Thursday, January 26, 2006

Kenangan TI 93/94

Tunggu time mamam
kadet bomba
A friend of mine, Hezrin dgn rajinnya telah meng'scan' gambar2 nostalgia zaman dulu2 masa sekolah kat Teknik Penang..dan aku dgn gembiranya menguploadkan gambar2 tu ke dalam blog aku..walaupun tak byk..tapi at least ada jugak..memories of TI always in mind.
.

Rasanya time sukan inter dorm..

lawatan ke Kedah..entah under persatuan apa..Sejarah kut..

Kumpulan nasyid Aspuri dengan Salmi sebagai penyanyi utama..abih sumer minah2 brutal join..

Wednesday, January 25, 2006

Solat..

Sembahyang Akhir Waktu Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyangAda posmen pulaUntuk hantar amalan kita padaNya.
Kisahnya….. Setiap kita ada malaikatMalaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kitaIa melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktuTolnya "free"Sekatan tol tiadaTiada "jem"Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan Tapi Jika sembahyang di akhir waktuTol free jugaTapi sekatannya MasyaAllah. Di langit pertama,Penjaga tol marahkan posmen kitaKenapa lewat poskan amalan kitaMerayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluanTetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..Jatuh berderai…Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua,Samalah juga,Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kitaTak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadiJatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kitaTak ade nilai….Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..Tak sampailah amalan kita kepada AllahSeolah-olah kita tak sembahyang jugaMaka… Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pulaHilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa Ish….Tak berbaloikan kita buat amalTapi tak sampai Dahlah tuTak de nilai Kena azab lagi nanti Ya Allah…Ampunkan kami…Kerana lalai…Sesungguhnya Engkau Maha PengampunLagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin.

Tuesday, January 24, 2006

Makin biadap diorang nie

A fren of mine hantar link artikel nie..when i clicked on it..and of course after reading it..sakitnya hati bukan kepalang..melihatkan kebiadaban manusia tak sedar diuntung nie..mau jer aku publishkan asal usul diorang kat sini..kalau Pickering tu tak tolong diorang..mau merempat sampai mampus kat bumi bertuah nie..
*WA Pickering - org yang bela nasib pendatang aka imigran era 1800..nak tahu lebih lanjut, refer Andaya, Barbara Watson & Andaya, Leonard Y, Sejarah Malaysia, 1983, Mcmillan Publishers*

Monday, January 23, 2006

naper ari nie serba tak kena..

Kes 1: Morning..i went to maybank section 14 PJ..nak buat ATM kad..susah la takde ATM kad nie walaupun tak kerap sgt guna pasal duit tak berapa ada kat dalam akaun..after 1/2 hour waiting, the officer in charge told me that their ATM offline..so they can't process my application..well, boringnya..dah le last 2 weeks aku pi tak leh buat jugak psl takder supporting document..pelik gak..dah ilang purse sumer..peh tu mintak supporting doc such as kredit kad, driving licence or surat beranak..ada ke sesape nak pikui surat beranak pi merata?? sudahnya aku balik le..maleh betui nak tunggu kat situ lagi..pi hari nie kata offline pulak..
Petang, aku rush pi maybank midvalley..kali nie aku harap boleh le nak buat ATM card..hmm, hampeh!! "maaflah kak, stok ATM kad dah habis kat sini, saya tak sure ada hantar lagi ke tidak yang baru"..just imagine..itu jawapan officer kat situ..sakit jer rasa ati..aku blah sambil senyum yang dibuat2 dan ada unsur2 sindiran..awatla maybank teruk sgt..
Kes 2: Balik dari mid valley, tengok pay slip ada kat meja..dgn hati berkobar2 bukak ler..mmg ada perubahan tapi nak tgk jugak..huwaa..COLA aku was missing..isk..i immediately contact bendahari..i was told yang aku tak dpt COLA because aku dpt elaun perkhidmatan kolej..isk..mana ada aku jadi penyelia kat kolej..dulu mmg ada dpply tapi aku tolak..so, aku bukan penyelia..hmm..takpela..org bendahari tu bgtau aku esok call balik utk confirm dgn officer yg bertugas..maybe next month dia masukkan..hmm..takpe la..janji ada..tapi frust le kan..ingat kut ada le lebih skit bulan nie..:(

Baru ada akai depa nieeeeeeee

9 menteri tarik balik memo -- Ekoran pertemuan hati ke hati dengan Abdullah di Putrajaya
Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK dan RAJA LUVENA SHARIFUDIN
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Sembilan menteri Kabinet bukan Islam hari ini menarik balik memorandum kepada Perdana Menteri yang meminta supaya undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula.
Tindakan itu diambil selepas lima daripada mereka bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya, pagi ini. Mereka ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek dan Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik. Keputusan itu dinyatakan oleh menteri-menteri yang mewakili parti komponen utama Barisan Nasional iaitu MCA, MIC dan Gerakan dalam kenyataan masing-masing lewat petang ini. Kenyataan empat perenggan MCA menyebut:
``Menteri-menteri parti MCA bersama menteri-menteri dari parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pagi ini dan mengadakan perbincangan berhubung isu Memorandum Menteri bukan Islam. ``Kami telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri bahawa kami tidak berniat sama sekali untuk memberi tekanan kepada kerajaan dengan mengemukakan memorandum bersama dan sebaliknya adalah untuk mencerminkan pandangan, cadangan dan kebimbangan bagi pihak masyarakat bukan Islam. ``Sebagaimana dinasihat oleh Perdana Menteri bahawa mengemukakan memorandum adalah tidak sesuai, kami telah bersetuju menarik balik memorandum berkenaan. ``Kami mengalu-alukan nasihat Perdana Menteri supaya meneruskan perbincangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk mencari penyelesaian isu pertukaran agama. Kami berkeyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri dalam mengatasi isu yang berbangkit.'' Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Ka Ting, Kong Choy, Soi Lek dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn. Kenyataan Samy Vellu yang juga Presiden MIC turut senada dengan MCA iaitu bersetuju menarik balik memorandum tersebut.
``MIC akur dengan nasihat Perdana Menteri dan berterima kasih kepada be-liau kerana sudi bertemu kami,'' katanya. Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dalam kenyataannya yang hampir sama dengan pemimpin MCA dan MIC turut bersetuju menarik balik memorandum tersebut. ``Selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, kami menyedari langkah tersebut tidak sesuai, tambahan pula ia kini menjadi pengetahuan umum dan memberi persepsi yang salah,'' katanya. Bagaimanapun, Keng Yaik berjanji akan mengemukakan cadangan serta pandangan selepas Peguam Negara membentangkan hasil kajiannya mengenai isu itu ke Kabinet kelak. Empat menteri yang tidak hadir pada pertemuan itu iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok; dan Chan Onn yang berada di kawasan masing-masing.
Semalam, Perdana Menteri menegaskan Perkara 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah tidak akan dipinda sebagaimana yang diminta dalam memorandum tersebut. Isu ini timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah apabila balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau. Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam. Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember lalu akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.
.
Baru ada akai..!!
Dipetik dari Utusan Malaysia, 22 Januari 2006.

Friday, January 20, 2006

What the hell??

10 menteri Kabinet bukan Islam serah memorandum kepada PM

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Sepuluh menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama. Memorandum itu, yang membutirkan undang-undang berkaitan dan beberapa perakuan, ditandatangani oleh semua menteri itu, termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.
Yang lain ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Datuk Dr. Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Maximus Ongkili; Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo Michael Toyad dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui.
Menurut Dr. Ongkili, memorandum diserahkan kepada Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet semalam.
``Cadangan itu akan dikaji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad; dan Peguam Negara. Mereka akan membuat perakuan wajar untuk tindakan lanjut,'' katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Dr. Ongkili berkata ini menunjukkan bahawa kerajaan bersifat terbuka dan sedia mempertimbang pandangan orang ramai berhubung soal perundangan. Beliau tidak menyatakan kandungan cadangan dan perakuan. Beberapa menteri lain, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan mereka menandatangani memorandum namun enggan menyatakan lebih lanjut dan menegaskan mereka tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas perkara itu. Masalah pertukaran agama timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhamad Abdullah bila balunya, S. Kaliammal, dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) terlibat dalam perebutan untuk mengkebumikan beliau. Moorthy, yang meninggal dunia pada 20 Disember, akhirnya dikebumikan oleh JAWI pada 28 Disember berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam dan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam kes berkenaan.
courtesy from Utusan Malaysia,20 Januari 2006
What are their intention? Pls..don't create another 13th May69..pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

betul ke info nie??

got this from email
Simpan no. siri hp anda - penting!!This is not a gimmick...try it..!!Ini adalah sesuatu yang bernilai untuk diketahui.Untuk mengetahui nombor siri handset, sila dail: *#06# Lima belas digit no. akan muncul di skrin handset anda.Catat no. ini dan simpan.Apabila handset anda di curi, telefon kepada telco anda dan beri no. ini.Dengan adanya nombor ini, mereka boleh blok handset anda jadiwalaupun pencuri tersebut tukar kad SIM, handset itu tidak bolehdigunakan langsung. Jadi dia tak dapatlah nak pakai sendiri atau menjualkannya.Jika semua orang lakukan ini, tiada sebab untuk pencuri mencuri handset lagi.Hantarkan ini kepada kawan anda yang mempunyai handset dan marilah kita bersama-sama membuatkan pencuri handset tukar kerja lain. (try sekarang!).

Thursday, January 19, 2006

Manusia Gila

Tengahari tadi lepas lunch, aku baca buku social work & social welfare by zastrow. So, bila baca pasal welfare, aku tercome across ttg pregnancy..suddenly i remembered, i've read one article about this crazy creature yang cuba melawan kuasa Tuhan yg Maha Esa. Male pregnancy..I don't really know what is his intention of getting pregnant..konon2 nak rasa how it feel to carry a baby in the womb..he's nut..aku cuba surf the website on this ridicilous story..there is a specific one on this matter..ya Allah, aku bebetul marah dgn perbuatan dia nie..rasanya patut dibunuh jer dia nie and sapa2 yg associate dgn dia. Seriously could not accept this..This wacko's name is Lee Mingwei..an artist from Taiwan..
what do u think of him..

Thursday, January 12, 2006

Aidiladha aka raya haji

hmm..masuk hari nie dah 3 hari kita raya haji..kat radio masih berkumandang takbir raya..best jer rasa..dapat dgr takbir dari malam raya sampailah esok. tahun nie would be a special year for muslims kan..in term of raya, tahun nie kita raya 3 kali..yahoo!!..
seperti tahun2 lepas, aku raya kat rumah sendiri..tapi tahun nie beza, aku raya kat rumah baru yg confirm umah sendiri..dulu raya kat umah sendiri yang disewa..hehehe..berbelit ayat aku yek..mama and ayah datang dari Ipoh. Sampai tengahari dalam kul 12.30..mama bawak rendang daging and nasi himpit..sempat lagi mama masak walaupun malam raya tu dia keje malam..nasib baik ada rendang mama..cover jugak apa yg aku masak ari tu..huwa..rendang ayam aku tak jadi..tomyam aku tak jadi..entahla..aku tak dpt la kepakaran memasak dari mama..nak tau apa jadi ngan rendang aku??..cair..aku tak teringat langsung yg ayam tu dah berair..isk..bodohnya aku kan..tomyam pulak..tak cukup masam..aku tak tau dah nak buat macam mana bagi masam..limau dah perah 4 biji..pun tak jln jugak..tu la hasilnya orang yang rajin memasak mcm aku nie..heheehe..next time nak masak utk raya kena training la..

Wednesday, January 04, 2006

PENAT, TENSION, SEDIH!!

Entahla..tak tau naper this year start dgn perkara2 yg tak best..sumernya menensionkan..hmm..i guess Dia nak duga..after all, semua dugaan tu kena terima coz dah tak leh nak buat apa lagi..
Seriously, lepas 4 hari berpindah, still byk yg nak kena susun..byk betul barang2 aku rupanya..ingatkan sket jer..ntahapa2 khazanah tah yg aku angkut dari umah lama..khazanah? erk..kunci khazanah..:(..seriously, penat tak ilang lagi until now..mau seminggu nie tak reda lagi umah aku tu.
Pindah umah nie byk la guna cash..isk..aku rasa cam nak buat part time jer carik duit lebih..keje kat mcD ker, jusco ker..starbucks ker..hmm..starbucks..(i was there b4, best keje situ..). Dah le financial tight, aku diduga pulak dgn kehilangan purse @wallet..sedih la..bukan sahaja sbb aku hilang duit dlm tu, tapi hilang all the document penting such as my IC, matrix card, ATM card, lesen, access card umah. Nak wat camner, aku admit salah aku..terlupa nak amik purse yg aku letakkan atas rak kasut masa nak bukak pintu umah..dah bukak pintu nonong jer masuk umah..Nak replace tu sumer consume duit..smalam, aku buat IC..kena RM40. nie nak apply access kad kena RM60. Lesen rasanya kena lagi RM50..ATM kad entah berapa pulak dia nak charge..isk.huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Aku dah citer kan yang disertasi aku almost finish..u know what? laptop aku hard disknya maybe crack...arghhhhhhhhh........what an exciting start for this new year..:(