Friday, December 30, 2005

COLA

COLA-Cost of living allowance..hari nie dalam paper dilaporkan elaun nie akan mula dibayar pada Januari 2006..aku as kakitangan gov nie syukur sgt2..walaupun jumlah yg dibayar tu mcm tak byk (according to CUEPACS)..tapi aku tetap syukur..saper nak kasik RM150 pada kita kan? somehow, usaha cuepacs nak fight tentang jumlah tu patut dipuji..ye la..diaorang fighting for our own sake jugak..

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
*some of the article have been edited to make it short*

Cola tetap diteruskan ikut jadual
Oleh: SRY ANGRENI MOHD. ZET
PUTRAJAYA 29 Dis. - Pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bagi kakitangan awam yang bermula bulan depan akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, walaupun mendapat bantahan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dari segi kadar bayaran.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Ismail Adam berkata, sehingga kini tiada arahan baru berhubung pemberian elaun sara hidup itu walaupun selepas Cuepacs mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung perkara itu.
``Jadi berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan, COLA akan dibayar kepada kakitangan awam mulai 1 Januari ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pemberian COLA bagi kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54 di kawasan bandar besar atau utama sebanyak RM150 manakala RM100 bagi yang berkhidmat di bandar lain dan pekan.
Selain itu, ia mencadangkan agar COLA dipanjangkan kepada kakitangan awam yang mendiami kuarters.
Dalam Bajet 2006, Perdana Menteri mengumumkan pemberian COLA antara RM50 dan RM150 sebulan bagi kakitangan awam mulai 1 Januari ini dalam Gred 1 hingga Gred 54. Bantuan sara hidup sebanyak RM150 sebulan diberi kepada mereka yang berkhidmat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Johor Bahru, Georgetown dan Butterworth.
Bantuan RM100 sebulan pula adalah kepada mereka yang bertugas di 26 bandar lain manakala di kawasan lain akan menerima RM50 sebulan. Cuepacs turut mengemukakan cadangan agar kadar ITKA bagi kumpulan sokongan yang meliputi lebih 50 peratus daripada kira-kira sejuta kakitangan awam negara ini dikaji semula kepada RM250.
Alasannya, kadar ITKA kumpulan sokongan tidak berubah sejak 14 tahun lepas iaitu pada kadar antara RM65 dan RM80. Pada Bajet 2006, kadar ITKA kumpulan pengurusan dan profesional diselaraskan dari RM170 hingga RM300. COLA pernah dibayar kepada kakitangan awam pada tahun 1970-an bagi menampung kos saraan hidup bekerja di kawasan bandar.

Tetamu dari desa..

Hmm..mak and abah mertua and adik ipar aku sampai dari sg acheh last 2 days..ada 2 reasons yang menyebabkan diorang sampai. 1st dan utamanya because of afiq..2ndly because we are going to move to my new house this weekend. I guess this event might be a joyous moment too as it is our new house..sendiri beli la maksudnya..walaupun penat nanti toksah ckp la..luckily ada mak..boleh tolong tengokkan anak2. Acik pulak bolehla tolong angkat apa2 yg patut kena angkat..
Bila fikir pasal pindah, aku terasa kesal pasal tak menang kunci khazanah tu..kalau tak, ada la duit lebih skit nak masuk umah baru..ye la..memacam nak kena buat kat umah tu..sapa yg pernah masuk umah baru tau laa..isk.."zack, ko dah jual ke kereta besor tu? meh skit hasil.."hehe...just kidding tapi kalau nak bg apa salahnya kan..

Tuesday, December 27, 2005

TAKUTNYA..

Tadi aku dapat call dari orang pejabat dekan..katanya esok Dekan himself nak jumpa aku..isk..nie yang tak best nie..mesti pasal SLAB aku yang tak siap2 lagi tu..so soon after aku dpt call tu, terus jer aku pi jumpa penyelia aku Prof Hadi..aku tanya dia what shall i answer if the dean asks about the disertation? hmm..prof kata jawablah dah finalized..hehehe..best jugak sebab at least aku punya disertation mmg dah boleh finalized..satu bab jer lagi nak buat correction..yahoo..hopefully soon aku leh grad..maybe ini yg dikatakan rezeki anak2.
Harap2 esok everything will be fine insya allah..takut woo..jumpa big boss...
Dean Prof. Dr. Mohammad Raduan B. Mohd Ariff M.A (MAL), Ph.D (MAL)
NIe ler Dekan Aku..

Monday, December 19, 2005

Semoga rumahtangga kita bahagia..

Semenjak dua menjak nie, rumahtangga artis berdua nie dah macam retak menanti belah..kesian..sedihnya rasa bila rumahtangga yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta nak dirobohkan macam tu jer..mungkin ketidaksefahaman memaksa tapi cubalah usaha sebab Tuhan pun tak suka umatnya bercerai-berai walaupun perkara itu dihalalkan olehNya..

To Erra and Yusry..Noraniza and Fareez...try to work it out ya??!!


Semoga rumahtangga aku aman bahagia..Amin.

kasihnya ibu..sayangnya ayah..


kalau tengok pada cerita nie..aku sgt kagum..ada 17 anak..more than half berjaya ke universiti..they themselves takder kelulusan..buta huruf lagi but they managed to raised their children to be an "insan"..aku tahu ramai lagi kat luar sana yang macam atuk and opah nie..

Dipetik dari Utusan Malaysia,19 Disember 2005


BALING 18 Dis. - Dia hanya seorang penoreh getah, buta huruf dan mempunyai 17 orang anak.Sekali pandang, tidak ada apa-apa keistimewaan tentang hidup Sulaiman Saipin, 70, dan isterinya, Esah Din, 69.
Bagaimanapun, anda mungkin tidak percaya jika diberitahu, 13 daripada 17 anak-anak mereka telah berjaya memasuki universiti.
Malah lebih membanggakan, kesemua anak mereka kini bekerja di sektor awam dan swasta dengan menyandang pelbagai jawatan tinggi.
Pada kebanyakan orang, mempunyai anak yang ramai satu beban terutama dari segi menentukan masa depan pendidikan mereka.
Bagaimanapun, anggapan itu meleset apabila Sulaiman yang bekerja sebagai penoreh getah membuktikan sebaliknya.
Rekod Sulaiman, boleh dianggap satu pencapaian yang mengagumkan.
Apakah rahsia Sulaiman dan Esah sehingga 13 anaknya itu berjaya memasuki menara gading?
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Merah Kuala Ketil di sini hari ini, Sulaiman berkata: ``Sebagai seorang buta huruf, saya mendisiplinkan anak-anak dengan mengutamakan pelajaran. Ini kerana, ada masa bermain dan masa mengaji, semuanya perlu ikut peraturan.
``Selepas balik dari menoreh getah, saya akan periksa buku mereka. Jika ada tanda merah dalam buku rekod, saya akan pukul mereka.
``Saya sering menggunakan rotan untuk mendisiplinkan anak-anak saya.''
Bagaimanapun, katanya, garang dengan anak-anak bukan bermaksud benci tetapi itulah lambang kasih sayang kepada mereka.
Menurutnya, walaupun dia dan isterinya tidak faham tetapi sentiasa mengawasi semua anak-anak supaya belajar mengikut waktu.
Pasangan itu mempunyai 17 orang anak, iaitu 12 lelaki dan lima perempuan.
Tambah datuk kepada 69 cucu ini, dia dan isterinya tidak pernah bersalin pakaian malah pernah menjual tanah kerana mahu membiayai pelajaran anak-anaknya.
Berkat kesabarannya, 13 anak-anaknya itu telah berjaya memasuki universiti.
Anak-anaknya itu ialah Ishak, 53, bekas pegawai tentera; Yahaya, 51, juga bekas tentera; Ahmad, 50, seorang guru lepasan Universiti Perguruan Sultan Idris; Abd. Malik, 49, guru lulusan Universiti Sains Malaysia (USM); Abd Aziz, 47, lepasan Universiti Putra Malaysia(UPM) kini bertugas di Pejabat Pendidikan Kuala Muda.
Anak keenam, Rosilah, 45, guru lepasan maktab perguruan; Shafei, 44, lepasan UPM kini bertugas sebagai Pegawai Alam Sekitar di PutraJaya, manakala Bahar, 42, lulusan Universiti Malaya (UM) kini bertugas sebagai guru.
Anak kesembilan, Zulkifli, 40, seorang Penguasa Kastam lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Shahabuddin, 39, lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini bertugas sebagai jurutera awam sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Anak Sulaiman yang ke-11, Abd Mutalib, 38, kini bertugas sebagai seorang guru di Pokok Sena, Kedah adalah lulusan UPM, manakala adiknya, Mohd. Noor,37, seorang pengurus sebuah ladang di Pahang juga lulusan UPM.
Anak ke-13, Ainon,35, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) kini bertugas sebagai akauntan di Sungai Petani sementara anak ke-14, Noraini, 33, lulusan UM bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Tanjung Malim, Perak.
Anak ke-15 pasangan suami isteri ini, Aidah, 31, seorang akauntan di Kuala Lumpur lulusan UM.
Anak ke-16, Abu Bakar, 26, bekerja di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan lulusan politeknik sementara anak bongsu pasangan ini, Norhana, 24, lulusan UUM bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Nerang, Kedah.
Ditanya lebih lanjut, Sulaiman berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang banyak.
``Itu adalah rezeki biarpun sedar kepayahan dan kesusahan untuk membesarkan kesemua mereka,'' katanya.
Sebagai seorang penoreh getah, Sulaiman berkata, dia terpaksa bergolok bergadai untuk membesarkan anak-anaknya.
Bagi Esah pula, walaupun mempunyai anak yang ramai tetapi dia lega kerana hasil penat lelah berbasikal setiap hari untuk pergi menoreh selain berdoa pada Ilahi, telah menampakkan hasilnya.
Di samping itu, paling membanggakan katanya, kesemua anak-anaknya tidak dilahirkan di hospital sebaliknya di rumah .
Esah yang lebih gemar memakan jamu tumbuk buatan sendiri berkata, apa yang dikecapinya sekarang adalah hasil kerja keras dia dan suaminya.
``Setiap kali keluarga besar ini berkumpul seekor lembu terpaksa dikorbankan,'' tambahnya.

Tuesday, December 13, 2005

CASH ATTACK WEEKLY WINNERS..

hmm..memang benar kata orang..kalau kita nak kawen tu tuhan selalu bagi rezeki..as quoted " rezeki orang nak kawen"..hehe..my sister, Nyah is so lucky today as she had won RM500 cash in Cash Attack competition organized by BCB Bank. Why i said so, sebab Nyah nie nak bertunang bulan depan..insya allah on her 26th birthday..15 January 2006...anyway, Tahniah Nyah...

p/s: nak sket leh??..hehehe..leh ler open table nanti..

http://www.bcb.com.my/index/cashattackwinners.htm

CASH ATTACK WEEKLY WINNERS
Cash Prize of RM500
(Contest Period, 27 November - 3 December 2005)

CHENG CHIU SUAN
771210-03-5734
KINTAN AZURA BINTI MOHAMED YUSUFF
800115-06-5636
CHENG GEIT TIANG
510103-02-5121

Thursday, December 08, 2005

Cucu oh cucu...


Opah and Aqif..

Sejak aku balik dari confinement kat umah mak aku, dia selalu jer tipon..leh kata hari2 dia call..nak2 kalau dia keje, ligatler dia guna tipon opis tu utk call aku. Yang sebenarnya, aku tau mak aku tu rindukan cucu dia..Afiq and Aqif..but i guess lebih pada Aqif sebab dia bela sebulan lebih..aku ada tertinggal baju aqif kat sana..mak aku siap tak basuh..cium baju tu sampai nangis2..tu la dia penangan cucu kan..aku paham macam mana perasaan mak aku tu sbb masa mak mentua aku bela Afiq, tu pun aku dah ngobak2..(erk..tau ke ngobak tu aper? Perakianss..pls advise. Yang mak mentua aku pun sama kes..dia dok sebut suruh tinggalkan Afiq kat kampung. Dia nak jaga sampai bukak sekolah tapi Afiq tak nak and ayah dia pun rindu kat anak dia. So, we brought back Afiq..masa kami blah tu dia ok lagi, the next day, she called and started crying as if something bad happened. Rindu sangat kat Afiq..aku tak pernah dgr mak mentua aku nangis camtuh..kesian kat opah and maktok..if i could let them care of my sons but aku
sendiri tak tahan rindu ngan anak2..camner nak lepas..sorry to both mak..
Tok and Afiq
Yang tok pun sama..suruh tinggal Afiq kat Ipoh..mcm
ler dia nak jaga sangat..mmgler bila takder rindu2an..nanti dah ada kat situ, sure Afiq kena tinggal kat umah bila ayah aku pi main golf..isk..perasan tak benda yang Afiq dok pegang tu..tu la 'CAT' dia..benda tu la dia dok gigit..cium bila menyusu..bau usah cakap la..masam nak mampuih..tu dia baru lepas sua kat tok dia la tu..tu yang tok gelak sakan..
Gambar maktok and tok ayah masih belum ada..nanti balik kg aku amik..sabaq naa mak n abah..nanti cek buh gambaq..

Wednesday, December 07, 2005

Pengalaman indah seorang mama..


3 Oktober-kelas seperti biasa. pagi ada tutorial. budak2 tak submit assignment lagi. mintak tempoh sampai hari rabu. Aku jawab tak boleh sebab mana tahu kut aku terberanak ke hari rabu tu..Mulut masin..tgh hari, turun tanda darah..isk..heran..tak sakit apa pun..tapi dlm hati tu dup dap dup dap jugak..takkan nak kuar dah kut..lambat lagi nak..takpe..aku pi klinik dgn hubby. Check. Dr buat VE..tak bukak lagi pintu rahim..tapi dia dgn kalutnya suruh aku p hospital.."you might be delivering at least this evening"... aku pun amik mc..submit kat opis..then balik umah. Drive sendiri tau..hubby balik naik motor..nasib baik semalamnya dah packing skit. So packing yg balance, tunggu hubby balik, amik Afiq and we shoot back to Ipoh..dlm perjalanan, tak terasa sakit tapi risau gak kut la dia titiba jer nak kuar..macam si Abby Abadi tu..tak psl lak kang aku kuar paper..bersalin dlm keter kat highway..isk..glamer tuh..Sampai Ipoh ptg kul 6.30pm. Still tak sakit tapi tanda turun lagi..aku takmo pi hospital lagi sbb tak suka kena tahan and kena buat VE 5-6 kali. Sakit woo VE..
4 Oktober-kat umah mak aku. Relek je la..tak sakit lagi..tanda masih ada. Malam, pi GH Ipoh. Aku dah kabo kat nurse kat situ aku tak rasa pun contraction. Tak caya. Nurse pasang mesin CTG tu..check wether ada contraction ke tak..takde..so, balik le..
5 Oktober- pagi aku relek lagi..buat keje skit2..taknak le jadi macam couch potato..dok jer..petang tgh aku lipat kain, aku dah start rasa sakit skit2..dlm 15 min sekali. relek lagi..takmo pi hospital lagi..sampai kul 9 mlm baru aku start rasa 10 min sekali. Ayah bawak pi hospital. Pasang balik CTG tu, mmg ada contraction. Nurse kat situ jangka aku boleh bersalin malam tu or subuh nanti..lps cabut CTG, dr check..buat VE..dah bukak 3 cm..patut le aku rasa sakit. Diorang htr aku ke waiting room. Tunggu le aku kat situ dgn mesin tu terpasang..kul 1 lebih, aku dah makin kerap sakit..2 minit sekali. masa tu tak putus2 la ayat Quran yang terlintas aku baca..sakit makin kerap. Aku rasa kali ni punya pregnancy teruk skit dari the 1st one. Kat bilik tu aku dah gelisah..sakit sgt. langsung tak leh nak tido..nurse dtg tgk aku sbb dia tgk aku dah tak senang baring atas katil tu. Masa tu pukul 4 pagi. Then the dr came. Dia VE. Baru 4 cm..dia pecahkan air ketuban..then nurse htr aku masuk labour room.
6 Oktober-5 pagi. Aku dah dok dlm labor room. Tunggu masa nak kuar..tapi takde lak dr dtg wat VE. Air mata dah mengalir. Sakit sgt..tapi aku tak le mcm org bilik sebelah yg aku dgr meraung nak beranak..isk..tak baik woo jerit2 masa beranak..nurse perasan air mata aku kuar menahan sakit..dia cucuk ubat tahan sakit. Aku terlelap kejap. Then kul 8 pagi, sakit makin sakit..dr datang. Dia tgk aku ada experience ceasar. So, dia cadang pada aku guna epidural. so i took the thing as i know it really helps me releasing the pain. After pasang epidural, again aku terlelap. Kul 11.20, aku terasa mcm nak buang air besar..i told the nurse. Dia check..hmm.."Kalau kamu rasa sakit dik, kamu teran ler., kepala dia dah nampak dah..teran". Dah dia suruh teran, aku teran la..Since aku last makan mlm kul 7 mlm tadi, aku tak de kederat sgt nak meneran. I think i pushed more than 3 times utk kuarkan baby..infact ada ketikanya aku terberenti while telinga dia dia belum lepas lagi..tu la org ckp, masa bersalin teknik bernafas kena betul..aku tak pernah pi kelas anti natal, so tak tau sgt mcm mana nak bernafas..to those yg bakal bersalin, kalau boleh pi la kelas tu..at least tau mcm mana nak control breathing..at last..11.39 pagi, alhamdulillah baby aku selamat keluar..masa dia bubuh atas aku sementara dia jahitkan luka, i was such a great feeling..can't compare to anything else..putih melepak, mata sepet macam ayah dia..and there goes MUHAMMAD AQIF NAFIZUDDIN B MOHD AFIZAL. Berat dia 3.1kg masa lahir. Another baby boy gifted by Allah the Almighty..semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh dan beriman..Cuma sikit terkilan..kalaulah my hubby can witness this great moment dgn mata kepala dia sendiri..hey guys out there, kalau wife tu nak bersalin, masuklah tgk.baru tau mcm mana wife tu bersabung nyawa nak lahirkan zuriat korang..
p/s. Ingat tak dr yg kata aku bersalin ptg 3 hb tu..ye ye je kan..tgk2 hari khamis baru aku bersalin..
Gambar nie dia dah sebulan..gelap sebab kena jemur bcoz of jaundice.

I'm Back..

Salam utk semua..dah lama aku tak update blog nie kan..i just finished my confinement period last 2 days..today hari ke 3 aku bekerja..at first, rasa malas pun ada...tapi bila pikir2 balik..dah lama sgt aku dok kat umah membesarkan bontot..

well, my new offspring born on the 6th october 2005. i've told ya that s/he might born earlier..memangpun..2 weeks earlier. Sepatutnya aku bersalin 18hb oktober but baby tak sabar dah nak tengok dunie..aku ler naya..kena ganti posa 29 hari..banyak woo..ada ke sesapa nak share ngan aku? hehehe..i wish it can be shared..maybe minggu depan nak start posa ganti tapi tak tau le leh ke tak..nak try. Baby masih menyusu badan..takut nanti posa takde susu pulak..sian baby minum susu formula je..susu ibu kan susu yang terbaik di dunia ini untuk anak-anak..

aku ingat nak share la pengalaman aku bersalin kat dlm blog nie..but for those yg tgh mengandung or rancang nak conceive, jgn takut dgn apa yg bakal aku ceritakan..each person will have different situation..mine might sound scary, but who know's..yours might be the best one..

Saturday, October 01, 2005

Bajet 2006


-Gambar dipetik dari Utusan Malaysia, 30 September 2005, ms1-

harap2 budget tahun depan mesra pengguna yek Pak Lah..kesian la kat kami yang gaji kecik nie..nak2 yang kerja gomen..hehehe..go Pak Lah go...

p/s: ada ke bonus 2 bulan?..hehehe..

Friday, September 30, 2005

EH!!


Hmm..today aku gie lunch kat Mid Valley..so aku lalu kat kedai jual magazine kat tpt byr parking..i saw this magazine yang dok dalam plastik..haiyaa..mcm mana nak browse isi dia yek..so aku pun beli la magazine tu..hmm..rabak duit aku RM7..ingat kut menarik le mag nyer...pada aku hampeh..sbb isi dia more on make-up ler, fesyen ler..pasal artis ler..yang pada aku tak informative sangat..maybe sbb bukan minat aku..boleh la aku katakan yang mag nie macam lebih kureng mag CLEO..cuma mag nie bahasa Melayu.
Browse punya browse, i came across satu column.tajuk column tu "Ubah Gaya"..tgk punya tgk..aku rasa macam kenal jer org yang dalam column tu..hmm..not bad..mmg betul berubah..somehow, aku really impressed dengan perubahan yang mag tu buat pada budak dlm column tu..mmg impressive..she's so beautiful..kagum pulak aku pada apa yg 'make-up' boleh buat pada individu..agak2nya kalau aku la yg dibuat make over tu, mesti aku pun nampak lawa..walaupun skang nie dah boleh kira mmg dah lawa dah..heheheh..perasan skali skala maa..apa salahnya..nak tgk gambar budak yang kena make-over tu..nie dia..
She's beautiful, isn't she?

Thursday, September 29, 2005

Penangan Ke Temerloh...

Hari Ahad lepas, aku ngan Afiq ngan Hubby pi Temerloh..Kg Paya Pasir..attend wedding Umie dan Papa Afiq..perjalanan tak lama sgt sebab ada LPT..kalau tak silap aku by one and a half hour aku dah sampai kat Temerloh. Kenduri quite meriah sebab aku tgk ramai sgt kat umah pengantin..tak tau le org kampung tu ker..atau adik-beradik or sedara mara dia yang meramaikan majlis..
Papa & Umie, Papa, Umie & Afiq
Rumah Umie betul2 berdepan dengan Sg Pahang..the longest river in Peninsular Malaysia..cuaca jgn cakap ler..paneh giler...aku bergerak balik dari Temerloh jam 2.30 ptg..lalu balik kat LPT..pergh..lagi le..LPT kan takde bukit kiri kanan..yg ada pokok kelapa sawit ngan getah..tak macam highway PLUS yang berbukit-bukau..sejuk sket laa..
Itu tak kisah la..oleh kerana dah masuk kampung, maka keter aku pun terpalit ler lumpur sket..dah le kaler gelap (midnight blue)..so ketara la walaupun kenanya sket je..so, hubby pun bercadangle nak cuci after arriving kat umah..on the way balik, kat Karak aku dengar bunyi yang pernah aku dgr masa kat LDP..'tik'..dalam ati dah rasa tak best dah..aku tgk kat cermin depan..takde pun apa2 kesan..so, should be okay..masa bunyi tu keter aku terpaksa ikut belakang lori sbb Karak kan tgh ada construction..so, terpaksa le kan..takde jln nak overtake..
Sampai umah, terus je gie tpt cuci keter..sementara tunggu, lepak jap minum kat Mahbub..bila keter dah siap, nak balik umah le..penat tu..tapi alangkah malangnya nasib aku ngan hubby..cerimin keter retak dari sebelah kanan..almost sejengkal..nak wat camner..rushed le pulak ke ENEOS kat Jusco..kut la leh repair..takde lak service tu..hmm..nampak gayanya kena tunggu hari Isnin..esoknya..hubby pegi kedai cermin kat belakang Tawakkal..Cina kedai tu kata takleh repair..kena ganti..hmm..apa lagi ..melayangla RM420...sedihla..dah le ari Jumaat tgk kekalahan..hari Ahad cermin keter depan pecah..Isnin..melayang RM420..nak wat camner kan..nasib...

Tuesday, September 27, 2005

Kunci Khazanah Episod Juara-juara

Hmm..rasa frustrated dengan kekalahan tu masih terbeku kat hati..sedih..kalah tak jauh ngan Zack..just RM70 ( jumlah yang cukup utk full tank kan minyak kete aku..) mmg rezeki Zack sebenarnya kan..adik-adik aku takmo tgk..sbb diorang pun rasa apa yg aku rasa..ralat..but keralatan diorang tu mcm lebeh2 pulak dari aku..ye la..masa recording show tu, diorang ada sama..mau tak rasa ralat..hubby aku pun sama..tak kisah tak tgk aku kuar tv..ada ke patut dia kata sbb aku kalah...dialog dia lebeh kureng camnie la.." eleh..watpe tgk..ada org tu dah kalah..soklan senang pun takleh jawab.." hehehe..mmg le..aku admit..mmg pun..soklan malam tu bukan susah sgt pun..cuma..gabra lebeh..pehtu mmg takde rezeki (tipical answer utk pujuk ati sendiri..)

Anyway, aku dpt experience by joining such game show..wlpn tak menang grand prize SSYONG MUSSO tu, at least Astro bagi gak kat aku rantai dari Habib Jewel..cantik gak..kalau nak suruh beli sendiri tu mmg takkan la..so, rantai tu aku simpan je la..sayang gak..mana tau..kut2 esok ada anak pompuan, leh kasi..

Hezly, the other contestant tu lak menang 2 biji motor sponsored by Naza..katanya tak de lesen motor..tapi aku rasa, lepaih nie mesti dia pi amik lesen..ye la.takkan nak wat motor tu jadi tukun tiruan kat umah..atau sekadar meronda2 kat sekitar kampung..(erk..hezly dok kat kg ker? memandai jek aku nie..)..agaknya, by this time hezly maybe dah jual lagi sebiji..takkan dia nak guna dua2 kut?

Ejen? Hmm..Akmal yang dapat keter Kia Spectra tu mmg rezeki jugak..rezeki anak dlm kandungan wife dia..masa game tu, mmg wife dia tgh pregnant..skang beranak dah la..baby dia baby girl..nak tau nama baby dia apa? NUR QYA BATRISYIA..hehehhe..dia buh gak nama kereta yg dia menang tu kat nama anak dia..takpe la..dah mmg anak tu punya rezeki pun kan...

Next time, kalau ada game show yg mind-challenge oriented..aku nak try lagi..mana tau..rezeki kan..heheheh..

Friday, September 23, 2005

Aksi Mat Rempit Abad Ini..



Ini la antara aksi mat rempit yang aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri..kejadian rempit berlaku di Apartment Saujana, Damansara Damai.. :)

Wednesday, September 21, 2005

Nie ha gambar-gambar sekitar kerja lapangan

Jabatan Penerangan Daerah Kuantan

gambar kat sebelah nie adalah En Iskandar..Pegawai Penerangan Daerah Kuantan..tgh bagi penerangan tentang jabatan dia.jabatan penerangan..hehe..berapa byk penerangan daa..di sebelahnya yg tgh duduk tu, Prof Dr Abd Hadi Zakaria..ketua rombongan cik kiah ke Kuantan dan Terengganu.









Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu

Yang kat sebelah kanan nie pulak gambar Pn Sabariah, Penguasa Taman Sinar Harapan, Bukit Besar Terengganu. Taman Sinar Harapan nie designed to accomodate orang kurang upaya akal. Beliau sedang memberikan penerangan tentang perjalanan program latihan di institusi tersebut. Pelatih di taman sinar harapan nie kebanyakannya mengalami kurang upaya akal dan cereberal palsy ( sejenis kecacatan yang membataskan fungsi akal dan tubuh)..


Bilik Snowzelan

Bilik nie berfungsi sebagai bilik terapi bg pelatih..kat sini pelatih akan diberikan latihan yang melibatkan deria seperti melihat, mendengar dan menyentuh. Untuk maintain facilities bilik tu jer makan RM 300K..








Sekitar institusi terbabit...

Tuesday, September 20, 2005

Hari yang memenatkan...

Penat..penat..semalam sampai dari Rantau Abang, Terengganu jam 1.30 pagi..(rasanyala..) Ingatkan nak terus balik jer since En Haris ngan Pn CT pun are going to the same route..tapi disebabkan sifat tanggungjawab yang tinggi di kalangan kami nie (ehem..ehem..), maka kenalah tunggu budak-budak yang naik bas sampai..tunggu punya tunggu, pukul 3.00 pagi baru sampai...pergh..letih..somehow, kalau ckp psl letih, En Haris lagi letih..dia dah le jadi supir kami utk trip nie..kesian En Haris..Tuhan je leh balas jasa dia drive ke sana..Amin..

Ooopss, naper pegi Rantau Abang? Bercuti?..eh bukan...kerja lapangan jabatan..bawak student pegi melawat tempat2 yang signifikan dgn kursus yang diorang belajar..ye la..at least ada exposure kan..nanti aku letakkan gambar2 trip tu..belum download lagi dari kamera...

Thursday, September 15, 2005

35 weeks of pregnancy...


Keindahan yang hanya kaum Hawa sahaja yang merasainya...Subhanallah..

semalam..genap 35 minggu anak aku yang ada dalam perut nie..kalau ikutkan tarikh jangka dia nak kuar..18 oktober 2005..hmm..bulan posa tu..harap2 dia kuar on time..tak mcm abg Afiq dia yang patutnya kuar 15 September 2003 tapi kuar 4 September 2003..awal 11 hari tu..kalau dia kuar on time..dpt ler aku posa at least 2 weeks..ganti pun tak banyak..huwaa....dah le kena ganti sensorang..kalau hubby leh share ganti takpe gak..

dulu, masa mengandungkan Afiq, selalu aku bukak website psl pregnancy..skang pun sama..just to add some knowledge on the pregnancy wlpn dah penah mengandung sblm nie..ye la..belajar nie tak kira umur or masa..kalau nak ikutkan, manusia sentiasa berada dlm proses learning..no matter how old is s/he..kalau tak, takde la wujud kata2 "belajar dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad"..kan..kan..BTW..kalau sesape sini yang tgh pregnant, nak try conceive (i mean in a halal way), nak tau psl pregnancy or a father to be yang keen nak tau psl pregnancy..pi la kat sini..byk info yg leh tau...http://pregnancy.about.com/.

Nie la rupa baby yang 35 weeks dalam perut mama/mak/amma/ibu/umi..whatever they called it..

Tuesday, September 13, 2005

Holiday Villa Cherating..






Nie ler tempat aku, hubby, afiq n adik ipor aku menginap utk 3 hari 2 malam..RUMAH SELANGOR, Holiday Villa Cherating..ada byk rumah kat situ..semua guna nama negeri kat Malaysia..Hezly, the other contestant tu pulak stay kat Rumah Johor..best woo duk sini..

gambar pertama belah kiri tu scenery waktu malam..sebelah dia kolam mandi..kolam tu letaknya sebelah jer dgn rumah tu..still in the compound..kalau sape2 yang nak honeymoon for the first time atau yang byk2 time..aku suggest pegila sana..gambar yang ada budak kecik tu suasana dlm bilik..dan yang sebelah tu pulak, gambar rumah tu..btw, budak kecik tu ukiran jiwa aku-Afiq..kalau nak tahu more on the villa..gie je kat sebelah nie-> http://www.holidayvilla.com.my. ( wei..aku dah promote..takder ke nak kasik room pree kat aku huh?)

gambor motor lum tangkap lagi..takde masa la..hubby asik balik lewat je..takkan memalam aku nak gie amik gambor motor tu..kang tak psl lak ada org tuduh aku nak mencurik..isk..nantila yek..


Saturday, September 10, 2005

Ada gak yg sudi menyinggah...

Musykil nih..camner ada yg leh discover blog aku yang tak seberapa nie yek? ( merendah2kan diri le kunun2nya)..tapi macam manapun, syukran, tenkiu, mekasih, nandri, sie-sie (betui ke aku eja nie huh? kalau salah maaple ye..sebut retiler..) pada ZACK n SONYA yang mendrop by kan diri mereka ke blog aku nie..

Hmm..malam nie aku tengok show KUNCI KHAZANAH sensorang..Afiq tido...ayah dia lak belum balik keje lagi..lepas main futsal, balik semula ke opis..kan aku dah ckp..keje dia tu mmg tak pernahnya abih..nak tau dia keje kat mana? cuba bukak link nie..kut ler leh bg sikit info on company tu.. http://www.kompakar.com.

Back to KK, tgk episod malam nie mengingatkan aku pada episod 12 yg lepas..kalau ada yg ikut show tu..awek yg pakai tudung ngan baju biru tu aku ler...aku dpt masuk final round in that episode..hadiah yg aku menang mlm tu diwar-warkan worth 20k..but trust me..tak sampai pun 20K..hampeh..tipah tertipu bang..tipah tertipu..and ngan korang2 pun tertipu (nie kalau ada crew astro dan yg sewaktu dgnnya baca nie..habih aku)...biarla..reality apa?!! BTW, hadiah yg aku dpt tu hadiah percutian ke Holiday Villa Cherating ngan motor Hyosung sponsored by NAZA..mekasih la NAZA walaupun it took months to finally ride that thing..hehehe..

Nanti kalau aku pandai..aku try le pastekan gambar motor tu..disebabkan aku skang tgh kritikal..nampak gayanya ayah Afiq a.k.a Afizal a.k.a hubby aku yang belasah motor tu..takpe..tunggu..nanti bila zaman kritikal nie dah berlalu..jadi Erra Fazira le aku..(ala..mcm dlm citer yg dia jd minah motor tu..cuma motor aku tu easy-rider type..Erra bawak superbike..) and yes..aku pastekan jugak gambar Holiday Villa tu..tungguuuuuu....

Jumaat yang merelaxkan...


-ukiran jiwaku-*MUHAMMAD AFIQ NAQIUDDIN*

hmm..percubaan pertama nak menge'paste' gambar dlm ruangan nie..

Hari nie Jumaat..taktau la pesal..asal ari Jumaat je aku rasa macam maleh je nak wat keje..padahal keje banyak le jugak walaupun tak melambak...:P..agaknya mood nak bercuti esok kut...hmm..tambah dengan keadaan aku skang yang dah makin kritikal..heheh..jgn salah paham lak..32 weeks of pregnancy..hehehe..kritikal la tu kan...

aku tak reti nak merapu macam org lain..ada je benda yg nak diceritakan..pada aku apa yg aku taip kat ruangan nie lahir direct je dari hati..kalau nak citer pun nak citer apa?..pasal bebudak dept? diorang sumer tgh cuti mid sem..takde kelas...kalau tak leh jugak aku citer pasal kerenah bebudak yang time presentation tak tau apa yang diorang present..tak ke pelik tu..last2 aku jugak yang kena explain pasal topik presentation diorang..kalau tak explain kang..blur pulak bebudak nie...

hmm..one more thing..aku skang tgh dlm proses try & error untuk lengkapkan link kat sebelah tu..everytime aku try, it'll end up ngan error jer..bila la nak oknyer...nak tanya kawan yang terer menatang nie..dia lak tgh sebok..hmm..abih camner..nak tak nak korang baca je la apa aku taip nie...tak best nasib....

Sunday, September 04, 2005

Baru jer nak try-try...

Assalamualaikum..

Nie percubaan pertama aku nak menulis dalam blog sendiri..tengok orang lain ada blog, teringin jugak..so, man-man le kan..pasal bab tempek- menempek gambor ke, tambah link baru ker..esok2 aku belajor le ngan kawan aku yang terer mende-mende nie..

Yang boleh jadi malam nie aku start create mende nie sbb aku dah boring sgt..dah le kat tv takde citer menarik..(plus aku nie memang spesis tak suka nengok tv sgt)...abang pulak dah kuar gie main futsal kat Kuchai Lama..balik kang ada le yang berbalut sana..bercalar sini..(konon-konon star ler...)..biarla..at least ease mind dia yang kerap kali serabut dek kerja-kerja opis yang seems macam tak pernah abih..pelik jugak aku company dia nie..

Well, apa lagi aku nak merepek yek? Takpe la..buat permulaan, baca je la apa yang aku merapu nie..lain kali aku merapu benda lain pulak..ok...