gathering kecil-kecilan telah diadakan di rumah Golok yg terletak di Serdang belakang kilang Minlon..aturcara..makan char kuey tiau sampai muntah monggeng..tapi tak sempat lak nak amik gambar golok menari ngan sudip2nya.hehehe..antara yg hadir were Jeli and Zana, Rost and Muna, family Nakia and tak ketinggalan Din dengan bala tenteranya..hehe..habih adik beradik jepun dia angkut..anak dia yg laki tu siap bawak pistol..siap ada bunyik "fire, fire" dan ada laser skali..yang tragiknya..anak aku jugak yg jadi resaksa gorgon..isk..tak patut din nie tau..ada ka afiq aku yg jadi mangsanya..afiq tgk jer anak dia main pistol tu..aku tau dia teringin tapi dia lak reti bahasa..tau itu org punya..heheh..good boy anak mama..

Lepas kenyang makan, kami lepak2 sembang2 merapu..then after maghrib, we head to Alamanda putrajaya where it was the 1st time i step my foot there..hehehe...kesian aku kan..takpe la..bak kata hubby aku.."shopping complex sumer sama je yang.."..hmm..kat sana kami main bowling..hmm..biasa la, 1st game tu sumer masih malu2 termasuk la rost yg berlakon konon2 tak pernah pegang bola bowling..asik ke longkang je bola yg dia baling..so, melihatkan keterukan rost main, Jeli dengan bangganya mendahului Rost dengan jayanya..tapi tunggu..champion round tu mestila aku..hahaha...yg lain jeles..masuk second frame..golok dah panas hati..ye la..kalah di tangan wanita sensasi macam aku nie..dengan rasa tercabar..dia pun cubala mengalahkan aku dengan menstrike beberapa balingan..disebabkan aku kesian sgt dengan usaha dia tu, aku kasik la dia menang..ala..tipis jer kekalahan aku..maklumla..nak kasik can la katakan..hmm..amazingly second frame si Rost telah mengalahkan Jeli..hehehe..peh nie tobat jeli nak main bowling lagi kalau rost ada..hahaha..


selesai main bowling..kami gie ronda2 melihat keindahan putrajaya..lepak kat jambatan tu..hehhe..tpt tu mmg tpt lepak kut yek..ramai org berenti kat tepi tu..termasuk la kami nie..kat situ pun kami lepak sat je..dan la amik beberapa keping gambaq merapu..hehehe..pastu ingat nak pi kat masjid putra..malangnya tutup..hmm..satu yg memusykilkan..nape mgmt putrajaya tutup masjid tu..bukan ke masjid tpt beribadat..kena ada time tertentu ke nak access ke masjid? hmm..no wonder nak jadi bukan muslim lagi senang kat msia nie..rumah ibadat dibuka tanpa mengira masa..masjid kita??..(sigh).nie sebahagian gambar merapu..


Tapi heran jugak..mlm tu tukang amik gambar sumernya kena parkinson..tu pasal gambar semacam jer..hehhe..rugi la din tak ikut kan kengkawan yg pi...hahahhaaaaaaaa..

p/s: last but not least..tq to golok and erin for the treat..