Tuesday, December 28, 2010

D46T



Cantik menarik tertarik kau memang the bomb..:)..saja promote..dia contribute bonus aku...hihihihih

Thursday, December 23, 2010

P2 dan Ex-Gratia


Kakitangan yang setia menanti pengumuman khas
Sempat berposing sebab tahu Faizal Mubin standby camera
Tahi lalat yang kelihatan jelas di wajah
MD yang bersemangat memberitahu 5.5
Salam semua
Semalam, 22 December 2010 Pengarah Urusan Perodua telahpun memberikan perutusan khas sempena akhir tahun. Antara yang dihebahkan adalah pencapaian keseluruhan Perodua di mana tahun ini merupakan pencapaian terbaik setelah 17 tahun Perodua berada di pasaran. Walau bagaimanapun, target jualan unit kenderaan masih belum tercapai di mana target asal adalah 189000 unit. Tidak pasti berapakah unit yang telah terjual setakat ini. Booth Perodua di KLIMS pun mendapat tempat ketiga selepas Toyota dan Honda. Perodua Bezza prototype tu pun Tun Mahathir kagum. Beliau tidak percaya bahawa itu adalah hasil kerja anak watan Malaysia di Perodua nie. Pengumuman yang ditunggu2 oleh warga kerja pun ada. Cuma, kali ini pengumuman yang diberikan adalah luar jangkaan..tidak seperti yang diharapkan..perkataan ex-gratia mula berlegar-legar di minda warga Perodua..aku sendiri tidak begitu memahami apakah itu ex-gratia tapi tidak berminat pula aku untuk mencari maknanya..hahahah..bukan apa, dah kecewa sebab gaji masuk 27hb..huhuhuhu..baru je cadang-cadang nak berpoya-poya di kampung..tapi takpe la..tunggu je la..apa-apapun, terima kasih kepada syarikat..Fly High Perodua..yoshh

Sunday, December 19, 2010

Selamat berpisah wahai Cumi


Gambar diambil sewaktu hendak dibawa ke OT untuk pembedahan pertama pada 12 April 2010.
Jauh renungannya..tidak pasti apa yang difikirkan..
Antara senyum dan tawa di Aidlifitri 1431H
Tawa yang tersembunyi seribu duka bagi kami yang melihatnya

Akhirnya Cumi pergi menemui penciptanya pada 19 December 2010, 22 hari selepas Pakcin pergi..al-fatihah untuk kedua-dua pakcikku sayang..


Saturday, December 18, 2010

Umat Nabi Luth kembali..:(


Salam
Sangat menyedihkan apabila aku melihat klip ini. Beristighfar panjang aku. Ya, aku memang seolah-olah menjadi manusia yang mengalami kejutan budaya. Ya..kerana aku dibesarkan dengan ajaran Islam yang menyatakan manusia itu dijadikan berpasang-pasangan yang berlainan diantaranya. Apakah ini yang dikatakan manusia sudah tiba ke akhir zaman? Tidak malu untuk mengaku bahawa apa yang dilakukannya melanggar batasan agama suci Islam? Tertanya-tanya aku pada diri ini, apakah lelaki ini tidak mempunyai asas agama? Tidakkah dia mengetahui bahawa perbuatannya itu dlaknat Allah SWT? Tidakkah dia memikirkan perasaan ibu bapanya, keluarganya serta ahli masyarakat yang lain yang tidak sealiran dengannya? Di kesempatan ini, aku tidak mempamerkan klip ini untuk dirinya dihina tetapi aku mengharapkan sesiapa yang menonton dan membaca blogku ini untuk mendoakan agar lelaki ini dan semua umat muslimin muslimat yang hanyut dari jalan kebenaran Allah untuk kembali ke pangkal yang haq. Insya Allah...

Sunday, December 12, 2010

Separuh Jiwaku Cair..


Awie tetap penyanyi yang terbaik bagi aku. Walaupun tidak mendapat award yang grand-grand macam Dato Siti Norhaliza tetapi Awie akan tetap menjadi penyanyi nombor satu di hati aku..I like..:)

Hantu Kak Limah kome wei..

Salam
Malam tadi, aku, sang suami, abang poe, sue, acik, marina dan abang lang pergi menonton filem terbaru arahan pengarah pojaan Mamat Khalid. Cerita Hantu Kak Limah balik rumah. Hihihi..dah tentu aku nak tengok sangat sebab (1) Ada Awie, (2) Sebab dia cerita Mamat Khalid dan (3) sebab dia dikatakan sequal kepada Zombi Kampung Pisang (my fav ever). Hmm..kalau tengok dari sedutan dia kat TV tu, memang lawak la..aku even tengok 'the making' dia di TV. Best..best..bila tengok kat wayang malam tadi, ada benda yang tak best..sebab aku kena duduk kat sit no P..mendongak ke langit wei..takpe la. Secara peribadi pendapat aku (diulang pendapat aku), aku lebih sukakan ZKP. Lebih lawak, lebih terkesan di hati dan pelakon dia lebih best la. Johan Raja Lawak tu ok tapi aku rasa ada orang yang lebih ok. Pastu, scene hantu kopek tu pada aku tak best sangat..hihhi..siap berlakon dengan coli lagi..iskk..:P. Pada aku tu la yang tak bestnya. Walau apapun pandangan aku, abang Mamat sudahpun buat yang terbaik dalam filem-filemnya..semoga abang Mamat terus berjaya di masa-masa yang akan datang..


Friday, December 10, 2010

Raket murah orang pun lubuk? Update


Kepada dia bakal ku serahkan
Sedang beraksi menggunakan raket pinjam
with abang Poe

Salam
Aku sekarang baru je berkecimpung dalam dunia badminton. Bukan seorang pemain yang baik jauh sekali handal, raket yang aku punyai hanyalah sebatang raket bernilai rm59.90 yang aku beli di JJ Kepong. Hahaha..mesti orang yang biasa main badminton atau yang biasa dengan raket akan menggelakkan aku..biarlah..aku sedar diri..aku tak terer..beli raket mahal-mahal pun tidak memberi makna pada aku. Kalau dah lubuk tu, lubuk la.
Tapi entah kenapa, setelah hampir 2 bulan main, baru aku terasa, raket rm59.90 tu tak best la..hahaha..kenapa aku rasa camtu ye? sebab aku dok pinjam raket teman sebilikku yang harganya rm180. Bezakanlah rm59.90 dengan RM180. Mesti boleh rasa kan perbezaannya. Harga tu tak menipu bak kata bibik aku. Sekarang, aku dah tak pernah guna raket aku tu. hahaha..belagak je kan. Raket aku tu akan aku sedekahkan secara rasminya kepada anakanda Afiq sejurus aku dapat raket baru aku..hihihi..macam mana rupa raket baru aku tu pun aku tak tau..sebab abang Poe yang belikan. Malam karang baru nak tengok rupanya..Nantilah, kalau rajin aku upload yek..:P

update: gambor raket baru aku...yeehaaa


Monday, November 29, 2010

Belasungkawa-Alfatihah untuk Mohd Hussin Hj Mohd Noor

Liyana sedang mengurut Pakcin yang mengadu sakit pada ulu hatinya.
Gambar ini seminggu sebelum Pakcin meninggalkan kami
Ayah memberikan kata-kata peransang kepada arwah adiknya.

Salam semua
Kehilangan ahli keluarga adalah amat memeritkan dan menyedihkan. Tanggal 27 November 2010, kami sekeluarga kehilangan seorang ahli, Mohd Hussin b Hj Mohd Noor. Arwah hanya disahkan mengidap kanser 3 bulan sebelum pemergiannya kelmarin. Betapa sakit kanser itu satu penyakit yang amat jahat sifatnya. Arwah yang aku panggil Pakcin merupakan adik kedua bongsu ayah. Sebelum arwah, paksu ku yang ku panggil Cumi menderita sakit dalam kepala yang sehingga kini masih belum sembuh sepenuhnya. Dulu, kami bersedia untuk Cumi dipanggil mengadapNya. Ternyata ketentuan Allah itu lebih hebat. Pakcin yang sebelum ini sihat walafiat disahkan mengidap kanser tahap 4 dan tiada lagi peluang untuk meneruskan rawatan chemo. Arwah meninggalkan isterinya Suhaila Suhaimi (wanchik) yang sama usianya dengan aku serta 3 orang anak-anak yang masih kecil. Dina-12 tahun, Ain-11 tahun dan Hakimi-9 tahun. Aku berdoa semoga Allah memberikan ketabahan kepada Wanchik serta mencucuri rahmatNya pada roh arwah Pakcin. Untukmu Pakcin, semoga rohmu tenang disana serta ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman. Alfatihah untuk pakcikku sayang....

Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 1431 Hijrah


Bahagialah lembu ini dipilih untuk dikorbankan keranaNya

Ayah antara petugas

Mula dilapah


Sudah boleh mula diagihkan

Salam
Aku mungkin terlewat sikit untuk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua yang membaca blog ini. Tapi aku rasa masih belum lewat jugak sebab kita sambut Aidiladha extra 3 hari . Infact, hari ini, masih bergema takbir raya yang sayu kedengaran di kaca tv..
Sambutan Aidiladha tahun ini agak sederhana. Tahun lepas, aku ada buat aqiqah untuk diri aku sendiri dan anak-anak2 Aqif dan Adriana. Tahun ini, tiada perancangan. Insya Allah, tahun depan keluarga aku bercadang untuk melaksanakan ibadah qurban. Cukup 7 bahagian. Insya Allah..semoga Allah permudahkan.

Monday, November 15, 2010

Belahan Jiwaku Berjaya




Salam
Semalam, double happiness yang Allah Taala hadiahkan kepada aku dan suami. Tidak perlu berbicara panjang kerana sekeping gambar mampu menceritakan berribu perkataan..

Wednesday, November 03, 2010

Alam Sudah Semakin Marah







Salam
Kesemua ini adalah ujian Allah terhadap hambaNya..

Sunday, October 24, 2010

Aku Lubuk


Salam
Sesuai dengan nama team..Team belasahan..huhuhu..first round dah kalah..takpe..cuba lagi
P/S: sila abaikan muka saya yang selenge itu..baru lepas kalah tu..:P

Thursday, October 21, 2010

Estet

Salam
Yesterday was awesome. Had the nice 'post replies' with Mamat Khalid on his FB wall. At one moment, he send me a message through inbox. It's a PM..gee..i had an invitation to watch his prime movie preview for his movie Estet. I was about to watch it at the cinema with my family and tada...like a sleepy person being offered a pillow..hahaha (orang mengantuk disorongkan bantal la tu) hihihi..apa lagi..tukar bahasa lak la..hahahaha..memula macam agak skeptikal aku menerima pelawaan orang tua tu..hmm..betul ke ni Abang Mat?..dia balas dia reserved dua seat utk Nakia Yusuff, laki bini..hahaah..bahagia..bahagia..
So, lepas kerja, aku dan lagi meneruskan aktiviti aku..main netball kat padang. Mana boleh tinggal tanpa sebab...sukan tu kan sebahagian dari jiwa aku yang karat nie..huhuhuu.tapi cakap kat Alis, akak nak balik awal hari nie,nak tengok wayang..hahahaha..Apa? Sapa Alis? Ketua team netball aku la..elok habis netball, aku cargas terus balik. Sampai rumah, siap-siap terus keluar. Tapi sebelum keluar tu, ada jugak cabaran yang aku kena hadapi..aku ingat, sempat keluar sebelum anak-anak balik ngaji..tapi deme-deme tu sampai tengah siap..adoi..rosak program aku..so, kena jugak dengar bebudak nie nangis dulu especially si Aqif..ayoyo..( ayoyo nie gara-gara cerita estet ni la)..hihihi..dah jenuh pujuk..akhirnya dapat jugak keluar dengan jayanya..Sampai kat Curve, punyalah ramai orang..ingat ada preview je..rupanya ada Festival Filem Malaysia punya event kat situ..ramai jugalah artis yang aku nampak..tapi takdela heran sangat..fokus aku dua benda...nak amik tiket dan amik gambar ngan Mamat Khalid..huhuhu..akhirnya dua-duanya terlaksana..
Me and Abang Mamat Khalid..pengarah pojaan hatiku
Tiket yang diberikan khas
Syed..ini pangkat pakcik pada aku..mama's cousin
Aku sebenarnya nak amik gambar kat tempat Gita tu..baru best..tapi ramai orang.malu
..

Sunday, October 17, 2010

Sharing is caring

Rumahtangga merupakan alam baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 80 yang bermaksud,

'Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)'

Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.

Keluarga Islam wajib menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. Menjadi tugas dan tanggungjawab suami isteri untuk mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud;

'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada untuk membentuk sebuah keluarga cemerlang antaranya bertakwa, bekerjasama, saling memahami, sayang menyayangi dan bertanggungjawab. Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak yang masih kecil seharusnya dididik mengerjakan sembahyang supaya apabila dewasa nanti mereka memahami bahawa sembahyang itu adalah wajib bagi setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

'Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka.'

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Bagi membentuk keluarga cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ini dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama. Pembacaan buku agama di rumah beramai-ramai juga merupakan amalan yang sihat bagi rumahtangga cemerlang kerana secara tidak langsung dapat menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan ahli keluarga.

Amalan-amalan tersebut selain mempunyai faedah yang besar, ia dapat mendidik anak-anak menghayati budaya keluarga Islam yang cemerlang. Ia juga dapat menghindari ahli-ahli keluarga terjerumus ke dalam maksiat dan kemungkaran seperti keruntuhan akhlak atau haruan makan anak.

Oleh itu, setiap lelaki muslim sebelum melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dan menjadi ketua keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga cemerlang. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;

'Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah belanjakan sebahagian dari harta benda mereka.'


Dipetik dari sumber: www.islam.gov.my

Tuesday, October 12, 2010

Awie - Di Penjara Janji







.................................................................................................:(

Sunday, October 10, 2010

5 tahun sudah

Sebahagian dari kanak-kanak yang hadir
Sedang memotong kek birthdaynya

Salam
6 Oktober 2010, anakanda keduaku Muhammad Aqif Nafizuddin turns 5. Macam baru je rasanya aku tak puasa sebulan sebab dia dilahirkan dalam bulan Ramadhan 2005. Hari lahirnya telah aku sambut sekeluarga pada 2 October yang lepas, sempena sambutan Syawal 1431 Hijrah.
Ramai tetamu yang hadir, terutama ahli keluargaku..terima kasih diatas kehadiran anda semua..:). Kek Aqif telah dibuat oleh Makcu Bai..thanks for the great tasted cake makcu..

Wednesday, September 29, 2010

Starain Kindergarten Concert





Salam
Last weekend 26th September 2010, Aqif had his concert day at Dewan Alwy, FRIM. He was involved in dancing with Oh Suzana by late M Osman as the background music. He was so reserved when asked about the steps. We only had the chance to see him dancing on the day itself. So cute..hihihi..

Sunday, September 26, 2010

Tidak sengaja



from L to R: Nakia, Adee's friend, Helmi, Hezrin, Mima, Pidah and Adee
Salam
Gambar di atas menunjukkan aku dan kengkawan aku beraya di rumah Hezrin. Kecuali Hezrin dengan Helmi, yang lain dah dekat 16 tahun tak jumpa. Masing-masing dah berubah..:). Memang aku tak jangka nak jumpa diorang, sebab aku pergi pun dah lewat. Aku excited sampai tak teringat nak tanya yang lain kerja kat mana except for Pidah..kerja SKMM..suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia..tapi for sure, diorang semua berjaya..short meeting tapi aku rasa satu hari kena organize gak untuk meet up with the rest yang ada kat area Lembah Klang nie..Insya Allah

Tuesday, September 21, 2010

Berakhirkah penderitaan itu?

Salam
Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita yang pada aku sangat menyedihkan. Aku rasa, bukan aku sahaja yang berasa sedih..tetapi yang membaca blog aku juga mungkin berasa yang sama..Runtuhnya masjid Allah..bukan masjid rumah Allah tetapi rumahtangga. Rakan aku, seorang perempuan yang aku namakan In merupakan seorang isteri yang baik dari pandangan mata aku. Ya, aku tidak tinggal serumah dengannya tetapi berdasarkan persahabatan kami, aku dapat rasakan In memang seorang isteri yang tidak ada cacat cela yang 'major'. Sebagai manusia, tidak ada yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. In adalah seorang wanita yang berkerjaya. Mempunyai pendapatan yang agak lumayan dan berkarisma, dia sanggup meninggalkan kesemuanya apabila bernikah dengan lelaki pujaan hatinya. Menjadi suri rumahtangga, masanya hanyalah untuk suami dan anak-anak. Tidak ada istilah keluar berjumpa teman-teman apatah lagi menyebut untuk bekerja bagi membantu suaminya kerana perkara-perkara itu merupakan JANGAN dan TIDAK BOLEH baginya. Sebagai isteri, In akur dan meneruskan kehidupan bersama suaminya lebih dari 10 tahun. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari..kecurangan sang suami membuatkan In tekad untuk mengakhiri segalanya. Bukan tidak pernah diberi peluang, tetapi kecurangan yang berulang kali menyebabkan In tidak mampu membendung lagi perasaannya..aku faham, sebagai isteri, aku juga tidak mampu menghadapi situasi itu..ya..KECURANGAN SUAMI adalah perkara yang sangat ditakuti dalam hubungan suci ini..anak-anak pasti menjadi mangsa keadaan ini tetapi apakan daya..dia harus akhiri penderitaannya dan aku yakin dia sudah berfikir panjang dengan keputusannya itu..buat temanku In..aku mendoakan agar dirimu sentiasa dirahmati Allah selalu..