10 menteri Kabinet bukan Islam serah memorandum kepada PM
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Sepuluh menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama. Memorandum itu, yang membutirkan undang-undang berkaitan dan beberapa perakuan, ditandatangani oleh semua menteri itu, termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.
Yang lain ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Datuk Dr. Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Maximus Ongkili; Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo Michael Toyad dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui.
Menurut Dr. Ongkili, memorandum diserahkan kepada Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet semalam.
``Cadangan itu akan dikaji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad; dan Peguam Negara. Mereka akan membuat perakuan wajar untuk tindakan lanjut,'' katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Dr. Ongkili berkata ini menunjukkan bahawa kerajaan bersifat terbuka dan sedia mempertimbang pandangan orang ramai berhubung soal perundangan. Beliau tidak menyatakan kandungan cadangan dan perakuan. Beberapa menteri lain, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan mereka menandatangani memorandum namun enggan menyatakan lebih lanjut dan menegaskan mereka tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas perkara itu. Masalah pertukaran agama timbul berikutan kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhamad Abdullah bila balunya, S. Kaliammal, dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) terlibat dalam perebutan untuk mengkebumikan beliau. Moorthy, yang meninggal dunia pada 20 Disember, akhirnya dikebumikan oleh JAWI pada 28 Disember berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam dan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam kes berkenaan.
courtesy from Utusan Malaysia,20 Januari 2006
What are their intention? Pls..don't create another 13th May69..pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

No comments:
Post a Comment