Radja tidak kenal rocker Malaysia-nak padan muka sapa..muka dia ke muka kita?
Oleh: Abd. Aziz Itar
KEBELAKANGAN ini industri muzik tempatan seakan-akan ketandusan kumpulan rock baru yang berkaliber dan boleh diketengahkan hingga ke luar negara seperti di Indonesia. Justeru, tidak hairanlah banyak kumpulan rock tempatan yang baru tidak dikenali oleh para peminat dan pemuzik di negara seberang itu. Radja ialah antara kumpulan rock Indonesia yang tidak mengenali langsung kumpulan rock baru dalam industri muzik di Malaysia. Menurut vokalis Radja, Ian, dia hanya mengenali kumpulan rock lama Malaysia seperti Search yang pernah mencipta nama di negaranya suatu ketika dulu. “Saya tahu ada banyak kumpulan rock di Malaysia tetapi saya tidak mengenali kumpulan-kumpulan yang baru,” katanya semasa ditemu bual menerusi telefon dari Jakarta baru-baru ini. Kenyataan itu keluar daripada mulut Ian apabila dia ditanya tentang kumpulan rock Malaysia manakah yang akan dijemput sebagai artis pembuka tirai pada konsert mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dijangka diadakan pada 3 Jun ini. “Kami rasa lebih bagus kalau kami dapat mengadakan konsert itu bersama-sama dengan kumpulan rock dari Malaysia. “Kami mengambil keputusan itu supaya sambutan konsert tersebut nanti akan lebih bagus. Mesti ada kumpulan rock Malaysia yang hebat,” ujarnya. Bagaimanapun, Ian atau nama penuhnya Iandhika Mulya Ramadhan berkata, dia tidak menyalahkan kumpulan rock Malaysia apabila mereka tidak dikenali di Indonesia. Sebaliknya, kata Ian, banyak pihak termasuk syarikat rakaman harus bersikap proaktif bagi memastikan artis naungan mereka mampu untuk mencipta nama hingga ke luar negara. “Terpulang kepada syarikat rakaman bagaimana untuk mempromosikan sesebuah produk mereka. Siti Nurhaliza, misalnya, amat dikenali di Indonesia,” kata vokalis yang berasal dari Banjarmasin itu lagi. Konsert di Stadium Merdeka itu merupakan konsert terbesar Radja di Malaysia selepas tampil dengan empat buah album. Radja yang turut dianggotai oleh Moldy (gitaris), Seno (dram) dan Indra (bassis) akan muncul dengan album terbaru berjudul Aku Ada Karena Kamu. Album Radja yang akan diedarkan oleh EMI Music Malaysia Sdn. Bhd. itu akan berada di pasaran tempatan mulai 18 Mei ini. Antara lagu menarik yang dimuatkan menerusi album itu ialah Ikhlas, BBC (Benci Bilang Cinta), Angin dan Aku Ada Karena Kau Ada.

Sumber: Utusan Malaysia,4 Mei 2006
6 comments:
jgnkan radja.....aku pun xkenai,,,,
ada banyak agenda berlaku di starbucks kotaraya sila nyatakan tarikh dan waktu serta surat2 sokongan yang lain :p
sape radja tu??..aku kalo band tu rock & teramat la hensem pada mata aku, aku kenal la...hehehehehe....
oooo...zaman kamarul...tu dah kira pra-sejarah tu...lama tul, ingat la kut cos pas tu banyak palk barrista bertudung...keje kat mana skang ni?
dah macam ruang chat plak...hehe
yang hang dok sebok pasai apa.....
hehehe... sapa nak dgr lagu rock typical? tats y rock m'sia xleh jual... sapa best, org dgr n kenal la... ( money to de pepol!)
Post a Comment